Thursday, October 22, 2009

Tengok wayang malam Rabu - Papadom by Afdlin Shauki



Cast:
  • Afdlin Shauki : Saadom
  • Liyana Jasmay : Miasara
  • Noorkhiriah : Munirah
  • Vanidah Imran : Professor Balqis
  • Farid Kamil : Hisham
  • Scha : Shasha
  • Chelsia Ng : Yvonne
  • Que Haidar : Mat
  • Harun Salim Bachik : Syukur
  • Adham Malekh : Ali
  • Pete Teo : Alan
Bagi aku yang bukan penggemar filem tempatan, aku bagi rating 4.90/5.00 untuk filem ni... (memang orang xkan bagi markah penuh, even SPM pon diorang tak bagi full mark walaupon betol semua).
Papadom mengisarkan tentang Saadom a.k.a Dom, seorang papa tunggul tunggal membesarkan anak perempuan cute dan manja beliau, Miasara dalam suasana yang begitu protective dan kasih sayang.. Protective macam mana? Bayangkan kalau 24/7 sentiasa dengan anak.. Bangun pagi kejut anak, bawak pegi bathroom, nak tolong bukak baju. Party kawan Mia, pon Dom ikut skali. Pegi skolah, sampai time rehat pon still ada kat skolah, siap hidang makan nasi kandar lagi.. Johnny Depp? Sape tu? Dom tak kenal.. Perkhemahan pengakap, latihan silat, pon dia join! Sampai masuk U pon, Dom sanggup jadi tukang kebun untuk jaga anak dia.. Korang nak bapak camtu? Haha, fikir sendiri... Perlu ke aku cerita dari mula sampai habis? Tak boleh... Nanti korang tak pegi tengok~ :P
Time aku bukak trailer cerita ni kat Youtube, aku tak nampak apa-apa yang spesel kat filem ni. Then ofismate aku ajak gi tengok. Aku memang jenis tak tengok filem tempatan kat wayang. Jadi, dengan menyedapkan diri sendiri aku set minda aku, "filem Afdlin, menang festival filem...", aku pegi jugak.
Permulaan filem sangat unik. Ada lagu yang kita nyanyi tiap-tiap hari kat sekolah dulu.. Lagu apa? Dengar sendiri! Memang aku tak expect nak gelak dalam 3 minit pertama filem tu bermula! Kan dah tumpah mash potato (Orang kasi sebelom masuk punggung panggung) aku..

Antara babak yang korang TAK BOLEH MISS ialah 2 filem best dalam filem ni; Puaka Padang Ragbi oleh Hisham Hashim dan Eksitensial Sial oleh Wajib Tayang. Aku tengah taip ni, teringat pon boleh gelak sorang-sorang.. Gile betol Afdlin ni... Memang kejam buat aku gelak sampai sakit perut! Aku memang tak reti nak review filem. Aku nak sangat cerita kat korang satu demi satu ke'best'an filem ni, tapi tak sanggup spoil mood korang nak tengok... Satu lagi babak best ialah time Mia main nipple Mat. Haha, bley plak dia cakap CUTE! Then part Mat menceritakan sesuatu, part

Cerita ni bukan takat lawak, tapi part sedih dia memang sedih walaupon ada part sedih yang time dekat2 nak nangis keluar plak lawak yang membuatkan air mata tetiba terkeluar.. Nasib baik aku bawak tisu masuk panggung... Moral value pon banyak. Membuatkan aku terasa sayang sangat kat abah aku... Time Hari Bapa memang wajib tayang cerita ni! Ok, bawah ni ialah meter-meter yang aku pinjam dari blog best http://obefiend.blogspot.com/.. blog serius beliau lagi best! ok, back to main topic.. Bagus meter ni selain dari meter yang last skali tu korang boleh abaikan sebab berbeza dari meter yang aku fikir dalam kepala.. Kalau nak tengok dengan lebih jelas, click gambar tu ye...






Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, ni marupakan Filem tempatan yang berkualiti, layak menang festival filem, memang Wajib Tayang, penuh emosi sedih dan lawak, susunan cerita yang bagus, mudah faham, padat dengan mesej, sangat-sangat tidak bosan (sangat menarik la tu..), dan memang layak ditonton di panggung wayang! Wajib tengok dipanggung wayang jika taknak orang nampak korang nangis ye.... :)


4 Comentários:

kotak hati said...

aku dah tgk dah movie nih.sangat best laa..kelakar giler kot.aku gelak dari awal sampai habis.Tapi ada gaks part2 yang aku tahan nak nanges.sdey.

Niijiusan said...

bila tengok? best cite nh... rasa nak tengok lagi skali~

mOOn said...

tak tengok pun sebab tunggu orang bajne tapi tak de sape nak banjee.. sedey.. post la duit Maybank sekit ke aku

AZIZAN & HAFIZAH said...

jom masuk www.jombinabadan.com

Post a Comment

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO