Saturday, December 26, 2009

Sherlock Holmes


25th December... Pada malam krismas, pada malam semua orang busy nk beraya, pada malam semua orang sibuk nak tengok Avatar, aku plak sibuk dan berjaya gi menonton SHERLOCK HOLMES! Dah lama aku tunggu cerita ni keluar. Malam tu plak website GSC buat hal, tak bley nk beli tiket online. nasib baik ada TGV. Aku ngan gang pecut keta pegi TGV. nasib memang sangat2 baik sebab tak ramai beratur beli tiket, pastu panggung Sherlock Holmes plak tak ramai orang. semua tengok Avatar~ LUCKY!! Seat pon dapat gak yang best, puas hati aku..
Aku kenal Sherlock Holmes masa sekolah rendah. time tu kalau tak silap umur aku 11 tahun. start dari time tu aku mula minat komik detective terutamanya Detective Conan dan Kindaichi~! Aku ada koleksi komik Detective Conan dari awal sampai ntah no berapa. aku kumpul start dari sekolah menengah sampai aku masuk Matrikulasi. Last2 komik aku kena kebas ngan kawan aku bawak balik taiping masa hari last matrikulasi. celaka ko Din!!! Lepas tu aku baca plak novel the Armchair Detectives. best sangat!
Berbalik ke topik asal, pasal Sherlock Holmes. Watak ni dicipta oleh Sir Arthur Conan Doyle. kalau tak silap, dia gak yang buat cerita The Lost World tu.. ada yang mengatakan watak ni di inspirasikan oleh cikgu biologi beliau.
Tentang Sherlock Holmes
Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detective yang sangat2 terer dalam bidang fizik, botani, geologi, kimia dan anatomi. dia gak sorang yang terer main biola, macam Kassim Selamat. Tapi dia tak buta la.. Bab gaduh2 pon terer gak. main pedang pon terer, memang sesuai buat calon laki. Sherlock Holmes gak ada sorang member baik. dalam setiap siri buku dia mesti ada watak ni. nama member dia tu dr. John H Watson. bukan owner kedai watson ye.. musuh tradisi Sherlock Holmes plak ialah Professor Moriarty. Apa yang menarik tentang Sherlock Holmes ni ialah dia sorang yang sangat pandai membuat deduksi. dari satu benda yang sangat simple, Holmes boleh tau banyak perkara. skill ni yang buat aku melekat dengan Holmes.

pasal filem plak ye.. filem yang aku tengok semalam memang best! Apa yang aku nk tengok dari filem ni ialah kehebatan Holmes buat kesimpulan dalam siasatan. dan tidak mengecewakan. dari awal filem lagi dh tunjuk skill Holmes ni. tapi kalau boleh, bagi la lebih lagi deduksi Holmes tu untuk next film (kalau ada)... pada mula aku aga pelik sebab xde watak jahat utama.. tapi xpe, sebab last skali baru aku tau, watak professor Moriarty akan kluar pada sekuel akan datang! Tentang Robert Downey Jr yang pegang watak Holmes, aku taknak comment sebab aku tak tengok filem Holmes yang sebelum ni. so tak bley la nak compare. untuk filem ni, aku bagi 4/5 bintang! yea!!!! kalau lagi banyak deduksi dia buat, lagi banyak bintang aku bagi! yeaaaa!!!!!


p/s: nk download Sherlock Holmes secara pirate sebab cd mahal...

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO