Saturday, February 12, 2011

Islam dihina, apa tindakan anda?


assalamualaikum dan selamat sejahtera~~~~~ :)
topik hari ini bertujuan untuk mengajak sesiapa yang membaca untuk berfikir dan kalau boleh, sesiapa yang arif tentang hal ni, tolong comment dan beri cadangan kerana saya rasa topik ni sensitif dan penting. semoga boleh jadi rujukan semua pihak..
isu agama Islam dihina bukan isu baru. Islam dilabelkan sebagai;
1. penjenayah
2. pengebom
3. pengganas
4. perosak agama lain
macam-macam penghinaan yang aku dengar tentang islam. kalau surf internet, banyak website yang menghina islam. kat youtube tu memang tak cukup jari nak kira la. 1 video simple je, kadang-kadang takde kaitan pon boleh jadi isu. forum-forum, blog.. macam-macam lagi.
jadi, apa yang patut orang islam buat? bila tengok balik orang dok lawan komen kat youtube, kebanyakannya akan balas balik dengan kata-kata kesat. kalau orang bukan islam cakap F*** YOU! orang kita pon balas balik perkataan sama.
pendapat saya, orang bukan islam yang menghina islam ni merupakan golongan yang tak kenal islam, yang tak ada kawan-kawan islam. jadi, apa yang diorang buat merupakan 1 keputusan berdasarkan pengaruh sebelah pihak.
pendapat saya, jgn cepat melatah dengan penghinaan tu. betul semangat keagamaan tu memang tinggi dalam diri tiap2 orang. tapi, rasanya cara yg digunakan tu rasanya kurang berkesan. kalau satu pihak sedang marah, ataupun sedang provoke, kita balas balik dengan cara yang sama, rasanya makin besar konflik tu. sama juga macam hubungan kekasih @ suami isteri kan.. kalau pasangan pompuan merajuk, marah, yang laki plak sama-sama marah, lepas tu boleh la nampak piring terbang ke, lastly jumpa kat mahkamah..
saya penah tegur golongan yang menghina islam ni 2 kali. kali pertama di forum fesyen kat friendster, dan kali ke-2 di facebook. apa yang saya cuba buat adalah:
1. mohon berhentikan penghinaan (untuk pihak bukan islam) dan mohon bersabar dan hentikan counter attack (untuk pihak muslim yang sedang sangat marah)
2. sesetengah orang marahkan sebab isu tak boleh makan babi, tak boleh pakai seksi, islam ni suka bom sana bom sini. so aku beri sedikit penjelasan dan contoh. dalam erti kata lain, cuba untuk berikan mereka gambaran baik tentang islam. kita semua tahu, ISLAM = PEACE. islam never teach such things like bombing or terrorism, and all sorts of bad things.
3. cipta satu contoh situasi
4. berikan sedikit amaran keras tapi dengan cara yang lembut. (cth: "i think u better not do that because u don't know what are we capable of..~! isn't it? well, we also have feeling, so i think we better respect each other's feeling." [aku rasa dh cukup lembut dh kot])
5. mohon skali lagi mereka hentikan penghinaan
6. last but not least, buat mereka berfikir silap mereka.
itu antara apa yang saya cuba buat dan alhamdulillah selepas 1 permintaan, mereka semua berhenti. ada juga yang berminat nak tau lebih lanjut tentang islam. sebab itu saya berpendapat bahawa kita tak perlu marah dan cuba approach diorang dengan lembut.
saya harap, ada yang sudi berkongsi pendapat lain macam mana nak atasi masalah ni. kalau dulu saya tak pernah terfikir akan timbul masalah ni, sekarang saya dah hadapi 2 kali.. lepas tu, saya rasa kes ni sangat serius, perlukan perbincangan supaya semua orang boleh atasi masalah macam ni. situasi sentiasa berubah, masalah pun dh jadi macam-macam jenis. ada sesetengah masalah yang kita boleh uruskan, tapi ada sesetengah masalah yang sukar nak bendung.
terus-terang saya cakap, saya tak tahu macam mana nak atasi masalah penghinaan di facebook. ada sesetengah orang yang buat profile palsu, hina agama islam dan lepas tu tak sudi untuk berdebat. mereka jenis yang tak mahu langsung dengar apa kita cuba sampaikan. sebab itulah perlunya idea dari semua orang. :)
itu saja untuk hari ini, semoga entry ni dapat beri manfaat kepada semua orang, amin.

fruit of thought: kalau seseorang berikan idea yang tak releven atau tak bernas ataupun tak cukup bagus, yang anda rasa perlu direject, jgn cakap ideanya tak bagus. katakan padanya, "bagus juga idea awak tu, menarik, tapi rasanya lebih baik kalau kita buat macam ni...". credit goes to my BM teacher, Cikgu Rashid. terima kasih cikgu~ :)

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO