Wednesday, October 14, 2009

Holiday @ Genting

Holiday kat Genting Highland baru je tamat... 2 hari kat Genting memang best, untuk aku yang dh 9 bulan tak jumpa Aimi-chan~ Bertolak dari Gambang 10/10/09 dan balik 11/10/09. Aku sebenarnya taktau nk cerita apa, cuma boley tunjukkan gambar. Korang bayang sendiri la keseronokan kat sana ek..
Pasal budget plak.. Untuk korang yang xpenah or nk pegi lagi skali, prepare duit banyak2.. harga makanan kat sana double. Nak best, makan kat Marrybrown. Harga yang affordable, dan memuaskan perut.
Outdoor, RM44 sorang + RM10 untuk Flying Coaster (wajib naik!)..
Pastu untuk Indoor, hmm.... Kalau betul2 nak test semua, prepare la duit banyak sket ek. Pakej masuk ke Ripley's Believe It or Not ngan rumah hantu dh RM30 sorang...
Yang lain2 aku xmain pon. But ada Pakej untuk semua dalam Indoor, RM79 sorang. Tu pon lepas JIMAT RM25. Kat Genting, aku agak tempat yang korang paling banyak singgah ialah kat sini;
Yeah, tu merupakan posing aku mencari toilet.. Toilet banyak tapi pening kepala nak cari. Pastu, tips aku untuk yang pening, sila la makan asam ye. Confirm hilang pening. Akan tetapi, adalah diamarankan bahawa korang jangan makan terlalu banyak... Kerana korang akan jadi seperti gadisku dibawah ini;
Yeah, beliau tetap cumel walaupon tengah pening... (maafkan bahasa jiwangku ini, penangan lama xjumpa awek). Selain Flying Coaster yang aku cakap tadi, bende wajib naik termasuk la Corkscrew dan Spaceshot. Untuk 2 bende alah ni, para pakwe dinasihatkan mempunyai keberanian berlagak macho, tidak mudah muntah dan bijak memujuk makwe masing2 untuk naik sama2.. Selain itu, Ilmu menjinakkan haiwan buas juga diperlukan..
Bagaimana? Suapkan dengan air mineral, confirm diam menatang tu... Nasihat aku, kalau korang nk pegi Genting, bawak la member2 skali kerana korang sangat2 memerlukan seorang Photographer bagi mengelakkan gambar seperti ini:
Ini merupakan hasil capture seorang insan kat sana... Ok la tu, ada satu lagi gambar. Sangat hampeh gambar tersebut sehingga tak mampu nk letak kat sini.. Pakaian persalinan juga boleh dibawa skali, untuk yang mahu macho dan cantik sentiasa, taknak kelihatan basah seperti kitorang setelah menikmati permainan di bawah..
Ini time naik, time turun xmampu nak amek gambar. Nak selamat, simpan kamera anda ye.... Perkara yang bagus tentang Indoor park ialah, korang mampu menguji minda seperti permainan dibawah.. Ianya boleh didapati dalam Ripley's pnye tempat...
Pesanan aku kepada yang drive kete ke Genting, jgn geletek pemandu kete ye.. Kang salah masuk Exit, jadi cam aku... Hehe :P
Akhir skali, as a gratitude to all my friends.. Mekasih banyak2 kasi tompang bilik haritu, dan tolong hantar aku balik. Aku betul2 enjoy pegi sana. Kat Penang xde geng cam kat Pahang. Well, aku memang ada besfren kat Penang, tapi semua member2 aku sibuk ngan keje.. Melepak di Pahang bersama geng2 yang xbusy macam aku memang best. banyak aktiviti boley buat. Main bola, dating, buat aksi2 gila dan geli, buat toyol, lepak2 kat kopitiam... Memang enjoy! Kepada korang, Maybe tu last aku pegi Pahang. Maybe je... Kalau ada rezeki, aku pegi lagi. Next year aku busy sket..

Lastly, gambar terakhir sebelum aku balik ke Penang.. Aku suka gambar ni...
Skali lagi, time kasih untuk semua...

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO