Saturday, October 31, 2009

Tutorial Buat Banner Untuk Blog Anda!

Sebelum ni korang dh tanya cemana nak buat banner kan? Haaa, harini aku tunjuk. Sebelum ni aku ada reply comment (kalau xsilap), buat banner ni senang je. Cuma buat gambar dan letakkan kod html. Now, aku tunjuk step by step.. Peringatan; kalau gambar xclear, click gambar untuk tengok size lebih besar. Tak paham, tnye kat komen ye...
Step pertama, pastikan  korang buat 1 gambar (banner la tu) blog korang.. Contohnya macam yang aku buat kat sebelah tu... Size plak korang kena pastikan sesuai untuk semua sidebar blog la. Aku amek contoh yang aku buat, tengok je sebelah tu. aku buat guna size 320x70 pixels. Korang boleh buat kecik lagi dan boleh buat besar. Yang aku buat ni sesuai dengan 2 jenis sidebar. contoh sidebar macam gambar kat bawah ni..





Yeah, sesuai ngan jenis 1 sidebar dan jugak gabungan 1+2 sidebar.. Species yang 2nd tu memang favorite layout aku. Aku bley pilih nak letak banner, or apa-apa widget yang bermacam2 size sebab ada 2 size ruang yang berbeza. 1 lagi, aku boleh padatkan penggunaan sidebar, so kalau nk tengok widget bloglist ke, shoutout ke, xpayah la nak scroll terlampau kebawah sangat.. Jangan lupa, setkan jumlah post korang ke tahap yang minimum. 3 post untuk 1 page pon dh cukup sebab kalau terlalu banyak post, loading jadi lambat. Last2 xde orang nak masuk blog korang.
Untuk layout yang 1st tu, ada plak 2 jenis korang kena perhatikan. Jenis 1st, jenis yang wrap kat tengah macam blog http://imredlover.blogspot.com/, http://adam0khtar.blogspot.com/, http://royroches.blogspot.com/... Tu antara contohnye la. 2nd type plak, yang jenis penggunaan ruangnye full sampai ke tepi skali macam blog http://jurnalsem.com/.. Kedua-dua sidebar ni berlainan size. Jadi, make sure banner korang tu sesuai ngan semua size. Macam mana nak ukur size, xpayah ajar la kot ek.. Nak senang, boley je buat size 150x150 pixels.. Dengan size tu, korang boley muatkan ke semua jenis sidebar termasuk la untuk 2 sidebar macam yang kat bawah ni;



Satu contoh untuk jenis yang kt atas ni ialah http://ayzaecmal.blogspot.com/..

Step kedua, upload gambar yang korang dh siapkan ke Image hosting provider macam photobucket ke.... pastu select code dia bagi.. Copy dan paste kat html code macam gambar kat bawah;

 

Ok, sekarang gantikan tulisan merah dengan code gambar korang dari photobucket tu.. Tulisan biru pulak tukar dengan ayat yang korang nak tulis. Sila rujuk banner aku, kat button tu ada tulis bende sama ngan tulisan biru tu. Aku dh malas nk buat screenshot.. Tulisan hijau plak gantikan dengan address blog korang. Lepas semua siap, korang boleh pastekan code html korang tu kat sidebar. Yang ni kena explain gak ke? pegi kat dashboard blog korang > layout > add a gadget > HTML/javascript... Paham x? Tak paham jugak? ni yang aku xsuka jadi cikgu ni... tengok screenshot kat bawah..



Dah paham? Apa lagi, try la... Resultnye nanti, korang akan dapat banner yang macam ni;





   




p/s: Dah siap nanti bagitau aku. Kita tukar banner ye.... :) Pape soalan, tnye aku... Skali lagi aku nak bagi credit kat http://jejaktrend.blogspot.com/.. Kat sini la aku blajar coding HTML...

Sunday, October 25, 2009

4 langkah kuatkan wireless connection di komputer anda SEPANJANG MASA!

Bagaimana kita boleh kuatkan wireless connection ke komputer, mengelakkan dari putus pastu conect balik... kadang-kadang ada connection tapi tak boleh access internet.. Disini, 4 langkah menguatkan wireless conection di komputer anda tidak akan anda jumpa kerana semuanya tipu belaka.... Hanya untuk hari ini aku membuat penipuan ini untuk mengetest tips blogging yang aku jumpa skali lagi di http://jejaktrend.blogspot.com/. Skali lagi tengkiu kepada Eldy untuk info berguna ni~
Ianya berkaitan cara menulis tajuk entry yang pasti orang akan buka.. Di bawah ini merupakan teknik tersebut...

1. Memaparkan kontrastMichael Jackson dan rambutnya (Rambut Michael Jackson terbakar)

2. Jangan ikut style berita(Seorang pelajar sekolah didapati merogol ..) Dia perlu dipenjara 100 tahun


3. Berbentuk tanya balikSiapa kemukakan idea PPSMI ? (Datuk xxx cadangkan agar ..)


4. Point yang hidupOh yeah !! Dia balas sms gua (dia akhirnya membalas saya)


5. Merangkumi idea kontent(Mengelakkan xxx ketika mengawan) 5 perkara perlu tahu ketika mengawan

p/s: Aku nk tau sape orang pertama yang tertipu dengan entry ni... hehehehe! SORRYYYYY!!!!!!

Thursday, October 22, 2009

Tengok wayang malam Rabu - Papadom by Afdlin Shauki



Cast:
  • Afdlin Shauki : Saadom
  • Liyana Jasmay : Miasara
  • Noorkhiriah : Munirah
  • Vanidah Imran : Professor Balqis
  • Farid Kamil : Hisham
  • Scha : Shasha
  • Chelsia Ng : Yvonne
  • Que Haidar : Mat
  • Harun Salim Bachik : Syukur
  • Adham Malekh : Ali
  • Pete Teo : Alan
Bagi aku yang bukan penggemar filem tempatan, aku bagi rating 4.90/5.00 untuk filem ni... (memang orang xkan bagi markah penuh, even SPM pon diorang tak bagi full mark walaupon betol semua).
Papadom mengisarkan tentang Saadom a.k.a Dom, seorang papa tunggul tunggal membesarkan anak perempuan cute dan manja beliau, Miasara dalam suasana yang begitu protective dan kasih sayang.. Protective macam mana? Bayangkan kalau 24/7 sentiasa dengan anak.. Bangun pagi kejut anak, bawak pegi bathroom, nak tolong bukak baju. Party kawan Mia, pon Dom ikut skali. Pegi skolah, sampai time rehat pon still ada kat skolah, siap hidang makan nasi kandar lagi.. Johnny Depp? Sape tu? Dom tak kenal.. Perkhemahan pengakap, latihan silat, pon dia join! Sampai masuk U pon, Dom sanggup jadi tukang kebun untuk jaga anak dia.. Korang nak bapak camtu? Haha, fikir sendiri... Perlu ke aku cerita dari mula sampai habis? Tak boleh... Nanti korang tak pegi tengok~ :P
Time aku bukak trailer cerita ni kat Youtube, aku tak nampak apa-apa yang spesel kat filem ni. Then ofismate aku ajak gi tengok. Aku memang jenis tak tengok filem tempatan kat wayang. Jadi, dengan menyedapkan diri sendiri aku set minda aku, "filem Afdlin, menang festival filem...", aku pegi jugak.
Permulaan filem sangat unik. Ada lagu yang kita nyanyi tiap-tiap hari kat sekolah dulu.. Lagu apa? Dengar sendiri! Memang aku tak expect nak gelak dalam 3 minit pertama filem tu bermula! Kan dah tumpah mash potato (Orang kasi sebelom masuk punggung panggung) aku..

Antara babak yang korang TAK BOLEH MISS ialah 2 filem best dalam filem ni; Puaka Padang Ragbi oleh Hisham Hashim dan Eksitensial Sial oleh Wajib Tayang. Aku tengah taip ni, teringat pon boleh gelak sorang-sorang.. Gile betol Afdlin ni... Memang kejam buat aku gelak sampai sakit perut! Aku memang tak reti nak review filem. Aku nak sangat cerita kat korang satu demi satu ke'best'an filem ni, tapi tak sanggup spoil mood korang nak tengok... Satu lagi babak best ialah time Mia main nipple Mat. Haha, bley plak dia cakap CUTE! Then part Mat menceritakan sesuatu, part

Cerita ni bukan takat lawak, tapi part sedih dia memang sedih walaupon ada part sedih yang time dekat2 nak nangis keluar plak lawak yang membuatkan air mata tetiba terkeluar.. Nasib baik aku bawak tisu masuk panggung... Moral value pon banyak. Membuatkan aku terasa sayang sangat kat abah aku... Time Hari Bapa memang wajib tayang cerita ni! Ok, bawah ni ialah meter-meter yang aku pinjam dari blog best http://obefiend.blogspot.com/.. blog serius beliau lagi best! ok, back to main topic.. Bagus meter ni selain dari meter yang last skali tu korang boleh abaikan sebab berbeza dari meter yang aku fikir dalam kepala.. Kalau nak tengok dengan lebih jelas, click gambar tu ye...






Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, ni marupakan Filem tempatan yang berkualiti, layak menang festival filem, memang Wajib Tayang, penuh emosi sedih dan lawak, susunan cerita yang bagus, mudah faham, padat dengan mesej, sangat-sangat tidak bosan (sangat menarik la tu..), dan memang layak ditonton di panggung wayang! Wajib tengok dipanggung wayang jika taknak orang nampak korang nangis ye.... :)


Tuesday, October 20, 2009

Belajar dari Tauke Facebook – Mark Zuckerberg



Artikel ni aku jumpa di blog ni: http://jejaktrend.blogspot.com/.. It is a very good story and motivation. Sila baca artikel di bawah ye...

Mark Zuckerberg berjaya mencipta Facebook dan disebabkan facebook lah, beliau boleh menjadi kaya. Beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Bayangkan jutawan yang berusia 23 tahun ini !!


Trademark beliau
* Beliau pernah didakwa akibat mencuri rangka dan bahan-bahan terpelihara dari laman lain untuk mencipta Facebook.
* Beliau merupa seorang ‘setengah graduan’ kerana menghentikan pelajarannya untuk menumpukan perhatian demi membuat Facebook.
* Beliau pernah diejek bodoh oleh golongan proffesional apabila menolak niat Youtube dan Google untuk membeli Facebook dengan harga yang mencecah 1 billion $USD ketika Facebook masih baru.
* Beliau telah menjual syer sebanyak 1.6% Facebook kepada Microsoft dengan harga USD$246 juta !!

Motivasi
     Gua sungguh terperanjat apabila rakan sekerja gua (waktu cuti jer), terdapat akak dan abang casher yang berkelulusan ijazah ?!  Malahan mereka sudah hampir setahun bekerja di sana.. akibat gagal mencari kerja yang setanding dengan status mereka yang sebagai pelajar lepasan Universiti >.<)”..

Quote
Bersekolah tinggi tidak semestinya boleh menjadi kaya / berjaya.. Jadi jangan kita sesekali memandang rendah kepada orang yang berpendidikan rendah ~ (jangan pula x pergi sekolah ; jangan berasa terlampau bangga pula kalau kamu seorang yang pandai dalam sekolah ! (^_^)


Komen aku tentang quote kat atas: memang sesuatu yang aku perhatikan dan memang betul.. Dari apa yang aku tengok, kebanyakan orang yang berjaya semua berasal dari seorang yang failed. Kalau korang tanya sorang yang study tinggi, pas habis study nak jadi apa? Jawapan yang slalu aku dengar ialah nak jadi engineer, nak jadi doctor, nak jadi pilot, nak jadi manager... Nak tau apa persamaan semua pekerjaan kat atas? Jadi kuli orang.. Semua nak jadi pekerja yang hebat di syarikat yang hebat. Dan tak lupa, benda yang aku cakap tadi kena jugak kat aku sendiri. :P
Cemana pon benda tu bukan suatu yang negatif. All i can say is, do whatever u think best for u. I have no right to control other's life. So, apa je plan korang, all the best! Semoga menjadi orang senang  (aku tak penah doa jadi orang kaya :P)!

Saturday, October 17, 2009

Blog Aimi Berwajah Baru!



Memandangkan blog si Darling pakai template tak lawa, pastu susah lak nak send comment, aku paksa dia tukar template baru. Tapi, last2 aku sendiri kena buatkan untuk Aimi.. Aku tanya dia nak cemana? Aimi cakap nak yang cute, ada cartoon cumel2... Aku bagi cadangan kat dia, tapi dia nak satu template tu.. Pastu semua template aku tunjuk kena reject, xcute katanya... Template yang dia nak tu pon bukan lawa sangat.. hehe... Last2, diam2 aku buat template sendiri (actually edit template amek kat tenet je).. Aku letak muka Aimi kat blog tu.. Tak tau la apa dia nak comment. Kalau dia cakap tak cute jugak aku tak tau nak kata apa dah. Then aku tambah skali ngan gambar Aimi n d Geng (POWER ROOT RANGERS). Kenapa? Sebab Aimi sayang sangat kat diorang... Ntah2 lebih dari sayang aku.. (err...). Rasanya tak kot~
Ok, untuk korang yang mana belom sedar kewujudan blog Aimi, boleh la melayari ke blog beliau disini ye...

Wednesday, October 14, 2009

Holiday @ Genting

Holiday kat Genting Highland baru je tamat... 2 hari kat Genting memang best, untuk aku yang dh 9 bulan tak jumpa Aimi-chan~ Bertolak dari Gambang 10/10/09 dan balik 11/10/09. Aku sebenarnya taktau nk cerita apa, cuma boley tunjukkan gambar. Korang bayang sendiri la keseronokan kat sana ek..
Pasal budget plak.. Untuk korang yang xpenah or nk pegi lagi skali, prepare duit banyak2.. harga makanan kat sana double. Nak best, makan kat Marrybrown. Harga yang affordable, dan memuaskan perut.
Outdoor, RM44 sorang + RM10 untuk Flying Coaster (wajib naik!)..
Pastu untuk Indoor, hmm.... Kalau betul2 nak test semua, prepare la duit banyak sket ek. Pakej masuk ke Ripley's Believe It or Not ngan rumah hantu dh RM30 sorang...
Yang lain2 aku xmain pon. But ada Pakej untuk semua dalam Indoor, RM79 sorang. Tu pon lepas JIMAT RM25. Kat Genting, aku agak tempat yang korang paling banyak singgah ialah kat sini;
Yeah, tu merupakan posing aku mencari toilet.. Toilet banyak tapi pening kepala nak cari. Pastu, tips aku untuk yang pening, sila la makan asam ye. Confirm hilang pening. Akan tetapi, adalah diamarankan bahawa korang jangan makan terlalu banyak... Kerana korang akan jadi seperti gadisku dibawah ini;
Yeah, beliau tetap cumel walaupon tengah pening... (maafkan bahasa jiwangku ini, penangan lama xjumpa awek). Selain Flying Coaster yang aku cakap tadi, bende wajib naik termasuk la Corkscrew dan Spaceshot. Untuk 2 bende alah ni, para pakwe dinasihatkan mempunyai keberanian berlagak macho, tidak mudah muntah dan bijak memujuk makwe masing2 untuk naik sama2.. Selain itu, Ilmu menjinakkan haiwan buas juga diperlukan..
Bagaimana? Suapkan dengan air mineral, confirm diam menatang tu... Nasihat aku, kalau korang nk pegi Genting, bawak la member2 skali kerana korang sangat2 memerlukan seorang Photographer bagi mengelakkan gambar seperti ini:
Ini merupakan hasil capture seorang insan kat sana... Ok la tu, ada satu lagi gambar. Sangat hampeh gambar tersebut sehingga tak mampu nk letak kat sini.. Pakaian persalinan juga boleh dibawa skali, untuk yang mahu macho dan cantik sentiasa, taknak kelihatan basah seperti kitorang setelah menikmati permainan di bawah..
Ini time naik, time turun xmampu nak amek gambar. Nak selamat, simpan kamera anda ye.... Perkara yang bagus tentang Indoor park ialah, korang mampu menguji minda seperti permainan dibawah.. Ianya boleh didapati dalam Ripley's pnye tempat...
Pesanan aku kepada yang drive kete ke Genting, jgn geletek pemandu kete ye.. Kang salah masuk Exit, jadi cam aku... Hehe :P
Akhir skali, as a gratitude to all my friends.. Mekasih banyak2 kasi tompang bilik haritu, dan tolong hantar aku balik. Aku betul2 enjoy pegi sana. Kat Penang xde geng cam kat Pahang. Well, aku memang ada besfren kat Penang, tapi semua member2 aku sibuk ngan keje.. Melepak di Pahang bersama geng2 yang xbusy macam aku memang best. banyak aktiviti boley buat. Main bola, dating, buat aksi2 gila dan geli, buat toyol, lepak2 kat kopitiam... Memang enjoy! Kepada korang, Maybe tu last aku pegi Pahang. Maybe je... Kalau ada rezeki, aku pegi lagi. Next year aku busy sket..

Lastly, gambar terakhir sebelum aku balik ke Penang.. Aku suka gambar ni...
Skali lagi, time kasih untuk semua...

Thursday, October 8, 2009

Seperti Karam Singh Walia...

Umpama Berak Tahi Keras...
Maksudnya: bertungkus lumus dengan gigih dan tabah...

Kenapa? Dua hari balik lewat. Rabu sampai umah kol 1 pagi... Khamis (harini) sampai kol 11.00... Letey.... Keje apa la aku ni yek? Gigolo ke?

Tuesday, October 6, 2009

Hadiah Untuk Kekasih.. (18SX)

Pada satu hari, Hassan Jendul nak belikan hadiah untuk kekasih barunya, Mek Ayu.......

So si Hassan nie pun ajaklah adik perempuan sepupunya utk temankan dia shopping kat SOGO.
Oleh kerana mereka baru 2 bulan berkawan, jadi si hassan nie pun membuat keputusan utk membelikan mek ayu topi kain hitam fesyen baru supaya taklah nampak dia beriya sangat. Adik sepupu hassan pun membeli satu seluar dalam hitam berbunga sebab hari tu ader sale. Masa membayar dengan tak sengaja,cashier dah tertukar kotak topi kain hitam dengan seluar dalam adik sepupu hassan.lepas bayar,hassan terus pergi kaunter hadiah dan suruh diaorang bungkus tanpa check dulu. kemudian hassan balik rumah dan tulis surat utk mek ayu dan mengeposkan sekali hadiah yang tersilap tue.ditulis berbunyi macam nie.....


ISTIMEWA UNTUK KEKASIHKU MEK AYU..........

SAN PILIH HADIAH NI KERANA AYU TAK PERNAH PAKAI BILA KITA KELUAR JALAN2 DAN SELALU MENGADU PANAS...
KALAU BUKAN KERANA ADIK SEPUPU SAN,SAN DAH NAK BELI YANG LAGI JARANG SUPAYA KALAU BERPELUH TAK LEMBAP SANGAT....
TAPI SAN TENGOK ADIK SEPUPU SAN PAKAI YANG BERBUNGA2 NAMPAK CANTIK PULAK.......
SAN PILIH WARNA HITAM NIE SEBAB TAK NAMPAK KOTOR.......
PROMOTER YANG JUAL TU TUNJUK DIA PUNYA..DAH SEMINGGU TAK BASUH TAPI NAMPAK ELOK JER.......
SAN SURUH DIA TRY AYU PUNYA SEBAB SAIZ DIA TU LEBIH KURANG DENGAN AYU PUNYA...
MEMANG CANTIK DAN MENARIK.......
HARAPNYA AYU SUKA SEBAB SAN RASA MEMANG SESUAI SANGAT DENGAN AYU.......
TAK SABAR RASANYA NAK TENGOK AYU PAKAI DEPAN SAN.....
SAN NAK AYU PAKAI UNTUK SAN HUJUNG MINGGU NIE........
SALAM SAYANG UNTUK KEKASIHKU........AYU......

p/s: KALAU AYU NAK PAKAI.....SAN NAMPAK STAIL BARU...

DENGAN MELIPAT BAHAGIAN DEPAN DAN MENAMPAKKAN SEDIKIT RAMBUT....

YANG MENYAYANGIMU,
HASSAN JENDUL....

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO