Saturday, November 14, 2009

Bila Aku Menipu Penipu, Camni la Jadinya....

Penah dengar tak SMS fraud? ala, yang send msg "No simcard anda telah terpilih untuk memenangi wang RM20,000 dari Power Root Sdn Bhd, Sila dail: 012-8xxxxxx untuk menuntut hadiah anda!" haa, penah dapat tak? Dah ramai customer yang aku attend sebab case ni. datang je buat report pasal hilang duit. bila check balik rupa-rupanya sebab layan SMS ni. Aku pon tak paham nape ramai sangat yang tamak sampai tak fikir elok2.. Bila dapat SMS ni, penerima sepatutnya fikirkan at least 3 perkara;

  • Sape suka2 hati nak bagi RM20,000 kat korang? Apa, kaya sangat ke nk bagi free RM20,000..
  • Korang minum Power Root? Bila plak beli Power Root satu tin kena register no tepon? cemana diorang dapat no tepon korang?
  • Apehal Power Root pakai no Maxis? Telekom dah bankrupt ke?

Penipu2 ni semua bodoh, tapi orang yang tertipu lagi bodoh (Sorry bahasa kasar)... But its true, takkan la tamak sangat sampai tak fikir pape dh. Latest, sorang biz man datang complain kat bank dia kena tipu. Perghh, orang kaya, pandai fikir pasal bisnes pon kena tipu jugak? Memang mangkuk tamak la...
Back to topic, beberapa hari yang lepas member aku terima SMS ni. Masa tu kitorang still buat balancing cash kat bank. Aku pon ambik no fon tu dan call..

Aku Menipu: Hello.....

Penipu Tertipu: Hello, siapa ini?

Aku Menipu: Owh, saya ada terima SMS yang cakap saya menang RM10,000 dari Power Root..

Penipu Tertipu: Owh, pasal tu ke.. (tetiba loghat indon bertukar ke loghat Malaysia, tapi still funny kalau dengar).. Boleh Incik berikan nama dengan No tepon incik?


Aku Menipu: Nama saya Nazri (pinjam nama member aku)

Penipu Tertipu: Ok incik Nazri, apa No tepon incik?


Aku Menipu: ummm... (otak dok fikir no tepon) 012-4438765 (taktau la no sape nih..)

Penipu Tertipu: Ok trime kasih ye incik nazri. Tahniah kepada incik dan keluarga incik kerana telah terpilih untuk memenangi Hadiah RM10,000 dari Power Root sdn bhd!


Aku Menipu: Owh, sama2.. habis tu skang cemana saya nk tuntuk hadiah tu?

Penipu Tertipu: owh, incik ada account Maybank? Kami akan masukkan wang tu ke account incik... (loghat dah 50% kembali ke Indon)


Aku Menipu: Alamak! saya takde account Maybank la... cemana ni? Akaun bank lain tak boleh ke?

Penipu Tertipu: Eh, incik kena ada account Maybank... Sebab urusan kami semua guna Maybank aja~ (Kolotnye Power Root, xde account Maybank...)

Aku Menipu: Alamak, tapi saya takde account Maybank ni.. Takkan tak boleh dapat kot? Xde cara lain?

Penipu Tertipu: Kalau macam tu, incik kena bukak account Maybank dulu la. Lepas bukak tu, baru incik call kami lagi skali dan kami akan masukkan wang tersebut ke account incik. Boleh?


Aku Menipu: Bagi cheque tak boleh ke? lambat la saya nk buka account...

Penipu Tertipu: Owh, boleh juga jika incik nak begitu. tapi incik kena bank in RM2000 dulu kepada kami untuk charge pemprosesan. (Gila la, kita nk terima hadiah, kita plak kena bayar.. Buat Banker's Cheque kat Bank pon baru RM5)


Aku Menipu: Eh, kenapa plak saya kena bayar RM2000? Kan saya dapat RM10,000 tu.

Penipu Tertipu: Iya betul. Kalau incik guna account Maybank, Incik tak perlu bayar. Tapi sekarang incik mahu cheque kan? Haa, incik kena la bayar untuk kos prosesnya..

Tetiba sorang member aku bernama Jismi merampas fon dari aku....

Jismi Bengang: Woi SIAL! LANC*U!! B**I!!! PI MAMPOIH LA KEJA NAK MENIPU ORANG!
 talian terputus... aku sempat ayat sket je...

Jismi Bengang: Haa, puas hati aku.....
Aku plak yang tak puas hati. Aku menipu tak sempat habis lagi...

Proses diorang menipu ni sebenarnya ramai lagi yang taktau. Once diorang dapatkan detail korang, diorang akan guna untuk create Internet banking.. Ramai yang cakap salah bank sebab security tak ketat. well, korang fikir sendiri.

TEKNIK UNTUK DITIPU PENIPU

Bank sediakan Internet banking untuk kemudahan customer. Untuk buat internet banking, customer perlukan No card yang boleh diperoleh kat atas kad atm, yang 12 digit tu.. gunanya untuk login nanti. Kad tu ada pada siapa? Customer..
Kemudian untuk transaction, setiap transaction memerlukan verification TAC number. kalau tak ada TAC number, tak boleh transfer duit, tak boleh bayar bil, pendek kata tak boleh buat apa2 transaction la..
Masa customer buat internet banking, customer kena register no tepon kat ATM. Bila customer buat transaction, customer kena request TAC number dan TAC number akan dihantar ke no tepon customer.. bukan no tepon Penipu tu.. Tepon customer ada pada sape? Makwe diorang Penipu tu ke? tak... Kat customer jugak kan?
Jadi, cemana penipu menipu? Diorang akan mintak No card dan no account, konon2nya diorang nak masukkan duit. customer pon bagi.... Pastu, penipu pon register internet banking guna no tepon diorang, so TAC number akan sampai kepada Penipu.. Penipu boleh buat transaction...

So, sape yang salah sebenarnya ni?
Security Bank yang terlalu mudah ditembusi?
Or Customer yang membantu bagi information?

Bank tak boleh suka2 hati check into others account bila ada customer datang buat complain. Customer datang bawak report polis, baru boley check. Tapi bank cuma boleh check benda dibawah bidang kuasa bank saja. tangkap penipu keje polis... Bank cuma boleh check dari mana transfer duit, melalui apa transfer duit, kemana peginya duit. lepas tu polis yang patut amek tindakan.
Yang pelik, kenapa tak ada sorang pon penipu yang kena tangkap? Bila customer report polis, semestinya diorang report no tepon. aku rasa polis ada kuasa mengarahkan company no tepon check no tepon tu register under nama sape, betol x? But until now xde lagi penangkapan dibuat.. Setahu aku no tepon skang kena register dulu baru boley guna. Tak tau la kalau Polis xde kuasa camtu.
Bank tak boley nak suka2 hati return duit camtu sebab pihak bank cakap bukan salah diorang. security yang disediakan dh cukup mantap. puncanya berasal dari customer yang bagi information... so customer pon bising bila tak dapat duit balik. bila customer bising, diorang datang bising kat bank.. bila datang bising kat bank, diorang datang bising kat kaunter aku... siot betol....

p/s: yang membaca, jangan kena tipu n jangan tamak.... orang taman selalunya rugi, tapi kadang2 untung gak..

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO