Friday, January 22, 2010

Hanya kerana 30 sen, aku berdosa...



Korang tau tak bangunan apa tu? Cantikkan.. Tersergam indah di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.. Tu la bangunan MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang).
16 Januari 2010, aku dan geng Bonekalife yang lain pegi ke Penang, nk beli alat2 untuk printing tee. Kitorang parking depan sebuah kedai dekat dengan kedai alat printing tu. Masuk ke kedai pon tak sampai 20 minit. Bila keluar, ternampak la satu surat cinta di sebalik wiper.. Maka terjadi la dosa pertama, "Cel**a! bende apa plak diorang letak kat kete waja mama aku ni??" Aku pon amek surat tu... Antara yang tertulis kat Surat cinta tu ialah;

1. Bayaran parking -30sen
2. Anda perlu menjelaskan bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit dikeluarkan..
3. Jika gagal, anda akan di denda RM30.00..
4. Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran MPPP..

Disebabkan hal tersebut la, aku memaki, menyumpah seranah seluruh kakitangan kepala lutut MPPP yang terjebak dengan persetujuan bahawa bayaran parking DIBUAT PADA HARI SABTU! Kan dah berdosa secara tak sengaja tu...
Aku cuba cool kan diri.. Kat mana nak bayar ni? Tengok keliling takde orang pon. Aku pecut kete sejauh lebih kurang 5KM dari tempat kejadian menuju ke Bangunan MPPP.. Lucky, BANGUNAN TUTUP! Mana ada orang nak keje hari sabtu... Ada sorang je dok jaga bangunan tu sambil layan Facebook....

Aku yang berdosa : Bang, kat mana nak bayar duit parking RM0.30 ni ek??
Abang Fb : Harini tutup. Korang kena pegi ushar2 tepi jalan ada apek naik basikal dok bagi tiket parking.. Bayar kat dia. (sambil melayan Fb)
Aku yang berdosa : Hah??!!!! Mangkuk betol! Menyusahkan orang betol la!
Abang Fb : (diam)....

Aku kluar balik, start kete dan pegi cari apek.. Berkat ketekunan kitorang menjejak apek, maka ternampak la beliau di seberang jalan.. Cepat2 Mas (dia drive time tu) belok kete masuk simpang. At the same time, apek tu lintas jalan plak... Kepala hotak ko apek tua!! Aku kluar kete, lari sepantas kulat kilat mengejar apek!

"Apek!!! mau bayar parking!" aku jerit.. Apek tak dengar. Aku jerit lagi, "Apek! APEKKK!!! STOP!" Apek pon dengar. Akhirnya aku berjaya membayar parking.. Dan juga memaki Apek, "apa ni apek.. Sabtu pon mau keja ke? Pegi balik tido la! Menyusah orang je bagi parking 30 sen nak kena pusing merata-rata nak bayar.." Apek tak mampu cakap apa-apa, dia juz cakap dia cari makan saja..Lepas tu, kitorang balik sambil aku terkumat-kamit menyumpah seranah MPPP...

Ok, jom buat revision sikit pasal that STUPID MPPP!

1. Kenakan parking pada hari Sabtu tapi tak sediakan tempat pembayaran..

2. Menyusahkan orang nk bayar 30sen (sebenarnya nak elak RM30 pnye denda tu..)

3. Bayangkan aku balik hari tu, nak kena pegi balik ofis MPPP yang tak bukak tu pada hari Isnin... semata-mata nak bayar 30 sen?


4. Bayangkan kalau bukan orang Penang yang kena, diorang nak datang Penang balik juz to pay dat STUPID 30CENTS??

5. Aku anggap tu cara diorang nak kumpul duit, salah satu cara penyalahgunaan kuasa! STUPID MPPP!!!

6. No wonder la bangunan besar cantik sangat...

7. Pasni aku nk buat surat komplen kat menteri!! Tak pon hantar kat newspaper.. PADAN MUKA!!!!


MPPP SUCKS!

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO