Friday, September 16, 2011

3 Sebab Kenapa Pengusaha Coklat Boleh Jadi Jutawan

Fuhh, dah lama sangat tak posting kat sini. Semangat nak blogging pun dh berkurangan bila terlalu sibuk dengan keja. So, hari ni jom kita tengok 3 sebab kenapa Pengusaha Coklat boleh menjadi Jutawan. (anda juga mampu lakukan)

1. Kos Permulaan Rendah, Untung Tinggi!
Jika anda lihat iklan-iklan coklat di TV, mesti anda akan ingat diorang tu semua jutawan sebab ada kilang besar, company dikenali serata dunia! Ya, anda betul, TETAPI ANDA SEDIKIT SILAP!

Jika anda nak tau, terdapat pengusaha coklat di Malaysia yang berpendapatan RM6000.00 sehingga RM12,000.00 sebulan, hanya dengan menawarkan pembuatan Coklat Buatan Tangan yang dihasilkan di rumah!
Jom buat sedikit pengiraan matematik:

Anggaran sepaket coklat compound boleh menghasilkan 90 biji coklat.
Sepaket coklat compound harga biasa = RM18.00
Anda menjual sebiji coklat = RM0.90
90 biji coklat x RM0.90= RM81.00

Kos = RM18
Harga Jual = RM81.00
Untung : RM63.00

Keuntungan > 200%!!

Apabila anda mendapat Tempahan 1000 biji,
anda darab sendiri? Lumayan bukan?



2. Anda Yang Tentukan Harga
Anda kenal Datuk Chef Li?

Beliau merupakan seorang Jutawan senyap yang berjaya membeli sebuah Mercedes Benz, melangsaikan hutang dengan bank sebanyak RM0.5 juta, dan pada masa yang sama menyimpan wang lebih kurang RM500,000 hanya bermodalkan gerai Burger di pasar malam!
Dalam wawancara oleh Majalah Niaga bersama beliau, beliau berkata bahawa perusahaan makanan adalah yang TERBAIK kerana anda boleh mengawal harga mengikut kehendak sendiri. Beliau sendiri pernah menghasilkan satu talam kek span (kalau tak silap, saya hampir terlupa) dan setelah mengira semuanya, beliau mampu peroleh keuntungan sehingga 400%! Itu pun jika dijual pada harga kurang 50 sen.
Anda boleh download wawancara tersebut secara PERCUMA di http://www.majalahniaga.com/kisah-jutawan-senyap-dalam-majalah-niaga-edisi-17.html

Sama juga pengusaha coklat, mereka boleh kawal harga mengikut kehendak masing mereka. Mungkin ada yang meletakkan harga lebih untuk presentation yang lebih cantik, atau rasa yang lebih sedap, atau menikut size.

jom LIKE : http://www.facebook.com/rahsiausahawancoklat

3. Permintaan Tinggi
Bercakap tentang permintaan, anda pastinya tahu bahawa perniagaan berasaskan makan merupakan perniagaan yang tidak akan putus permintaan. seorang pelanggan boleh membeli lebih dari satu kali berbanding produk lain seperti buku contohnya.
Ok, sekali lagi kita buat pengiraan matematik.
  • Keuntungan perniagaan coklat adalah melalui tempahan pukal yang ditempah oleh pelanggan.
  • Biasanya bakal pengantin tempah coklat untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu, malah untuk dijadikan hantaran pun ada juga.
  • Dan ada juga tempahan untuk dijual di pesta konvokesyen dan memang terbukti coklat hand made sekarang mempunyai PERMINTAAN TINGGI!
Bayangkan, setiap minggu, anda menerima 2 tempahan untuk doorgift!
1 tempahan biasanya 1000-1500 biji coklat
Sebiji coklat anda letak harga paling minimum la =RM1.00
RM1 x 1500 coklat = RM1,500 seminggu x 2 tempahan = RM3,000

Maka, 1 bulan bersamaan = RM3,000 x 4 minggu sebulan = RM12,000

Nampaknya macam tak mustahil kalau nak dikatakan pengusaha coklat boleh menjadi jutawan. Sudah semestinya, dengan pendapatan lumayan, anda juga perlukan pengurusan kewangan yang betul. Salah seorang Penasihat Kewangan yang saya sarankan ialah Khairulnahar a.k.a Thinkerich (http://pemikirkaya.com/).

Jika anda berminat untuk dapatkan Info lanjut berkaitan Coklat Buatan Tangan ini, atau inginkan update tips berkaitan coklat, resepi coklat, trivia coklat secara PERCUMA, jom Like page FACEBOOK ini:

RAHSIA USAHAWAN COKLAT

Saturday, August 6, 2011

CONTEST: Tulisan Tangan yang Kreatif! jom tengok~!

ok kawan2, hari ni nk story sket pasal contest. nama contest ni ialah

The Handwriting I Like Style Weddings.my Contest

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=208778589171034&set=a.208586709190222.46627.176798642369029&type=1



dianjurk an oleh sebuah syarikat milik rakan saya iaitu Style-Wedding.my (http://www.style-weddings.my/)

sebelum info lanjut, saya mohon jasa baik anda semua untuk:

1. click SINI kemudian click butang LIKE.

2. seterusnya tolong LIKE gambar INI atau http://www.facebook.com/photo.php?fbid=208778589171034&set=a.208586709190222.46627.176798642369029&type=1

 

saya perlu kumpulkan sebanyak LIKE yang mungkin untuk dapatkan pakej best untuk wedding nanti~

ok, detail sikit tentang contest ni. tarikh tutupnya ialah 15 Ogos ni. so, cepat2 la like ye..


p/s: kalau ada yg plan nak kawen tu, boleh la cuba nasib~ :)

Sunday, June 19, 2011

1, 2, 3, CANTIK!

wow, sangat hebat.. boleh menjadi cantik mcm kira 1 2 3 je. betul ke? try sendiri.. hubungi my mom at:
PUAN NOORAINI : 0194568143




Ok, the prouct is BIO-EVER.. pada asalnya mama aku yang guna, dah lama... but since dia asyik beli sebotol-sebotol, rasa rugi sket. so now she's a dealer. so siapa-siapa yang interested nak try, boleh contact mama aku...

PUAN NOORAINI : 0194568143

Friday, May 6, 2011

Setelah Bertunang

lepas bertunang ni, hidup semakin sibuk.. sibuk ngan apa?
1. kerja
2. persediaan nk kawen
3. melayan tunang tersayang
4. fikir persediaan lepas kawen
5. rancang masa depan
haa, busy kan?

Saturday, February 12, 2011

Islam dihina, apa tindakan anda?


assalamualaikum dan selamat sejahtera~~~~~ :)
topik hari ini bertujuan untuk mengajak sesiapa yang membaca untuk berfikir dan kalau boleh, sesiapa yang arif tentang hal ni, tolong comment dan beri cadangan kerana saya rasa topik ni sensitif dan penting. semoga boleh jadi rujukan semua pihak..
isu agama Islam dihina bukan isu baru. Islam dilabelkan sebagai;
1. penjenayah
2. pengebom
3. pengganas
4. perosak agama lain
macam-macam penghinaan yang aku dengar tentang islam. kalau surf internet, banyak website yang menghina islam. kat youtube tu memang tak cukup jari nak kira la. 1 video simple je, kadang-kadang takde kaitan pon boleh jadi isu. forum-forum, blog.. macam-macam lagi.
jadi, apa yang patut orang islam buat? bila tengok balik orang dok lawan komen kat youtube, kebanyakannya akan balas balik dengan kata-kata kesat. kalau orang bukan islam cakap F*** YOU! orang kita pon balas balik perkataan sama.
pendapat saya, orang bukan islam yang menghina islam ni merupakan golongan yang tak kenal islam, yang tak ada kawan-kawan islam. jadi, apa yang diorang buat merupakan 1 keputusan berdasarkan pengaruh sebelah pihak.
pendapat saya, jgn cepat melatah dengan penghinaan tu. betul semangat keagamaan tu memang tinggi dalam diri tiap2 orang. tapi, rasanya cara yg digunakan tu rasanya kurang berkesan. kalau satu pihak sedang marah, ataupun sedang provoke, kita balas balik dengan cara yang sama, rasanya makin besar konflik tu. sama juga macam hubungan kekasih @ suami isteri kan.. kalau pasangan pompuan merajuk, marah, yang laki plak sama-sama marah, lepas tu boleh la nampak piring terbang ke, lastly jumpa kat mahkamah..
saya penah tegur golongan yang menghina islam ni 2 kali. kali pertama di forum fesyen kat friendster, dan kali ke-2 di facebook. apa yang saya cuba buat adalah:
1. mohon berhentikan penghinaan (untuk pihak bukan islam) dan mohon bersabar dan hentikan counter attack (untuk pihak muslim yang sedang sangat marah)
2. sesetengah orang marahkan sebab isu tak boleh makan babi, tak boleh pakai seksi, islam ni suka bom sana bom sini. so aku beri sedikit penjelasan dan contoh. dalam erti kata lain, cuba untuk berikan mereka gambaran baik tentang islam. kita semua tahu, ISLAM = PEACE. islam never teach such things like bombing or terrorism, and all sorts of bad things.
3. cipta satu contoh situasi
4. berikan sedikit amaran keras tapi dengan cara yang lembut. (cth: "i think u better not do that because u don't know what are we capable of..~! isn't it? well, we also have feeling, so i think we better respect each other's feeling." [aku rasa dh cukup lembut dh kot])
5. mohon skali lagi mereka hentikan penghinaan
6. last but not least, buat mereka berfikir silap mereka.
itu antara apa yang saya cuba buat dan alhamdulillah selepas 1 permintaan, mereka semua berhenti. ada juga yang berminat nak tau lebih lanjut tentang islam. sebab itu saya berpendapat bahawa kita tak perlu marah dan cuba approach diorang dengan lembut.
saya harap, ada yang sudi berkongsi pendapat lain macam mana nak atasi masalah ni. kalau dulu saya tak pernah terfikir akan timbul masalah ni, sekarang saya dah hadapi 2 kali.. lepas tu, saya rasa kes ni sangat serius, perlukan perbincangan supaya semua orang boleh atasi masalah macam ni. situasi sentiasa berubah, masalah pun dh jadi macam-macam jenis. ada sesetengah masalah yang kita boleh uruskan, tapi ada sesetengah masalah yang sukar nak bendung.
terus-terang saya cakap, saya tak tahu macam mana nak atasi masalah penghinaan di facebook. ada sesetengah orang yang buat profile palsu, hina agama islam dan lepas tu tak sudi untuk berdebat. mereka jenis yang tak mahu langsung dengar apa kita cuba sampaikan. sebab itulah perlunya idea dari semua orang. :)
itu saja untuk hari ini, semoga entry ni dapat beri manfaat kepada semua orang, amin.

fruit of thought: kalau seseorang berikan idea yang tak releven atau tak bernas ataupun tak cukup bagus, yang anda rasa perlu direject, jgn cakap ideanya tak bagus. katakan padanya, "bagus juga idea awak tu, menarik, tapi rasanya lebih baik kalau kita buat macam ni...". credit goes to my BM teacher, Cikgu Rashid. terima kasih cikgu~ :)

Saturday, January 15, 2011

Update pertama 2011 : Ke Arah Masa Depan Lebih Cemerlang

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

tajuk entry kita pada kali ini adalah seperti yang tertera diatas... yeah, memang skema sket tajuk kali ni. memandangkan dh terlalu lama tak mengupdate blog ni, maka menjadi tanggungjawab tuan blog untuk update pada harini. tak ada apa yang nk dibicarakan sebenarnya, sekadar berkongsi planning tahun ni... insyallah akan dikemaskini lagi jika ada perubaha..

1. masuk tahun baru, gaji pon baru..
2. kini aku telah mendaftar sebuah perniagaan di atas nama AIDEA ENTERPRISE.
3. Kini aku memiliki sebuah Kedai Online KHAS UNTUK GADIS, WANITA, COUPLE, MAKCIK.... anda boleh kesini http://she-clicks.com untuk tengok2. setakat ni masih dalam renovation tapi korang dh boleh bookmark sebab nanti susah nk cari kedai banyak produk pompuan... :)

ok, tu je update untuk setakat ni... nanti aku update lagi setelah selesai 2 perkara penting~ :)

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO