Monday, January 4, 2010

Bonekalife Dan 'Nasi Lemak Kopi O' di TV9!

Sabtu haritu ktorang dijemput oleh TV9 untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O dalam segment Indie@NLKO. Show tu Live pukul 8.30 pagi di TV9, dan turn ktorang pada 9.15 pagi.

Memandangkan peluang camni bukan senang nk dapat, so ktorang terima gak walaupon masing2 busy. ktorang gerak dari Penang hari Jumaat pukul 8.00 pagi kemudian terus ke Puchong Perdana untuk jumpa publisher komik. ktorang plan nk publish kan komik Bonekalife Adventure yang dilukis oleh Jatz (pelukis Bonekalife).



Lepas tu gerak terus ke Serdang untuk ke rumah sewa Mas. aku macam tak percaya je mas duduk serumah ngan sorang Internet Marketer yang memang aku respek iaitu Amirul Faisyal. best borak ngan dia, memang supportive dengan Bonekalife. dia gak la yang banyak bantu Bonekalife untuk naik.


lupa plak nak cakap, ktorang gerak untuk interview tu empat orang naik kete Viva hitam kecik comel aku abah aku..


Sabtu, hari yang mendebarkan pon tiba. pukul 6.30 ktorang dh gerak ke Sri Pentas sebab takut jalan jam. sampai je ktorang dijamu ngan nasi lemak + kopi O. halamak, aku ni dh la jenis tak minum kopi, so makan nasi lemak jela. pasni bertambah la 1 lagi 'tayar spare' kat perut.. lepas tu, tiba la masa untuk mekap. sedap je diorang tempek2 bedak kat muka aku, pastu sapu plak lipstik kat bibirku yang mekar ini.. pergh, kalau korang tengok, konpom tergoda nyahh~ dalam tempoh menunggu turn masuk studio tu, ktorang sempat la amek gambar beberapa das~


9.00a.m, diorang panggil masuk. ngan pantas ktorang masuk n setup meja. time tu aku dh gabra habis dh. kena plak duduk host Sharifah Nur, memang nervous tak ingat. kalau sapa2 ada tengok, mesti nampak muka aku pucat kat TV, tapi actually tu sebab mekap. :P


Show tu cuma 10 minit je tapi memang memberi kesan kepada Bonekalife. lepas habis je show tu, bertalu2 mesej masuk ke inbox, yang bertanya, yang comment, yang suka, yang nak berkenalan, semua ada.. hehehe... Alhamdulillah, Nasi Lemak Kopi O gak beri Bonekalife satu permulaan yang baik untuk tahun baru ini, satu promosi yang sangat memberansangkan. banyak comment dan mesej di Myspace yang nak kena approve untuk hari tu je dh ada lebih 104 friend request kat myspace. terima kasih untuk sokongan korang semua! hehe...

habis je show, ktorang balik ke rumah. memandangkan plan untuk pergi gig malam tu dibatalkan so ktorang balik haritu gak. pukul 2.00 ktorang bertolak ke Gombak untuk jumpa Shah yang sebenar. apa shah yang sebenar tu? itu la Aishah, sumber nama watak shah dalam Bonekalife. :-). habis je makan2 di KFC ngan shah, ktorang gerak balik ke Penang.

Apa yang aku boleh perhatikan dan belajar dari pengalaman ni, memang banyak. perjalanan yang panjang ni mengeratkan lagi hubungan ahli kumpulan Bonekalife. ktorang juga mula belajar Public Relation skill. selain tu, aku kagum dengan semua pengacara2 kat Nasi Lemak Kopi O. betapa pantas diorang bekerja dan sangat professional. seriously aku kagum. dari sorang budak yang kecik sampai la kepada sorang bini orang yang cun. :P

selain tu gak, Bonekalife turut mendapat offer untuk sponsor tee untuk rancangan tersebut~ :-) best kan? hehe, memang best sangat pengalaman ni. skang jam dh 12.50. aku dh nk kena tdo, sok keje. sebenarnya banyak lagi nk cerita, tapi rasanya cukup kot buat masa skang. nanti plak la ye.. chiowww~


Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO