Thursday, March 26, 2009

Tatkala Aku Melangkah ke dalam Bilik Rohani..

PENDAHULUAN

harini 26 mac, aku dh xtahan ngan gusi bengkak yg dah masuk minggu ke-3. lepas sign in kt ofis, aku terus pecut moto pegi Klinik Pergigian Rohani. masa aku sampai, klinik baru bukak. ada sorang awek yg bley tahan la, duduk mop lantai. aku masuk pastu dia suruh aku lompat naik ke sofa sebab lantai basah. kt luar plak ada lagi sorang staf india dok berpeluk ngan pakwe dia, setelah bergosip seketika maka aku dapat tau staf tu memang suke dating pagi2. pastu aku register n tunggu doc datang. untuk pengetahuan korang, ni adalah 1st time aku pegi klinik tu dan 1st time aku ke klinik gigi dalam tempoh lebih 13 tahun. bila doc datang, aku pon dibawa ke bilik (xde perkara maksiat yg berlaku), then di check maka aku dapat tau punca kerosakan gigi (sebenarnye bengkak gusi je).

_____________________________________________________

1. geraham bongsu a.k.a last gigi aku nk tumbuh.
2. pastu dh xde rung dh kt gusi belakang skali so dia try nk tumbuh kt tepi.
3. ianya boleh mengakibatkan kejadian yg xdiingini seperti sakit gusi, gigi menikam2 pipi serta luka2 dalam mulut.
4. akibat dari akibatnye tadi tu, aku xbley makan.
_____________________________________________________

conclusionnye, kene la operate. tapi mesin rosak so aku buat appointment ngan doc untuk operate sok pagi(jumaat). pastu dia suruh aku makan dulu sebelum operate. bila aku balik n sampai je kt opis, staf india tadi col suruh pegi balik tapi xcakap nape. aku pon pecut lagi moto menuju destinasi yg mendebarkan. xcakap banyak, diorang bagi makan ubat, then cakap diorang akan operate haritu gak. woahhh!!! takotnye aku!

KARANGAN BERMULA (ISI)

dalam bilik bedah, debaran mula terasa. jantung berdegup kencang sekencang angin diatas jambatan pulau pinang. seraya aku melangkah masuk, doc rohani menyambutku ngan penuh senyuman serta penuh jarum ditangan. aku dijemput duduk di sofa empuk canggih disitu. dengan senyuman, doc rohani membaringkan aku. doc mula memilih gadget2 besi yg ada dalam dulang dihadapan ku. lampu dipasang tepat kemukaku, aku berasa seperti tahanan di Iraq yg bakal diseksa.
doc rohani berkata, "xpe, xsakit.." aku cuba mempercayai doc tetapi tidak mampu. environment disitu lebih mempengaruhi aku berbanding senyuman dan ayat2 manis doc rohani. aku memandang sekeliling, terdapat banyak peralatan yg asing bagiku, kebanyakannye berbentuk tirus.
bersamaku ialah awek kaunter, doc rohani, dan staf india suke dating. mereka mengangakan mulutku yg sexy ini, aaaaaa~ doc rohani mula menyumbat mulutku dengan cermin, dan juga jarum suntikan. bersertakan ayat "xpe, xsakit.. u r a very brave young man, kalau saya, saya xnk tengok cermin tu(merujuk pada cermin pada lampu soal siasat)...", doc rohani menyucuk2 gusi, pipi, lidah dan pape je yg patut dicucuk ngan jarum ntah besar gle. aku nampak doc menyuntik dadah ke dalam mulut ku! ahh, adakan aku bakal bergelar penagih? aku mula takut. jantungku sekali lagi berdegup kencang. namun, seketika kemudian, aku mula terasa kebas yg teramat sangat! yeah, time itu la doc rohani memulakan projek beliau.
beliau membelah, lalu merobek hingga tobek kesucian gusi merah ku itu. dikala itu, aku dapat melihat tulang rahangku, serta barisan gigi2ku serta gusi yg dh terbelah.. seyes takot! doc rohani mula menggerudi lalu dicungkil2 gigiku. namun gagal. time is running out! doc mula bertindak cepat. dia memberikan kata2 semangat pada pekerjanye, "jgn tension, relax, relax...."..
Tiba-tiba dia berkata pada staf india suke dating tersebut, "tolong pegang kepala dia".. staf india itu seperti orang lapar diberi McD, dia terus bertindak. dia mula memegang kepalaku. pegang sudah la minachi oiii~ ni tak, siap urut2 leher aku macam nk goda plak. dh la bulu ketiak xpotong, kurus gle, barang pon xde..
sambung balik. ntah berapa kali gigiku digerudi, ditobek, di tarik, gusi dipotong dan diulang2 lagi perkara sama sehingga akhirnye berjaya dikeluarkan! yeah, adakah aku sudah selamat? belom lagi, darah2 yg keluar begitu banyak, namun disedut oleh awek kaunter yg bley tahan itu. hun jgn risau ye, di sedut guna penyedut, bukan gune mulut dia.
gusi aku kemudiannye dijahit menggunakan benang berwarna hitam kerana hitam itu menawan. sungguh terer doc menjahit sehingga aku tertanya2, adakah beliau mengambil tempahan menjahit baju dikala aidilfitri bakal menjelma? setelah siap, aku xboleh berkata2 cuma angguk dan berisyarat tangan.. operasi bedah berakhir. aku dinasihatkan agar kurang bercakap, jgn minum air panas, jgn makan selain bubur... aku pon keluar dari dari bilik dengan muka puas menerima servis dari doc rohani.

PENUTUP

kini tibalah masa yg ditunggu2, result! seperti yg telah dijangka (bagaikan target result SPM), aku menerima bil serendah RM400 sahaja.. ya, SAHAJA... nasib baik bley claim. berserta ngan itu, pakej lain yg diterima ialah MC selama 2 hari.. kalau nk lebey bley mintak lagi. dibawah merupakan gambar2 bukti...

Si bongsu yg membawa derita...

antara dadah2 yg perlu aku tagih

bilnye semurah RM400 SAHAJA!

aku menerima sijil pertauliahan MC dari Doc Rohani

p/s: karangan ini ditulis sebaik saja tiba dirumah sementara menanti kesan ubat kebas untuk hilang. xdapat bayang apa bakal berlaku...

9 Comentários:

ada m0khtar said...

mhl nyer
cni 250 jew
ni mst byr unt0k kdmt awek m0p lntai & staf india suke dating 2 skali

mOOn said...

Aku tak paham kenapa aku kena scroll sambil menutup mata bila sampai gambar si bungsu.. Dia tak besalahh..

Asyraff Zulkifli said...

biasa la, swasta.. sini tu kt mana? kt island memang mahal. tapi xpe, bley claim.
kenapa moon? malu lihat si bongsu yg berbugel tidak diselaputi gusi?

ada m0khtar said...

00000...
area bkt lg murah rp nyer b'banding pulau

Asyraff Zulkifli said...

bkt? umm, ntah la.. maybe kot. bukan semua pulau kot. pulau pinang je. hehe~

mOOn said...

a'a, malu melihat alat sulit si bongsu! adusss.. kunsa rupenyee!!

Asyraff Zulkifli said...

huh, sape suruh tengok? sulit!

Roy Roches said...

rm400 fuyooo....bley beli boot bola ronaldo rm399.00 JE...

Asyraff Zulkifli said...

tau xpe.. habih simpanan aku. cemana nk kawin?

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO