Tuesday, March 31, 2009

Melintasi Darul Makmur

MELINTASI DARUL MAKMUR

memasuki darul makmur

meninggalkan ibu kota

sempat dikucup mesra

gadis kasino

puncak genting.

sebelum melangkah keluar

bumi darul makmur

sempat didakap erat

gadis berbikini

pantai cerating.

ZIZIE ALI

20.5.2000


dipetik dari; http://www.geocities.com/zizieali/longgok09.htm

Monday, March 30, 2009

AKU MAHU SEMUA ITU!!!

Aku skang dh mencapai tahap kritikal dimana apa saja yg aku nampak sentiasa kelihatan sedap selain dari bubur dan sup....

aku dh mencapai tahap kelaparan yg membabeng buta...

aku skang bagai mahu melempang sesiapa saja xkira mereka itu bersalah atau pon tidak jika mereka menyebut apa2 jenis nama makanan...

aku rasa nk gigit apa2 saja dan sesiapa saja yg ada didepan mata..

aku skang tengah masak megi yg aku tau aku xleh makan...

skang aku dah berjaya masak megi dan tengah tunggu sejuk nk makan.

aku sangat jeles melihat kawanku makan biskut ketika habis waktu bekerja, makan nasi beriani berlaukkan ayam masak madu ngan kuah kari yg pekat melekat serta sayur-sayuran segar dari ladang seperti kubes, sauwi, kangkong, kailan, baiyam~

aku seperti mahu memperdajalkan mereka ngan memasukkan tahi hidung kedalam makanan, membiakkan lipas didalam locker makanan mereka, melanggar mereka sehingga terjatuh makanan dan biskut sedap seperti oreo dan chipsmore dari tangan mereka lalu ku pijak ngan alasan tidak sengaja kemudian aku akan melenyek2 makanan tersebut supaya mereka turut sengsara sepertimana aku yg tidak buleh makan ini..

AKU MAHU MAKAN!!!!

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR BODO!

nape earth hour xbuat waktu siang? aku sanggup tutup lampu start pukul 8pagi sampai pukul 6petang! 10 jam tu! bodo.... mampos la, xnk tutup.. nk chatting ngan awek. mana bley tutup lampu. ngadap laptop dalam gelap rosak mata. agak2 berapa kerugian kilang2 kene tutup lampu? agak2 berapa banyak eksiden berlaku sebab kete sume tutup lampu time drive sebab nk sokong earth hour??

p/s: aku xpaham nape earth hour kena buat waktu malam...

MAMA, SAKIT!

aku kini:
1. bengkak
2. xbley bukak mulut takut luka gusi terbukak balik
3. xbley makan.. selain ubat dan bubur yg sejuk ngan air sejuk
4. xbley gelak(sila jgn buat lawak depan aku kang xpasal2 kene pelempang free)
5. xbley cakap banyak (sila jgn col, kang aku reject)
7. xbley gosok gigi...(sial...)
8. xbley gi keje! (yea??)
9. xbley nk bersin... umm...
10. xbley nktelan air liur but xbley nk ludah gak...
11. sentiasa rasa cam ada darah dalam mulut, bila makan je bley rasa
12. mula rasa nk demam..
13. mula sakit pale...
14. mula kering poket...

p/s: moral yg aku dapat ialah cegah sebelum terkena. ni x, tunggu 3 minggu baru nk gi klinik.

Thursday, March 26, 2009

Tatkala Aku Melangkah ke dalam Bilik Rohani..

PENDAHULUAN

harini 26 mac, aku dh xtahan ngan gusi bengkak yg dah masuk minggu ke-3. lepas sign in kt ofis, aku terus pecut moto pegi Klinik Pergigian Rohani. masa aku sampai, klinik baru bukak. ada sorang awek yg bley tahan la, duduk mop lantai. aku masuk pastu dia suruh aku lompat naik ke sofa sebab lantai basah. kt luar plak ada lagi sorang staf india dok berpeluk ngan pakwe dia, setelah bergosip seketika maka aku dapat tau staf tu memang suke dating pagi2. pastu aku register n tunggu doc datang. untuk pengetahuan korang, ni adalah 1st time aku pegi klinik tu dan 1st time aku ke klinik gigi dalam tempoh lebih 13 tahun. bila doc datang, aku pon dibawa ke bilik (xde perkara maksiat yg berlaku), then di check maka aku dapat tau punca kerosakan gigi (sebenarnye bengkak gusi je).

_____________________________________________________

1. geraham bongsu a.k.a last gigi aku nk tumbuh.
2. pastu dh xde rung dh kt gusi belakang skali so dia try nk tumbuh kt tepi.
3. ianya boleh mengakibatkan kejadian yg xdiingini seperti sakit gusi, gigi menikam2 pipi serta luka2 dalam mulut.
4. akibat dari akibatnye tadi tu, aku xbley makan.
_____________________________________________________

conclusionnye, kene la operate. tapi mesin rosak so aku buat appointment ngan doc untuk operate sok pagi(jumaat). pastu dia suruh aku makan dulu sebelum operate. bila aku balik n sampai je kt opis, staf india tadi col suruh pegi balik tapi xcakap nape. aku pon pecut lagi moto menuju destinasi yg mendebarkan. xcakap banyak, diorang bagi makan ubat, then cakap diorang akan operate haritu gak. woahhh!!! takotnye aku!

KARANGAN BERMULA (ISI)

dalam bilik bedah, debaran mula terasa. jantung berdegup kencang sekencang angin diatas jambatan pulau pinang. seraya aku melangkah masuk, doc rohani menyambutku ngan penuh senyuman serta penuh jarum ditangan. aku dijemput duduk di sofa empuk canggih disitu. dengan senyuman, doc rohani membaringkan aku. doc mula memilih gadget2 besi yg ada dalam dulang dihadapan ku. lampu dipasang tepat kemukaku, aku berasa seperti tahanan di Iraq yg bakal diseksa.
doc rohani berkata, "xpe, xsakit.." aku cuba mempercayai doc tetapi tidak mampu. environment disitu lebih mempengaruhi aku berbanding senyuman dan ayat2 manis doc rohani. aku memandang sekeliling, terdapat banyak peralatan yg asing bagiku, kebanyakannye berbentuk tirus.
bersamaku ialah awek kaunter, doc rohani, dan staf india suke dating. mereka mengangakan mulutku yg sexy ini, aaaaaa~ doc rohani mula menyumbat mulutku dengan cermin, dan juga jarum suntikan. bersertakan ayat "xpe, xsakit.. u r a very brave young man, kalau saya, saya xnk tengok cermin tu(merujuk pada cermin pada lampu soal siasat)...", doc rohani menyucuk2 gusi, pipi, lidah dan pape je yg patut dicucuk ngan jarum ntah besar gle. aku nampak doc menyuntik dadah ke dalam mulut ku! ahh, adakan aku bakal bergelar penagih? aku mula takut. jantungku sekali lagi berdegup kencang. namun, seketika kemudian, aku mula terasa kebas yg teramat sangat! yeah, time itu la doc rohani memulakan projek beliau.
beliau membelah, lalu merobek hingga tobek kesucian gusi merah ku itu. dikala itu, aku dapat melihat tulang rahangku, serta barisan gigi2ku serta gusi yg dh terbelah.. seyes takot! doc rohani mula menggerudi lalu dicungkil2 gigiku. namun gagal. time is running out! doc mula bertindak cepat. dia memberikan kata2 semangat pada pekerjanye, "jgn tension, relax, relax...."..
Tiba-tiba dia berkata pada staf india suke dating tersebut, "tolong pegang kepala dia".. staf india itu seperti orang lapar diberi McD, dia terus bertindak. dia mula memegang kepalaku. pegang sudah la minachi oiii~ ni tak, siap urut2 leher aku macam nk goda plak. dh la bulu ketiak xpotong, kurus gle, barang pon xde..
sambung balik. ntah berapa kali gigiku digerudi, ditobek, di tarik, gusi dipotong dan diulang2 lagi perkara sama sehingga akhirnye berjaya dikeluarkan! yeah, adakah aku sudah selamat? belom lagi, darah2 yg keluar begitu banyak, namun disedut oleh awek kaunter yg bley tahan itu. hun jgn risau ye, di sedut guna penyedut, bukan gune mulut dia.
gusi aku kemudiannye dijahit menggunakan benang berwarna hitam kerana hitam itu menawan. sungguh terer doc menjahit sehingga aku tertanya2, adakah beliau mengambil tempahan menjahit baju dikala aidilfitri bakal menjelma? setelah siap, aku xboleh berkata2 cuma angguk dan berisyarat tangan.. operasi bedah berakhir. aku dinasihatkan agar kurang bercakap, jgn minum air panas, jgn makan selain bubur... aku pon keluar dari dari bilik dengan muka puas menerima servis dari doc rohani.

PENUTUP

kini tibalah masa yg ditunggu2, result! seperti yg telah dijangka (bagaikan target result SPM), aku menerima bil serendah RM400 sahaja.. ya, SAHAJA... nasib baik bley claim. berserta ngan itu, pakej lain yg diterima ialah MC selama 2 hari.. kalau nk lebey bley mintak lagi. dibawah merupakan gambar2 bukti...

Si bongsu yg membawa derita...

antara dadah2 yg perlu aku tagih

bilnye semurah RM400 SAHAJA!

aku menerima sijil pertauliahan MC dari Doc Rohani

p/s: karangan ini ditulis sebaik saja tiba dirumah sementara menanti kesan ubat kebas untuk hilang. xdapat bayang apa bakal berlaku...

Tuesday, March 24, 2009

Terjah! misteri kayu koka dan bahtera Nabi Nuh... jeng jengg jenggg!

penah dengar kayu koka? ada cite mengatakan kayu koka nh banyak kebaikan dan sejarahnye plak menunjukkan kayu koka penah digunakan untuk membina BAHTERA NABI NUH A.S



dan jugak sebagai TONGKAT NABI MUSA A.S. betol ke??? then, ada plak yg cakap banyak khasiat kayu koka nh. antaranya;

_____________________________________________________________
1. Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
2. Sekiranya tidak lena tidur, sapu pada kedua-dua belah kening. Insya-Allah tidur akan lena. (Boleh di jadikan benteng dengan menyapu pada sendi-sendi tubuh badan sebelum tidur setiap malam).
3. Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
4. Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).
5. Andai terkena santau atau terminum racun, hendaklah diminum dengan air suam. Insya-Allah santau dan racun tersebut akan keluar.

6. Dapat melegakan sakit gigi, sakit kepala, sakit dada, berak berdarah atau angin dalam badan dengan meminum satu sudu teh pagi dan malam.

7. Dapat menawarkan bisa akibat gigitan binatang berbisa (lipan, kala jengking dan lain-lain).

8. Jika sakit sendi atau badan, sapu dan gosok di tempat yang sakit.

9. Jika melecur kerana terkena air atau minyak panas sapukan segera di tempat yang melecur itu.

10. Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.

11. Binatang-binatang berbisa akan menjauhi kita jika kita memakainya.

12. Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.

_____________________________________________________________

korang caye? tolong la jangan caye.... xpenahnye ada dalil cakap pasal kayu koka nh. nk tau harga dia?? panjang 26 mm, lebar 18 mm, tinggi 10 mm bley dibeli dengan harga SEMURAH RM200.00 JE! murah kan? nk beli? cari sendiri, aku xnk pomot kt sini. persoalan yg timbul kt sini, setelah membaca ulasan oleh Yg Berbahagia Shahibul Fadhilah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (sila click sini untuk baca), kenapa kayu koka yg dikatakan bley bagi rezeki dijual kepada orang lain kalau penjualnye bley guna untuk diri sendiri? terdapat juga persoalan tambahan lain seperti;
_____________________________________________________________

1. mengapa tidak digunakan kayu ini untuk dibuat bangunan, jika tersangat kukuh, maka xperlulah pelajar kejuruteraan awam susah2 nk kira structure bagi betol2 tepat, kira agak2 je dh la..
2. mengapa juga kayu ini tidak digunakan untuk dibuat landasan keteapi tapi digantikan ngan kayu meranti?
3. adakah kayu ini merupakan asas pembikinan minuman bergas koka kola yg diboikot itu?
4. mengapa kayu ini tidak terdapat dimalaysia sedangkan hutan hujan tropika tu xhabih lagi teroka?
5. mengapa kayu ini dibuat cincin dan tasbih dan bukannye sebagai manik dilekatkan ditudung2 lilitan asmara moon?
_____________________________________________________________

ok, skang study time. terlalu banyak pendapat dan perbahasan pasal kayu ni dan kelebihannye. aku xnk cite panjang pasal nh sebab aku bukan expert pasal nh. korang bley rujuk kt sini dan buat kesimpulan sendiri:

1. kelebihan2 kayu koka

2. jawapan kepada penafian mufti bahawa kaku koka berkhasiat

3. apa plak pendapat Ust Haron Din?

4. misteri bahtera Nabi Nuh A.S

pesanan khidmat masyarakat: jangan percaya amalan khurafat, pastikan ada dalil yg menyokong, kang xpasal2 dapat point kt bahu kiri.

Wednesday, March 11, 2009

Lihatlah aku dan Honda Civic~ bergayanye~ rase hensem~

haa, jgn jeles! last week hari sabtu aku test Honda City baru standard ngan full spec pnye siap ngan body kit Morulo~ sampai semalam dok mimpi lagi pasal kete tu. tapi harini lagi best! aku test member aku pnye HONDA CIVIC EX5!

umm, kasi suspen sket, tengok kunci dia dulu ek. simple je kan? biasa la, low profile. korang tunggu la, tengok dia pnye Honda Civic... penah dengar ke Honda Civic EX5? 1st time?

Ladies and gentlements! may i present to u, our new superEXOTIC model, machine of the year! HONDA CIVIC EX5!

Ngan spec yg mantap, enjin i-Vtec 0.1. Honda Civic ini mampu memecut sehingga 90KM/J! Absober dihadapan mampu menahan henjutan akibat termasuk tayar ke lubang atas jalan sehingga diameter 30cm! satu faktor keselamatan yg xdapat dinafikan kehebatannya.. berwarna biru gelap malap dihiasi sedikit habuk dan lumpur menonjolkan ciri2 klasik.

Ekzos digayakan ngan corak karat menunjukkan kekukuhan jentera buatan Jepun ini kerana masih belum luruh di atas jalan.. daya tahan jentera ini tidak dapat dinafikan lagi, lihat saja pada kepaknya, agak2 dh berapa tahun umur jentera ini? sticker yg masih belum tanggal menambah seri jentera unggul ini.

Jangan disoal mengapa seatnya begini. ini merupakan TREND masa kini, dan ia meninggalkan kesan SENTIMENTAL pada pemiliknya. walaupon telah berjuta2 kali dipujuk, masih jua enggan untuk menggantikan yg baru. begitu tinggi nilai sentimental seat ini. ia juga merupakan satu sistem perairan dimana ia mampu menyerap air hujan berlebihan bagi mengelakkan seat basah.. (namun haruslah sedar bontot boleh basah selepas itu, tapi xmengapa, itu TREND..)

Yeah, ini juga TREND.. plat yg dipasang menggunakan 1 skru sahaja, bertujuan untuk menjimatkan kos penggunaan skru memandangkan ekonomi dunia yg belum stabil. ia juga untuk membuktikan skru buatan jepun merupakan yg termantap, terkukuh dan pelbagai ter lagi kerana berjaya menahan berat plat tersebut.. penjimatan ruang juga diaplikasikan disini, lihat sahaja pada satu lagi lubang skru tersebut, anda boleh letakkan apa2 aksesori kegemaran anda disitu untuk mencantikkan Honda Civic EX5 ini!

Side mirror sengaja ditanggalkan dan diganti dengan ariel, untuk mendapatkan line telefon yg lebih kuat disamping menonjolkan jam tangan murah milik penunggang yg bernilai lebih sket je dari RM300..

kick starter dan ekzos berkarat menonolkan ciri2 klasik amatlah sesuai dipadankan dengan kasut kulit DOCKERS moden berwarna coklat. kasut itu juga elok dipakai dengan stokin hitam.

bagi menonjolkan ciri exotic pada seat, pemilik menyarungkan seluar berjenama terkemuka iaitu NAUTICA (bukan keluaran Produa), dimana gabungan kedua-dua unsur ini boleh menimbulkan daya tarikan tersendiri pada pemilik.

Pemilik bergaya bersama jentera kesayangan beliau.. bagi mengelakkan pemilik diperas ugut oleh peminat2 jentera beliau, mulut dan hidung terpaksa disembunyikan disebalik tangan kerana kedua2 organ tersebut tidak boleh ditanggalkan untuk disembunyikan didalam poket yg penuh dengan duit RM50..

Pemilik Blog tidak melepaskan peluang bergaya dengan jentera keluaran jepun ini, sekali seumur hidup~

___________________________________________________________________

BERITA BAIK!!!

Honda Civic EX5 kini dibuka untuk lelongan!

Standard Spec - RM250! (boleh dirunding)

Full Spec - RM23.96! (tak akan dinaikkan lagi!)
*Percuma satu beg habuk
*Percuma kesan lumpur di Mudguard hadapan dan belakang
*Percuma pemilik Honda Civic EX5 + Kad ATM maybank dan Kad Kredit beliau
Pemilik bergaya bersama Beg DEUTER (RM2++), JAM TANGAN MURAH (RM3++), BAJU DAN SELUAR BERJENAMA (RM5++) CERMIN MATA LEVIS (RM4++)..

Full Spec SE - RM13.45! (bakal diturunkan lagi!)
*Percuma satu beg habuk
*Percuma kesan lumpur di Mudguard hadapan dan belakang
*Percuma pemilik Honda Civic EX5 + Kad ATM maybank dan Kad Kredit beliau
*Percuma pasangan songsang Pemilik Honda Civic EX5!
18PL: DO NOT TRY THIS AT HOME! aksi songsang masyarakat sekarang...


JANGAN KETINGGALAN, DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!

Sunday, March 8, 2009

Aku Peraba?

8 Mac 2009, aku telah ngan rasminye menjadi penjenayah setelah berjaya meraba bontot sorang awek cun iaitu Silk Spectre II, sorang Superhero. tengok ni haa, bangganye muka aku time tu.

hunny, i pakai baju u bagi~

xnampak? jap aku zoom bontot dia ek.. tapi, jgn terlalu horny ye...


Silk Spectre II yg mengancam jiwa raga..

hehe, amacam.. jeles x? haa, korang nk tengok, click kt gambar tu bley la tengok gambar besar. haha, aku memang jahat! well, aku gi tengok cite WATCHMEN malam tu, tiket kol 9.15 malam, kt GSC Sunway Carnival Mall. cite rating 18PL (aku menyelit masuk gak walaupon aku baru berusia 16 tahun.... PERASAN!).. best tol adegan2 aksi dalam cite tu.. ada

1. aksi lawan-lawan
2. aksi lawan-lawan lagi (yg best gak sebab ada 2 jantina, hehe...)
3. aksi2 sensored (part yg amat diminati oleh kawan2 yg pegi menonton bersama aku)
4. aksi menyelak baju nampak ni**le.. (dalam panggung pon ada part xtapis ek, apa nk jadi ngan Malaysia skang ek...)
5. baju2 superhero yg best..

kesimpulannye aku amatlah teruja ngan jalan cite dan watak2 cite dan adegan2 dalam cite tersebut. rasa nk tengok lagi skali. 1 lagi, UNTUK PEREMPUAN!! korang mesti berminat ngan watak Dr. Manhattan yg bley pegi kemana saja tanpa memakai seluar dan menayang2 barang beliau yg tergantung itu! umm, ni la satu2nye watak flasher superhero yg aku penah tengok.

Dr Manhattan

Watchmen Superheros

pastu kitorang bergerak balik ngan SUBARU IMPREZA STI milikku..

Subaru Impreza STI aku, ngan bonet kete kaler hijau.. no plat kete terpaksa dibukak bagi mengelakkan kete dicam korang. ubah suai telah mendapat kelulusan JPJ, nampak je simple tapi mengancam!

haa, kitorang pon bergerak ke destinasi seterusnye iaitu restoran ntah ape namanye, makan dan lepak2 buat sementara waktu sehingga jam 1.30 pagi~

santapannye: Grilled Chicken Chop + Air Bandung = lebih kurang RM12.00.. lagi puas dari makan McD yg xmenyihatkan (cuba menenangkan perasaan diri sendiri dalam usaha memboikot McD)..

P+S= aku berasa macam nk menjadi sorang superhero spender diluar setelah melihat keunikan dan kemengancaman watak2 dalam cite nh..

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO