Wednesday, March 11, 2009

Lihatlah aku dan Honda Civic~ bergayanye~ rase hensem~

haa, jgn jeles! last week hari sabtu aku test Honda City baru standard ngan full spec pnye siap ngan body kit Morulo~ sampai semalam dok mimpi lagi pasal kete tu. tapi harini lagi best! aku test member aku pnye HONDA CIVIC EX5!

umm, kasi suspen sket, tengok kunci dia dulu ek. simple je kan? biasa la, low profile. korang tunggu la, tengok dia pnye Honda Civic... penah dengar ke Honda Civic EX5? 1st time?

Ladies and gentlements! may i present to u, our new superEXOTIC model, machine of the year! HONDA CIVIC EX5!

Ngan spec yg mantap, enjin i-Vtec 0.1. Honda Civic ini mampu memecut sehingga 90KM/J! Absober dihadapan mampu menahan henjutan akibat termasuk tayar ke lubang atas jalan sehingga diameter 30cm! satu faktor keselamatan yg xdapat dinafikan kehebatannya.. berwarna biru gelap malap dihiasi sedikit habuk dan lumpur menonjolkan ciri2 klasik.

Ekzos digayakan ngan corak karat menunjukkan kekukuhan jentera buatan Jepun ini kerana masih belum luruh di atas jalan.. daya tahan jentera ini tidak dapat dinafikan lagi, lihat saja pada kepaknya, agak2 dh berapa tahun umur jentera ini? sticker yg masih belum tanggal menambah seri jentera unggul ini.

Jangan disoal mengapa seatnya begini. ini merupakan TREND masa kini, dan ia meninggalkan kesan SENTIMENTAL pada pemiliknya. walaupon telah berjuta2 kali dipujuk, masih jua enggan untuk menggantikan yg baru. begitu tinggi nilai sentimental seat ini. ia juga merupakan satu sistem perairan dimana ia mampu menyerap air hujan berlebihan bagi mengelakkan seat basah.. (namun haruslah sedar bontot boleh basah selepas itu, tapi xmengapa, itu TREND..)

Yeah, ini juga TREND.. plat yg dipasang menggunakan 1 skru sahaja, bertujuan untuk menjimatkan kos penggunaan skru memandangkan ekonomi dunia yg belum stabil. ia juga untuk membuktikan skru buatan jepun merupakan yg termantap, terkukuh dan pelbagai ter lagi kerana berjaya menahan berat plat tersebut.. penjimatan ruang juga diaplikasikan disini, lihat sahaja pada satu lagi lubang skru tersebut, anda boleh letakkan apa2 aksesori kegemaran anda disitu untuk mencantikkan Honda Civic EX5 ini!

Side mirror sengaja ditanggalkan dan diganti dengan ariel, untuk mendapatkan line telefon yg lebih kuat disamping menonjolkan jam tangan murah milik penunggang yg bernilai lebih sket je dari RM300..

kick starter dan ekzos berkarat menonolkan ciri2 klasik amatlah sesuai dipadankan dengan kasut kulit DOCKERS moden berwarna coklat. kasut itu juga elok dipakai dengan stokin hitam.

bagi menonjolkan ciri exotic pada seat, pemilik menyarungkan seluar berjenama terkemuka iaitu NAUTICA (bukan keluaran Produa), dimana gabungan kedua-dua unsur ini boleh menimbulkan daya tarikan tersendiri pada pemilik.

Pemilik bergaya bersama jentera kesayangan beliau.. bagi mengelakkan pemilik diperas ugut oleh peminat2 jentera beliau, mulut dan hidung terpaksa disembunyikan disebalik tangan kerana kedua2 organ tersebut tidak boleh ditanggalkan untuk disembunyikan didalam poket yg penuh dengan duit RM50..

Pemilik Blog tidak melepaskan peluang bergaya dengan jentera keluaran jepun ini, sekali seumur hidup~

___________________________________________________________________

BERITA BAIK!!!

Honda Civic EX5 kini dibuka untuk lelongan!

Standard Spec - RM250! (boleh dirunding)

Full Spec - RM23.96! (tak akan dinaikkan lagi!)
*Percuma satu beg habuk
*Percuma kesan lumpur di Mudguard hadapan dan belakang
*Percuma pemilik Honda Civic EX5 + Kad ATM maybank dan Kad Kredit beliau
Pemilik bergaya bersama Beg DEUTER (RM2++), JAM TANGAN MURAH (RM3++), BAJU DAN SELUAR BERJENAMA (RM5++) CERMIN MATA LEVIS (RM4++)..

Full Spec SE - RM13.45! (bakal diturunkan lagi!)
*Percuma satu beg habuk
*Percuma kesan lumpur di Mudguard hadapan dan belakang
*Percuma pemilik Honda Civic EX5 + Kad ATM maybank dan Kad Kredit beliau
*Percuma pasangan songsang Pemilik Honda Civic EX5!
18PL: DO NOT TRY THIS AT HOME! aksi songsang masyarakat sekarang...


JANGAN KETINGGALAN, DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO