Saturday, December 26, 2009

Sherlock Holmes


25th December... Pada malam krismas, pada malam semua orang busy nk beraya, pada malam semua orang sibuk nak tengok Avatar, aku plak sibuk dan berjaya gi menonton SHERLOCK HOLMES! Dah lama aku tunggu cerita ni keluar. Malam tu plak website GSC buat hal, tak bley nk beli tiket online. nasib baik ada TGV. Aku ngan gang pecut keta pegi TGV. nasib memang sangat2 baik sebab tak ramai beratur beli tiket, pastu panggung Sherlock Holmes plak tak ramai orang. semua tengok Avatar~ LUCKY!! Seat pon dapat gak yang best, puas hati aku..
Aku kenal Sherlock Holmes masa sekolah rendah. time tu kalau tak silap umur aku 11 tahun. start dari time tu aku mula minat komik detective terutamanya Detective Conan dan Kindaichi~! Aku ada koleksi komik Detective Conan dari awal sampai ntah no berapa. aku kumpul start dari sekolah menengah sampai aku masuk Matrikulasi. Last2 komik aku kena kebas ngan kawan aku bawak balik taiping masa hari last matrikulasi. celaka ko Din!!! Lepas tu aku baca plak novel the Armchair Detectives. best sangat!
Berbalik ke topik asal, pasal Sherlock Holmes. Watak ni dicipta oleh Sir Arthur Conan Doyle. kalau tak silap, dia gak yang buat cerita The Lost World tu.. ada yang mengatakan watak ni di inspirasikan oleh cikgu biologi beliau.
Tentang Sherlock Holmes
Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detective yang sangat2 terer dalam bidang fizik, botani, geologi, kimia dan anatomi. dia gak sorang yang terer main biola, macam Kassim Selamat. Tapi dia tak buta la.. Bab gaduh2 pon terer gak. main pedang pon terer, memang sesuai buat calon laki. Sherlock Holmes gak ada sorang member baik. dalam setiap siri buku dia mesti ada watak ni. nama member dia tu dr. John H Watson. bukan owner kedai watson ye.. musuh tradisi Sherlock Holmes plak ialah Professor Moriarty. Apa yang menarik tentang Sherlock Holmes ni ialah dia sorang yang sangat pandai membuat deduksi. dari satu benda yang sangat simple, Holmes boleh tau banyak perkara. skill ni yang buat aku melekat dengan Holmes.

pasal filem plak ye.. filem yang aku tengok semalam memang best! Apa yang aku nk tengok dari filem ni ialah kehebatan Holmes buat kesimpulan dalam siasatan. dan tidak mengecewakan. dari awal filem lagi dh tunjuk skill Holmes ni. tapi kalau boleh, bagi la lebih lagi deduksi Holmes tu untuk next film (kalau ada)... pada mula aku aga pelik sebab xde watak jahat utama.. tapi xpe, sebab last skali baru aku tau, watak professor Moriarty akan kluar pada sekuel akan datang! Tentang Robert Downey Jr yang pegang watak Holmes, aku taknak comment sebab aku tak tengok filem Holmes yang sebelum ni. so tak bley la nak compare. untuk filem ni, aku bagi 4/5 bintang! yea!!!! kalau lagi banyak deduksi dia buat, lagi banyak bintang aku bagi! yeaaaa!!!!!


p/s: nk download Sherlock Holmes secara pirate sebab cd mahal...

Thursday, December 24, 2009

"Cikgu, sila tunjuk ajar!!"




Aku begitu happy kerana melihat gambar diatas tu.. suka sangat aku sampai buat entry kat opis.. time keje nh, xley tulis panjang2. kang bos nampak.

Monday, December 21, 2009

Game Paling Susah Di Dunia!! (SERIOUS MODE!)

1st, bagitau aku game apa yang korang penah main.. 2nd, bagitau aku tahap susah cemana game korang main tu. aku berani cakap, tak ada game yang lebih susah dari game yang aku nk tunjuk nh. credit goes to Blog Jejaktrend kerana memperkenalkan game yang sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan hati aku dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat mencabar ni!





game ni ada banyak version. ada yang sampai level 50 dan ada yang sampai level 30. untuk link yang aku bagi ni, senang sket. kalau nak yang lagi susah, try yang ni;




Dari semalam lagi aku dok layan game gila ni, tak tau la sape yang buat game ni. ranking tertinggi yang aku dapat ialah level 5 untuk game 50 level, dan level 7 untuk game 30 level.. So, kalau rasa terer tu, try la game ni.

Friday, December 18, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest





Ok, dengar sini semua!!! Harini 1st time aku join contest! Contest yang melibatkan photo, memang feveret aku.. Apa yang aku perlu buat senang je, just upload logo contest and gambar black and white aku.. senang kan? so, my picture for this contest is.... sila click untuk larger size of picture ye..




Gambar ni adik aku capture time minum Honey Lemon Tea kat ladang teh Bharat, Cameron Highland. 1st time try nih, budget bley control la. Tapi tak bley tahan, no wonder la waitress tu bagi aku secawan penuh gula extra...
About this picture, aku tak edit pape kecuali tulisan, stroke tepi gambar tu. And then aku potong gambar berlebihan sebab aku berada kat tepi skali. Itu saja yang aku edit sebab gambar ni memang dah black and white. Gambar di capture guna Canon Digital Camera Ixus75 kesayangan aku~ Xde budget lagi nk beli DSLR. hehe...


p/s: teruja plak aku masuk contest ni. slalunya contest semua banyak untuk pompuan...

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Boleh Rempit Balik Rumah!




Harini 17/12/2009, final bola sepak untuk sukan SEA. Malaysia skali lagi bertemu Vietnam lepas kena belasah teruk last time. Aku betul2 teruja nak tengok Malaysia main. aku bukan minat sangat tengok team malaysia main. seyes aku cakap, xbest langsung.
TAPI, lepas diorang menang ngan Thailand 2-1, aku rasa aku patut tengok peningkatan diorang. so aku tengok la time Malaysia lawan Laos yang menang 3-1 haritu, memang best! bagi aku, nampak peningkatan diorang. pastu aku tertunggu2 final diorang lawan vietnam.
'LUCKY', harini aku kena stay back kat bank, banyak gile keje. Match start pukul 6.00p.m, aku balik 7.10p.m. aku dh frust gila tadi. bayangkan semua keje aku dh siap awal, semata2 nak balik tengok bola. last2 kena gak tunggu sampai habis keje, since aku contra (hari contra ialah hari korang in charge of everything, kena settle semua benda dan hari korang sudah ditentukan untuk balik lambat) harini.. Mangkuk betul la, dh la contra, penjara deduction (aku perlu memotong gaji pekerja2 penjara sekalian) pon harini. pastu Northen Point (company mangkuk hayun yang slalu bawak duit banyak dan slip yang banyak time orang nk tutup bank. menyusahkan dan banyak komplen) plak datang masuk duit! seyes mangkuk betul la..
berdebar tol aku tunggu habis keje. aku col adik aku, "cemana match, dh start ke blom?". adik aku reply, "dh start dh, still 0-0, first half skang, vietnam control match! Malaysia main teruk!" otak aku dh fikir, ada harapan ke ni? habis keje aku pon pecut moto seperti perempit2 malaysia boleh yang sejati melalui jalan raya 31km + traffic jam + traffic light bodo asyik merah! selit sana, selit sini, hon sana, hon sini, maki sana, maki sini, carut sana, carut sini, and finally sampai gak rumah. aku ingat dh habis match, rupa2nya ada masa tambahan lagi. aku cepat2 pegi tengok, MALAYSIA DAH LEAD 1-0! perghhh! tak sia2 aku pecut moto full throttle. lepas interview pakteh aku yang balik bercuti kat umah maktok aku, aku dapat tau malaysia control match untuk 2nd half! masa ada lagi 5minit, ok la tu dari xley tengok langsung. begitu berdebar2 skali, bayangkan 20 tahun tak pegang gold medal. 10 tahun tak masuk final.
finally, wisel berbunyi, tamat match! MALAYSIA MENANG 1-0!!! semua sorak!!! teruja gile.. tapi aku tak sempat nk tengok time diorang jaringkan gol. aku agak mesti lepas ni jurulatih malaysia dapat title datuk.. pape pon, tahniah untuk team malaysia, gold medal for after 20 years! pasni aku nk order jersey malaysia kaler biru kat adik aku, beli kat padang besar. hehehe....


Sunday, December 6, 2009

Damn Blog!

Aku baru je menambah satu blog lagi yang bertajuk 'Damn Of The Day'.. However, blog tu masih lagi dalam construction. satu blog dengan layout yang sangat simple, black and white. Kalau rajin, lawat la ek~



bley gak click banner yang aku letak kat sebelah tu. banner tu still beta mode lagi sebab aku ada masalah nk install adobe photoshop. mangkuk betul la...

Saturday, December 5, 2009

Nak Lawan Facebook!






Layout baru Friendster. nak lawan facebook kot. Tapi aku rasa susah la... facebook skang dh naik ranking 1st dalam kategori laman social. kalau dulu myspace, skang facebook mendahului. compare dengan myspace dan friendster, facebook menawarkan service yang lebih menarik. satu contoh yang semua orang tau ialah Farmville~ Bukan tu je, menteri-menteri semuanya guna facebook sebagai medium diorang berkomunikasi dengan rakyat @ penyokong fanatik... Antaranya Dr Mahathir, Najib, dan ramai lagi. Osama Laden aku tak sure plak. Kalau korang cari info kat internet tentang founders laman-laman social ni, paling banyak skali semestinya pasal owner facebook. sebab apa? sebab facebook naik ranking dengan pantas mengalahkan otai2 lain... dan pada masa yang sama, owner ni jadi antara orang paling terpengaruh di dunia, muda dan kacak plak tu (ya, semestinya aku lebih lagi).. Bayangkan dia bley jual 1.6% saham dia kat microsoft ngan harga USD564juta! 1.6% je beb.... sket masa lagi aku pon macam dia gak la..

p/s: aku nk buat laman social baru gak la, letak nama legbook ke, facedictionary ke, assbook ke.. mesti kaya..

Thursday, December 3, 2009

Betul ke dia tu mental?



Bagi korang, adakah bercakap sorang-sorang tu gila? or maybe seorang mamat yang mental? or mungkin jugak seorang budak yang psycho? Ok, sorang member aku cerita kat aku tadi;
Dia selalu cakap sorang-sorang kat atas motor. Orang cakap dia nh mental sket. pastu kawan2 dia semua report kat ayah dia. AKAN TETAPI, dia ada pendapat lain untuk perangai cakap sorang2 nh... dia cakap, "when u talk to people, they will argue, but when u talk to yourself, nobody will argue. you will always be the right person."

Betul ke?

p/s: Aku cakap sorang2 just to motivate my own self~

Monday, November 30, 2009

Tengkiu Photoscape!

Skali lagi nk jerit bley? TENGKIU PHOTOSCAPE!
Hoho, dh lama aku cari software free yang boley buat animation banner @ gif picture. Akhirnya berjaya gak aku buat banner gerak2 tu.. tengok la kat sebelah tu, area 'Banner Exchange' tu... ada 2 banner baru dok gedik2 kat sebelah. sukanya aku! nanti bley la aku buat banner bonekalife gedik2.
Aku slalu guna Adobe Photoshop CS4 untuk edit2 gambar n buat banner. tapi pas format laptop ni, ada masalah plak  nak install. tak tau la nape, maybe cd dh corrupt kot. Then, aku tengok adik aku ada software photoscape. so aku try la (better dari guna paint). tak sangka plak function dia sangat bagus untuk satu software free~
komen aku, puas hati! tapi kalau korang nk lagi puas hati, guna la Adobe photoshop @ Adobe illustrator @ corel draw untuk edit gambar. nak buat banner gedik2, guna photoscape~

Thursday, November 26, 2009

Time is running out..



Tak baik mengeluh... tapi....
I'm tired, running out of TIME. its almost the END OF THE YEAR and yet i accomplish NOTHING. success is still FAR AWAY to catch, need to work HARDER AND HARDER.. i need MOTIVATION. hmm.. WHEN will i become someone i work to be..

Saturday, November 14, 2009

Bila Aku Menipu Penipu, Camni la Jadinya....

Penah dengar tak SMS fraud? ala, yang send msg "No simcard anda telah terpilih untuk memenangi wang RM20,000 dari Power Root Sdn Bhd, Sila dail: 012-8xxxxxx untuk menuntut hadiah anda!" haa, penah dapat tak? Dah ramai customer yang aku attend sebab case ni. datang je buat report pasal hilang duit. bila check balik rupa-rupanya sebab layan SMS ni. Aku pon tak paham nape ramai sangat yang tamak sampai tak fikir elok2.. Bila dapat SMS ni, penerima sepatutnya fikirkan at least 3 perkara;

  • Sape suka2 hati nak bagi RM20,000 kat korang? Apa, kaya sangat ke nk bagi free RM20,000..
  • Korang minum Power Root? Bila plak beli Power Root satu tin kena register no tepon? cemana diorang dapat no tepon korang?
  • Apehal Power Root pakai no Maxis? Telekom dah bankrupt ke?

Penipu2 ni semua bodoh, tapi orang yang tertipu lagi bodoh (Sorry bahasa kasar)... But its true, takkan la tamak sangat sampai tak fikir pape dh. Latest, sorang biz man datang complain kat bank dia kena tipu. Perghh, orang kaya, pandai fikir pasal bisnes pon kena tipu jugak? Memang mangkuk tamak la...
Back to topic, beberapa hari yang lepas member aku terima SMS ni. Masa tu kitorang still buat balancing cash kat bank. Aku pon ambik no fon tu dan call..

Aku Menipu: Hello.....

Penipu Tertipu: Hello, siapa ini?

Aku Menipu: Owh, saya ada terima SMS yang cakap saya menang RM10,000 dari Power Root..

Penipu Tertipu: Owh, pasal tu ke.. (tetiba loghat indon bertukar ke loghat Malaysia, tapi still funny kalau dengar).. Boleh Incik berikan nama dengan No tepon incik?


Aku Menipu: Nama saya Nazri (pinjam nama member aku)

Penipu Tertipu: Ok incik Nazri, apa No tepon incik?


Aku Menipu: ummm... (otak dok fikir no tepon) 012-4438765 (taktau la no sape nih..)

Penipu Tertipu: Ok trime kasih ye incik nazri. Tahniah kepada incik dan keluarga incik kerana telah terpilih untuk memenangi Hadiah RM10,000 dari Power Root sdn bhd!


Aku Menipu: Owh, sama2.. habis tu skang cemana saya nk tuntuk hadiah tu?

Penipu Tertipu: owh, incik ada account Maybank? Kami akan masukkan wang tu ke account incik... (loghat dah 50% kembali ke Indon)


Aku Menipu: Alamak! saya takde account Maybank la... cemana ni? Akaun bank lain tak boleh ke?

Penipu Tertipu: Eh, incik kena ada account Maybank... Sebab urusan kami semua guna Maybank aja~ (Kolotnye Power Root, xde account Maybank...)

Aku Menipu: Alamak, tapi saya takde account Maybank ni.. Takkan tak boleh dapat kot? Xde cara lain?

Penipu Tertipu: Kalau macam tu, incik kena bukak account Maybank dulu la. Lepas bukak tu, baru incik call kami lagi skali dan kami akan masukkan wang tersebut ke account incik. Boleh?


Aku Menipu: Bagi cheque tak boleh ke? lambat la saya nk buka account...

Penipu Tertipu: Owh, boleh juga jika incik nak begitu. tapi incik kena bank in RM2000 dulu kepada kami untuk charge pemprosesan. (Gila la, kita nk terima hadiah, kita plak kena bayar.. Buat Banker's Cheque kat Bank pon baru RM5)


Aku Menipu: Eh, kenapa plak saya kena bayar RM2000? Kan saya dapat RM10,000 tu.

Penipu Tertipu: Iya betul. Kalau incik guna account Maybank, Incik tak perlu bayar. Tapi sekarang incik mahu cheque kan? Haa, incik kena la bayar untuk kos prosesnya..

Tetiba sorang member aku bernama Jismi merampas fon dari aku....

Jismi Bengang: Woi SIAL! LANC*U!! B**I!!! PI MAMPOIH LA KEJA NAK MENIPU ORANG!
 talian terputus... aku sempat ayat sket je...

Jismi Bengang: Haa, puas hati aku.....
Aku plak yang tak puas hati. Aku menipu tak sempat habis lagi...

Proses diorang menipu ni sebenarnya ramai lagi yang taktau. Once diorang dapatkan detail korang, diorang akan guna untuk create Internet banking.. Ramai yang cakap salah bank sebab security tak ketat. well, korang fikir sendiri.

TEKNIK UNTUK DITIPU PENIPU

Bank sediakan Internet banking untuk kemudahan customer. Untuk buat internet banking, customer perlukan No card yang boleh diperoleh kat atas kad atm, yang 12 digit tu.. gunanya untuk login nanti. Kad tu ada pada siapa? Customer..
Kemudian untuk transaction, setiap transaction memerlukan verification TAC number. kalau tak ada TAC number, tak boleh transfer duit, tak boleh bayar bil, pendek kata tak boleh buat apa2 transaction la..
Masa customer buat internet banking, customer kena register no tepon kat ATM. Bila customer buat transaction, customer kena request TAC number dan TAC number akan dihantar ke no tepon customer.. bukan no tepon Penipu tu.. Tepon customer ada pada sape? Makwe diorang Penipu tu ke? tak... Kat customer jugak kan?
Jadi, cemana penipu menipu? Diorang akan mintak No card dan no account, konon2nya diorang nak masukkan duit. customer pon bagi.... Pastu, penipu pon register internet banking guna no tepon diorang, so TAC number akan sampai kepada Penipu.. Penipu boleh buat transaction...

So, sape yang salah sebenarnya ni?
Security Bank yang terlalu mudah ditembusi?
Or Customer yang membantu bagi information?

Bank tak boleh suka2 hati check into others account bila ada customer datang buat complain. Customer datang bawak report polis, baru boley check. Tapi bank cuma boleh check benda dibawah bidang kuasa bank saja. tangkap penipu keje polis... Bank cuma boleh check dari mana transfer duit, melalui apa transfer duit, kemana peginya duit. lepas tu polis yang patut amek tindakan.
Yang pelik, kenapa tak ada sorang pon penipu yang kena tangkap? Bila customer report polis, semestinya diorang report no tepon. aku rasa polis ada kuasa mengarahkan company no tepon check no tepon tu register under nama sape, betol x? But until now xde lagi penangkapan dibuat.. Setahu aku no tepon skang kena register dulu baru boley guna. Tak tau la kalau Polis xde kuasa camtu.
Bank tak boley nak suka2 hati return duit camtu sebab pihak bank cakap bukan salah diorang. security yang disediakan dh cukup mantap. puncanya berasal dari customer yang bagi information... so customer pon bising bila tak dapat duit balik. bila customer bising, diorang datang bising kat bank.. bila datang bising kat bank, diorang datang bising kat kaunter aku... siot betol....

p/s: yang membaca, jangan kena tipu n jangan tamak.... orang taman selalunya rugi, tapi kadang2 untung gak..

Tuesday, November 10, 2009

Bestnye merokok~


Sunday, November 8, 2009

Mangkuk tu buat hal lagi...



Kenal Namewee? Ala, yang buat sial dengan lagu Negaraku tu.. Dah tengok video Name-pee Namewee  yang bertajuk Namewee F**K TNB? Ok, kat video ni menunjukkan Namewee ni pergi attack HQ TNB sebab rumah dia takde letrik. Haritu kan kes Muar takde letrik. So rumah dia pon sama la. Ni aku cerita untuk yang tak boleh view video youtube ye..



Flow Of Story
1. umah xde letrik
2. call TNB xde orang jawab
3. bawak moto pegi HQ nak buat report kat kaunter..
4. Tak paham breakdown ngan shutdown...
5. maki2 TNB pnye pekerja...

Result
1. Siap la satu lagu maki-makian TNB yang di tayangkan di Youtube
2. Para viewer plak mula comment berunsurkan perkauman. Cina kutuk melayu kutuk cina..

Apa komen korang? Kenapa perlunya isu2 perkauman ditimbulkan? Ada masalah je terus naik isu perkauman.. Aku pon nak jaga bangsa aku tapi aku tak penah nak burukkan bangsa lain suka2 hati kat public... Aku tengah panas ni baca komen2 yang tak berkaitan ngan video tu, kutuk sana kutuk sini. Apa puncanya? Bodoh betul.. Aku pon dah mula timbul perasaan nak berkaum2 ni. Kang aku buat satu blog perkauman baru korang tau... Aku kutuk sana sini, hasut sana sini baru korang tau! Blueprint blog dah ada dalam kepala otak aku, Surely jadi rusuhan kat penang ni.. Tapi maunye IP address aku kena detect, mampos aku....

Sebelum ni kat satu group forum kt Friendster. Benda sama jadi lagi. Isu bermula dengan tajuk 'Chinese couple Malay'... Majority member group tu memang chinese. But ada sorang dua Malay yang masuk backup n give some warning including me, so the forum stops there.. Kenapa jadi macam ni? Hmm....

p/s: Aku rasa perlu buat rusuhan macam 13 Mei tu lagi skali la... Baru negara aman balik. Teringat cerita Naruto, http://www.onemanga.com/Naruto/436/10/..

Saturday, November 7, 2009

Kesian Nik Aziz.. Part 2


Rusuhan yang berlaku sebelum ni..

Haa, kali ni dah ada kerusi terbakar... Game dah habis, Kelantan dapat sebijik gol last minit. Kesian aku tengok mamat padam api tu, tetiba je kena botol plastik atas kepala. kalau tak silap botol air Sprite kot, kaler hijau.
Tapi lagi kesian kat Nik Aziz. Malu dia, semua sebab perangai penyokong Kelantan. NO MANNER at all! Sepatutnya diorang sabar, bagi sokongan. Ni tak, minit ke 60 dah mula tinggal stadium. Tak cukup lagi, bakar plak benda awam.. Haloo, game ada lagi 30 minit, tu tak masuk lagi masa tambahan. Macam2 boley jadi. Minit ke 90 pon Indraputra bley score gol lagi. Aku rasa kalau pengokong tak buat hal, bley la pemain Kelantan tumpu perhatian sket. at least draw pon jadi la.. Penyokong punya pasal, satu negeri buruk nama. PENYOKONG YANG BODOH!


Reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kes sebelum ini)

"Saya dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan"

Kesian Nik Aziz..



Aku tengah tengok Final Piala Malaysia 2009. Minit ke 60, Penyokong Kelantan dh mula buat hal lagi.. Bomba dh mula padam api, banner terbakar. FRU dh mula lari sana sini.. Cameraman sorang dh injured kena mercun kat leher. Nak gi sambung tengok, apa nak jadi...

Saturday, October 31, 2009

Tutorial Buat Banner Untuk Blog Anda!

Sebelum ni korang dh tanya cemana nak buat banner kan? Haaa, harini aku tunjuk. Sebelum ni aku ada reply comment (kalau xsilap), buat banner ni senang je. Cuma buat gambar dan letakkan kod html. Now, aku tunjuk step by step.. Peringatan; kalau gambar xclear, click gambar untuk tengok size lebih besar. Tak paham, tnye kat komen ye...
Step pertama, pastikan  korang buat 1 gambar (banner la tu) blog korang.. Contohnya macam yang aku buat kat sebelah tu... Size plak korang kena pastikan sesuai untuk semua sidebar blog la. Aku amek contoh yang aku buat, tengok je sebelah tu. aku buat guna size 320x70 pixels. Korang boleh buat kecik lagi dan boleh buat besar. Yang aku buat ni sesuai dengan 2 jenis sidebar. contoh sidebar macam gambar kat bawah ni..





Yeah, sesuai ngan jenis 1 sidebar dan jugak gabungan 1+2 sidebar.. Species yang 2nd tu memang favorite layout aku. Aku bley pilih nak letak banner, or apa-apa widget yang bermacam2 size sebab ada 2 size ruang yang berbeza. 1 lagi, aku boleh padatkan penggunaan sidebar, so kalau nk tengok widget bloglist ke, shoutout ke, xpayah la nak scroll terlampau kebawah sangat.. Jangan lupa, setkan jumlah post korang ke tahap yang minimum. 3 post untuk 1 page pon dh cukup sebab kalau terlalu banyak post, loading jadi lambat. Last2 xde orang nak masuk blog korang.
Untuk layout yang 1st tu, ada plak 2 jenis korang kena perhatikan. Jenis 1st, jenis yang wrap kat tengah macam blog http://imredlover.blogspot.com/, http://adam0khtar.blogspot.com/, http://royroches.blogspot.com/... Tu antara contohnye la. 2nd type plak, yang jenis penggunaan ruangnye full sampai ke tepi skali macam blog http://jurnalsem.com/.. Kedua-dua sidebar ni berlainan size. Jadi, make sure banner korang tu sesuai ngan semua size. Macam mana nak ukur size, xpayah ajar la kot ek.. Nak senang, boley je buat size 150x150 pixels.. Dengan size tu, korang boley muatkan ke semua jenis sidebar termasuk la untuk 2 sidebar macam yang kat bawah ni;



Satu contoh untuk jenis yang kt atas ni ialah http://ayzaecmal.blogspot.com/..

Step kedua, upload gambar yang korang dh siapkan ke Image hosting provider macam photobucket ke.... pastu select code dia bagi.. Copy dan paste kat html code macam gambar kat bawah;

 

Ok, sekarang gantikan tulisan merah dengan code gambar korang dari photobucket tu.. Tulisan biru pulak tukar dengan ayat yang korang nak tulis. Sila rujuk banner aku, kat button tu ada tulis bende sama ngan tulisan biru tu. Aku dh malas nk buat screenshot.. Tulisan hijau plak gantikan dengan address blog korang. Lepas semua siap, korang boleh pastekan code html korang tu kat sidebar. Yang ni kena explain gak ke? pegi kat dashboard blog korang > layout > add a gadget > HTML/javascript... Paham x? Tak paham jugak? ni yang aku xsuka jadi cikgu ni... tengok screenshot kat bawah..



Dah paham? Apa lagi, try la... Resultnye nanti, korang akan dapat banner yang macam ni;





   




p/s: Dah siap nanti bagitau aku. Kita tukar banner ye.... :) Pape soalan, tnye aku... Skali lagi aku nak bagi credit kat http://jejaktrend.blogspot.com/.. Kat sini la aku blajar coding HTML...

Sunday, October 25, 2009

4 langkah kuatkan wireless connection di komputer anda SEPANJANG MASA!

Bagaimana kita boleh kuatkan wireless connection ke komputer, mengelakkan dari putus pastu conect balik... kadang-kadang ada connection tapi tak boleh access internet.. Disini, 4 langkah menguatkan wireless conection di komputer anda tidak akan anda jumpa kerana semuanya tipu belaka.... Hanya untuk hari ini aku membuat penipuan ini untuk mengetest tips blogging yang aku jumpa skali lagi di http://jejaktrend.blogspot.com/. Skali lagi tengkiu kepada Eldy untuk info berguna ni~
Ianya berkaitan cara menulis tajuk entry yang pasti orang akan buka.. Di bawah ini merupakan teknik tersebut...

1. Memaparkan kontrastMichael Jackson dan rambutnya (Rambut Michael Jackson terbakar)

2. Jangan ikut style berita(Seorang pelajar sekolah didapati merogol ..) Dia perlu dipenjara 100 tahun


3. Berbentuk tanya balikSiapa kemukakan idea PPSMI ? (Datuk xxx cadangkan agar ..)


4. Point yang hidupOh yeah !! Dia balas sms gua (dia akhirnya membalas saya)


5. Merangkumi idea kontent(Mengelakkan xxx ketika mengawan) 5 perkara perlu tahu ketika mengawan

p/s: Aku nk tau sape orang pertama yang tertipu dengan entry ni... hehehehe! SORRYYYYY!!!!!!

Thursday, October 22, 2009

Tengok wayang malam Rabu - Papadom by Afdlin Shauki



Cast:
  • Afdlin Shauki : Saadom
  • Liyana Jasmay : Miasara
  • Noorkhiriah : Munirah
  • Vanidah Imran : Professor Balqis
  • Farid Kamil : Hisham
  • Scha : Shasha
  • Chelsia Ng : Yvonne
  • Que Haidar : Mat
  • Harun Salim Bachik : Syukur
  • Adham Malekh : Ali
  • Pete Teo : Alan
Bagi aku yang bukan penggemar filem tempatan, aku bagi rating 4.90/5.00 untuk filem ni... (memang orang xkan bagi markah penuh, even SPM pon diorang tak bagi full mark walaupon betol semua).
Papadom mengisarkan tentang Saadom a.k.a Dom, seorang papa tunggul tunggal membesarkan anak perempuan cute dan manja beliau, Miasara dalam suasana yang begitu protective dan kasih sayang.. Protective macam mana? Bayangkan kalau 24/7 sentiasa dengan anak.. Bangun pagi kejut anak, bawak pegi bathroom, nak tolong bukak baju. Party kawan Mia, pon Dom ikut skali. Pegi skolah, sampai time rehat pon still ada kat skolah, siap hidang makan nasi kandar lagi.. Johnny Depp? Sape tu? Dom tak kenal.. Perkhemahan pengakap, latihan silat, pon dia join! Sampai masuk U pon, Dom sanggup jadi tukang kebun untuk jaga anak dia.. Korang nak bapak camtu? Haha, fikir sendiri... Perlu ke aku cerita dari mula sampai habis? Tak boleh... Nanti korang tak pegi tengok~ :P
Time aku bukak trailer cerita ni kat Youtube, aku tak nampak apa-apa yang spesel kat filem ni. Then ofismate aku ajak gi tengok. Aku memang jenis tak tengok filem tempatan kat wayang. Jadi, dengan menyedapkan diri sendiri aku set minda aku, "filem Afdlin, menang festival filem...", aku pegi jugak.
Permulaan filem sangat unik. Ada lagu yang kita nyanyi tiap-tiap hari kat sekolah dulu.. Lagu apa? Dengar sendiri! Memang aku tak expect nak gelak dalam 3 minit pertama filem tu bermula! Kan dah tumpah mash potato (Orang kasi sebelom masuk punggung panggung) aku..

Antara babak yang korang TAK BOLEH MISS ialah 2 filem best dalam filem ni; Puaka Padang Ragbi oleh Hisham Hashim dan Eksitensial Sial oleh Wajib Tayang. Aku tengah taip ni, teringat pon boleh gelak sorang-sorang.. Gile betol Afdlin ni... Memang kejam buat aku gelak sampai sakit perut! Aku memang tak reti nak review filem. Aku nak sangat cerita kat korang satu demi satu ke'best'an filem ni, tapi tak sanggup spoil mood korang nak tengok... Satu lagi babak best ialah time Mia main nipple Mat. Haha, bley plak dia cakap CUTE! Then part Mat menceritakan sesuatu, part

Cerita ni bukan takat lawak, tapi part sedih dia memang sedih walaupon ada part sedih yang time dekat2 nak nangis keluar plak lawak yang membuatkan air mata tetiba terkeluar.. Nasib baik aku bawak tisu masuk panggung... Moral value pon banyak. Membuatkan aku terasa sayang sangat kat abah aku... Time Hari Bapa memang wajib tayang cerita ni! Ok, bawah ni ialah meter-meter yang aku pinjam dari blog best http://obefiend.blogspot.com/.. blog serius beliau lagi best! ok, back to main topic.. Bagus meter ni selain dari meter yang last skali tu korang boleh abaikan sebab berbeza dari meter yang aku fikir dalam kepala.. Kalau nak tengok dengan lebih jelas, click gambar tu ye...






Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, ni marupakan Filem tempatan yang berkualiti, layak menang festival filem, memang Wajib Tayang, penuh emosi sedih dan lawak, susunan cerita yang bagus, mudah faham, padat dengan mesej, sangat-sangat tidak bosan (sangat menarik la tu..), dan memang layak ditonton di panggung wayang! Wajib tengok dipanggung wayang jika taknak orang nampak korang nangis ye.... :)


Tuesday, October 20, 2009

Belajar dari Tauke Facebook – Mark Zuckerberg



Artikel ni aku jumpa di blog ni: http://jejaktrend.blogspot.com/.. It is a very good story and motivation. Sila baca artikel di bawah ye...

Mark Zuckerberg berjaya mencipta Facebook dan disebabkan facebook lah, beliau boleh menjadi kaya. Beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Bayangkan jutawan yang berusia 23 tahun ini !!


Trademark beliau
* Beliau pernah didakwa akibat mencuri rangka dan bahan-bahan terpelihara dari laman lain untuk mencipta Facebook.
* Beliau merupa seorang ‘setengah graduan’ kerana menghentikan pelajarannya untuk menumpukan perhatian demi membuat Facebook.
* Beliau pernah diejek bodoh oleh golongan proffesional apabila menolak niat Youtube dan Google untuk membeli Facebook dengan harga yang mencecah 1 billion $USD ketika Facebook masih baru.
* Beliau telah menjual syer sebanyak 1.6% Facebook kepada Microsoft dengan harga USD$246 juta !!

Motivasi
     Gua sungguh terperanjat apabila rakan sekerja gua (waktu cuti jer), terdapat akak dan abang casher yang berkelulusan ijazah ?!  Malahan mereka sudah hampir setahun bekerja di sana.. akibat gagal mencari kerja yang setanding dengan status mereka yang sebagai pelajar lepasan Universiti >.<)”..

Quote
Bersekolah tinggi tidak semestinya boleh menjadi kaya / berjaya.. Jadi jangan kita sesekali memandang rendah kepada orang yang berpendidikan rendah ~ (jangan pula x pergi sekolah ; jangan berasa terlampau bangga pula kalau kamu seorang yang pandai dalam sekolah ! (^_^)


Komen aku tentang quote kat atas: memang sesuatu yang aku perhatikan dan memang betul.. Dari apa yang aku tengok, kebanyakan orang yang berjaya semua berasal dari seorang yang failed. Kalau korang tanya sorang yang study tinggi, pas habis study nak jadi apa? Jawapan yang slalu aku dengar ialah nak jadi engineer, nak jadi doctor, nak jadi pilot, nak jadi manager... Nak tau apa persamaan semua pekerjaan kat atas? Jadi kuli orang.. Semua nak jadi pekerja yang hebat di syarikat yang hebat. Dan tak lupa, benda yang aku cakap tadi kena jugak kat aku sendiri. :P
Cemana pon benda tu bukan suatu yang negatif. All i can say is, do whatever u think best for u. I have no right to control other's life. So, apa je plan korang, all the best! Semoga menjadi orang senang  (aku tak penah doa jadi orang kaya :P)!

Saturday, October 17, 2009

Blog Aimi Berwajah Baru!



Memandangkan blog si Darling pakai template tak lawa, pastu susah lak nak send comment, aku paksa dia tukar template baru. Tapi, last2 aku sendiri kena buatkan untuk Aimi.. Aku tanya dia nak cemana? Aimi cakap nak yang cute, ada cartoon cumel2... Aku bagi cadangan kat dia, tapi dia nak satu template tu.. Pastu semua template aku tunjuk kena reject, xcute katanya... Template yang dia nak tu pon bukan lawa sangat.. hehe... Last2, diam2 aku buat template sendiri (actually edit template amek kat tenet je).. Aku letak muka Aimi kat blog tu.. Tak tau la apa dia nak comment. Kalau dia cakap tak cute jugak aku tak tau nak kata apa dah. Then aku tambah skali ngan gambar Aimi n d Geng (POWER ROOT RANGERS). Kenapa? Sebab Aimi sayang sangat kat diorang... Ntah2 lebih dari sayang aku.. (err...). Rasanya tak kot~
Ok, untuk korang yang mana belom sedar kewujudan blog Aimi, boleh la melayari ke blog beliau disini ye...

Wednesday, October 14, 2009

Holiday @ Genting

Holiday kat Genting Highland baru je tamat... 2 hari kat Genting memang best, untuk aku yang dh 9 bulan tak jumpa Aimi-chan~ Bertolak dari Gambang 10/10/09 dan balik 11/10/09. Aku sebenarnya taktau nk cerita apa, cuma boley tunjukkan gambar. Korang bayang sendiri la keseronokan kat sana ek..
Pasal budget plak.. Untuk korang yang xpenah or nk pegi lagi skali, prepare duit banyak2.. harga makanan kat sana double. Nak best, makan kat Marrybrown. Harga yang affordable, dan memuaskan perut.
Outdoor, RM44 sorang + RM10 untuk Flying Coaster (wajib naik!)..
Pastu untuk Indoor, hmm.... Kalau betul2 nak test semua, prepare la duit banyak sket ek. Pakej masuk ke Ripley's Believe It or Not ngan rumah hantu dh RM30 sorang...
Yang lain2 aku xmain pon. But ada Pakej untuk semua dalam Indoor, RM79 sorang. Tu pon lepas JIMAT RM25. Kat Genting, aku agak tempat yang korang paling banyak singgah ialah kat sini;
Yeah, tu merupakan posing aku mencari toilet.. Toilet banyak tapi pening kepala nak cari. Pastu, tips aku untuk yang pening, sila la makan asam ye. Confirm hilang pening. Akan tetapi, adalah diamarankan bahawa korang jangan makan terlalu banyak... Kerana korang akan jadi seperti gadisku dibawah ini;
Yeah, beliau tetap cumel walaupon tengah pening... (maafkan bahasa jiwangku ini, penangan lama xjumpa awek). Selain Flying Coaster yang aku cakap tadi, bende wajib naik termasuk la Corkscrew dan Spaceshot. Untuk 2 bende alah ni, para pakwe dinasihatkan mempunyai keberanian berlagak macho, tidak mudah muntah dan bijak memujuk makwe masing2 untuk naik sama2.. Selain itu, Ilmu menjinakkan haiwan buas juga diperlukan..
Bagaimana? Suapkan dengan air mineral, confirm diam menatang tu... Nasihat aku, kalau korang nk pegi Genting, bawak la member2 skali kerana korang sangat2 memerlukan seorang Photographer bagi mengelakkan gambar seperti ini:
Ini merupakan hasil capture seorang insan kat sana... Ok la tu, ada satu lagi gambar. Sangat hampeh gambar tersebut sehingga tak mampu nk letak kat sini.. Pakaian persalinan juga boleh dibawa skali, untuk yang mahu macho dan cantik sentiasa, taknak kelihatan basah seperti kitorang setelah menikmati permainan di bawah..
Ini time naik, time turun xmampu nak amek gambar. Nak selamat, simpan kamera anda ye.... Perkara yang bagus tentang Indoor park ialah, korang mampu menguji minda seperti permainan dibawah.. Ianya boleh didapati dalam Ripley's pnye tempat...
Pesanan aku kepada yang drive kete ke Genting, jgn geletek pemandu kete ye.. Kang salah masuk Exit, jadi cam aku... Hehe :P
Akhir skali, as a gratitude to all my friends.. Mekasih banyak2 kasi tompang bilik haritu, dan tolong hantar aku balik. Aku betul2 enjoy pegi sana. Kat Penang xde geng cam kat Pahang. Well, aku memang ada besfren kat Penang, tapi semua member2 aku sibuk ngan keje.. Melepak di Pahang bersama geng2 yang xbusy macam aku memang best. banyak aktiviti boley buat. Main bola, dating, buat aksi2 gila dan geli, buat toyol, lepak2 kat kopitiam... Memang enjoy! Kepada korang, Maybe tu last aku pegi Pahang. Maybe je... Kalau ada rezeki, aku pegi lagi. Next year aku busy sket..

Lastly, gambar terakhir sebelum aku balik ke Penang.. Aku suka gambar ni...
Skali lagi, time kasih untuk semua...

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO