Saturday, July 24, 2010

Bagaimana nk buat BULK ENTRY seperti aku?

Tau apa bulk entry? sila baca sampai habis... di bawah merupakan contoh bulk entry...

Aku rasa dh lama tak enjoy.. rasa cam nk tengok wayang la harini.. tapi kang, habis plak duit simpanan. tapi terasa nk enjoy la.. cemana nh?? rasa cam dh lama sangat busy every weekend. keje study keje study keje study... bila rasa nk kuar, terasa rugi masa plak sedangkan bley keje time weekend nh.. nk ajak member2 kuar pon, geng biasa dh xde.. incik pait busy ngan bini dia.. incik faizal busy ngan tunang dia. cousin plak busy ngan bisnes kat KL. aku? membusykan diri ngan bisnes yang orang tak paham bila aku explain.

ada sape2 nk blanja aku ke? anybody? kalau ada sudi blanje, aku nk kuar. jimat duit aku. kalau xde, keje kat umah la jawabnye... aku terasa nk makan McD plak.. kalau tengok wayang sambil mengunyah mash potato pastu sapu2 tangan yang terkena sisa2 mash potato kat kerusi, pastu kuar makan McD double Big n Tasty sebanyak 2 set, ditemani teman yang boleh diajak bergelak ketawa bergembira bersama, oh~ sangat BEST!

bila terfikir pasal teman, teringat kawan2.. pastu teringat cik teman wanita yang kat pahang tu. oh~ kamu buatpe skang ye? adakah sedang tdo ngan mulut ternganga? ataupon tdo ngan mulut tertutup dengan senyuman dibibir menanti ciuman? wahh~ tak kawen lagi.. bila agaknya penulis mahu kawen? mesti la tahun depan... owhhh~! sebenarnya belum ditentukan tarikh... itu cuma target yang mesti dicapai sebelum tarikh target... bakal ibu mertua, jangan mintak hantaran mahal2 ye~ kesian kat anak auntie nanti lambat kawen plak. :-D

harini dh 24 July 2010. 1 July yang lepas merupakan new financial year untuk Maybank. mungkin juga untuk bank2 lain. ya, aku memang tidak peduli. so aku juga mahukan financial year~ financial year aku bermula dengan bulan Rejab. sekarang Syaaban. ini bermakna dh 2 bulan berlalu. apa yang aku buat dalam 2 bulan ni? yea, aku penuhkan diri dengan kebusyan berkerja, study, exam, research (bukan untuk master or phd), transfer duit, bayar bil (owh tidak!), dan berpuasa. kenapa, xpercaya? hasilnya, boleh berjimat sehingga 40% gaji, dan juga berjaya mengurangkan berat badan! setakat ni, sudah berjaya mengikis 6kg.. diulang lagi 2 kali ye cik2 dan incik2, 6KG! 6 KILOGRAMS! sila jeles ye.. financial year kali ni juga menyaksikan sedikit penghijrahan aku dari wilayah hitam ke wilayah putih (sila abaikan kalau xpaham), dan juga menyaksikan budget terbaru aku.

Target:

  • RM10,000.00 dalam tempoh 4 bulan.. boleh ke?
  • ok, reduce sket scale tu; bayar utang study dengan mama RM7,000.00. ok?
  • kecikkan scale sket lagi, dapatkan Canon EOS 50D @ Nikon D90 sebelum hari raya yang bakal tiba! (sila rujuk gambar yang sangat besar kat bawah ye..)
  • Kecikkan skali lagi; I-Phone 3G (saya perlukan phone ini sebenarnya supaya dapat 'berkerja' ketika berkerja tanpa pengetahuan bos) sebelum raya..


tu target untuk tahun ni.. cemana plak target tahun depan? ehem~ tak payah announce kot kat sini. dalam berjimat, sebenarnya masih banyak duit aku habis. beli itu dan ini.. tapi anggap jela semuanya investment..

cemana plak dengan Incik BONEKALIFE? walaupon cam dh lama menyepi, sebenarnya masih berjalan seperti biasa. incik penulis telah menubuhkan Bonekalife bersama seorang rakan yang kurang berat badannya pastu disertai dengan seorang lagi teman yang terer melukis. bersama2 kami bertiga memperjuangkan Bonekalife sampai masuk TV. tapi sekarang ni semua seperti busy. tertutamanya incik penulis sendiri. owh~ sedihnye aku mengenangkan komitmen yang bertimbun tunggu dateline. untuk mengelakkan Bonekalife uzur, 2 orang member telah menjalankan 1 planning dan ditambah dengan 1 lagi planning oleh incik penulis sendiri. jadi, tunggu dan nantikan la kemunculan Bonekalife di dunia perniagaan Malaysia.

kenapa aku menulis dengan panjang ni? dan topik plak semua bercampur aduk. sebabnya aku tak sempat nk update blog, jadi aku tulis banyak2 topik. inilah yang dinamakan BULK entry! korang boleh baca 1 topik seminggu. kalau ada 4 topik kat sini, maka 1 entry ini akan berjaya bertahan selama 4 minggu! yeah, incik penulis memang seorang yang hebat matematik.. bercakap pasal matematik, semester depan incik penulis akan mengambil subjek matematik. doakan kehandalan otak incik penulis ye...

baiklah, setelah panjang dan lebar (panjang x lebar = luas permukaan) aku menaip kat sini, makan tibalah masanya untuk aku sambung tdo. kerana apa? kerana hari ini la buat pertama kalinya aku merasa seperti ada cuti di weekend hari. aku mahu bangun kembali selepas sejam dan pergi menyetelkan hutang motor. kemudian mahu kembali bekerja di waktu cuti... sebagai penutup, maka saksikan la target CONTOH kereta pertama yang mahu dibeli penulis sebelum berkahwin... (sebenarnya tak tau nk beli kete apa, cuma nk yang murah dan selesa..)

kredit: Paultan.org & http://acap.gen-7.com/


pic source: KLIK SINI ada banyak lagi gambar...

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO