Thursday, December 17, 2009

Malaysia Boleh Rempit Balik Rumah!




Harini 17/12/2009, final bola sepak untuk sukan SEA. Malaysia skali lagi bertemu Vietnam lepas kena belasah teruk last time. Aku betul2 teruja nak tengok Malaysia main. aku bukan minat sangat tengok team malaysia main. seyes aku cakap, xbest langsung.
TAPI, lepas diorang menang ngan Thailand 2-1, aku rasa aku patut tengok peningkatan diorang. so aku tengok la time Malaysia lawan Laos yang menang 3-1 haritu, memang best! bagi aku, nampak peningkatan diorang. pastu aku tertunggu2 final diorang lawan vietnam.
'LUCKY', harini aku kena stay back kat bank, banyak gile keje. Match start pukul 6.00p.m, aku balik 7.10p.m. aku dh frust gila tadi. bayangkan semua keje aku dh siap awal, semata2 nak balik tengok bola. last2 kena gak tunggu sampai habis keje, since aku contra (hari contra ialah hari korang in charge of everything, kena settle semua benda dan hari korang sudah ditentukan untuk balik lambat) harini.. Mangkuk betul la, dh la contra, penjara deduction (aku perlu memotong gaji pekerja2 penjara sekalian) pon harini. pastu Northen Point (company mangkuk hayun yang slalu bawak duit banyak dan slip yang banyak time orang nk tutup bank. menyusahkan dan banyak komplen) plak datang masuk duit! seyes mangkuk betul la..
berdebar tol aku tunggu habis keje. aku col adik aku, "cemana match, dh start ke blom?". adik aku reply, "dh start dh, still 0-0, first half skang, vietnam control match! Malaysia main teruk!" otak aku dh fikir, ada harapan ke ni? habis keje aku pon pecut moto seperti perempit2 malaysia boleh yang sejati melalui jalan raya 31km + traffic jam + traffic light bodo asyik merah! selit sana, selit sini, hon sana, hon sini, maki sana, maki sini, carut sana, carut sini, and finally sampai gak rumah. aku ingat dh habis match, rupa2nya ada masa tambahan lagi. aku cepat2 pegi tengok, MALAYSIA DAH LEAD 1-0! perghhh! tak sia2 aku pecut moto full throttle. lepas interview pakteh aku yang balik bercuti kat umah maktok aku, aku dapat tau malaysia control match untuk 2nd half! masa ada lagi 5minit, ok la tu dari xley tengok langsung. begitu berdebar2 skali, bayangkan 20 tahun tak pegang gold medal. 10 tahun tak masuk final.
finally, wisel berbunyi, tamat match! MALAYSIA MENANG 1-0!!! semua sorak!!! teruja gile.. tapi aku tak sempat nk tengok time diorang jaringkan gol. aku agak mesti lepas ni jurulatih malaysia dapat title datuk.. pape pon, tahniah untuk team malaysia, gold medal for after 20 years! pasni aku nk order jersey malaysia kaler biru kat adik aku, beli kat padang besar. hehehe....


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO