Saturday, December 26, 2009

Sherlock Holmes


25th December... Pada malam krismas, pada malam semua orang busy nk beraya, pada malam semua orang sibuk nak tengok Avatar, aku plak sibuk dan berjaya gi menonton SHERLOCK HOLMES! Dah lama aku tunggu cerita ni keluar. Malam tu plak website GSC buat hal, tak bley nk beli tiket online. nasib baik ada TGV. Aku ngan gang pecut keta pegi TGV. nasib memang sangat2 baik sebab tak ramai beratur beli tiket, pastu panggung Sherlock Holmes plak tak ramai orang. semua tengok Avatar~ LUCKY!! Seat pon dapat gak yang best, puas hati aku..
Aku kenal Sherlock Holmes masa sekolah rendah. time tu kalau tak silap umur aku 11 tahun. start dari time tu aku mula minat komik detective terutamanya Detective Conan dan Kindaichi~! Aku ada koleksi komik Detective Conan dari awal sampai ntah no berapa. aku kumpul start dari sekolah menengah sampai aku masuk Matrikulasi. Last2 komik aku kena kebas ngan kawan aku bawak balik taiping masa hari last matrikulasi. celaka ko Din!!! Lepas tu aku baca plak novel the Armchair Detectives. best sangat!
Berbalik ke topik asal, pasal Sherlock Holmes. Watak ni dicipta oleh Sir Arthur Conan Doyle. kalau tak silap, dia gak yang buat cerita The Lost World tu.. ada yang mengatakan watak ni di inspirasikan oleh cikgu biologi beliau.
Tentang Sherlock Holmes
Sherlock Holmes digambarkan sebagai seorang detective yang sangat2 terer dalam bidang fizik, botani, geologi, kimia dan anatomi. dia gak sorang yang terer main biola, macam Kassim Selamat. Tapi dia tak buta la.. Bab gaduh2 pon terer gak. main pedang pon terer, memang sesuai buat calon laki. Sherlock Holmes gak ada sorang member baik. dalam setiap siri buku dia mesti ada watak ni. nama member dia tu dr. John H Watson. bukan owner kedai watson ye.. musuh tradisi Sherlock Holmes plak ialah Professor Moriarty. Apa yang menarik tentang Sherlock Holmes ni ialah dia sorang yang sangat pandai membuat deduksi. dari satu benda yang sangat simple, Holmes boleh tau banyak perkara. skill ni yang buat aku melekat dengan Holmes.

pasal filem plak ye.. filem yang aku tengok semalam memang best! Apa yang aku nk tengok dari filem ni ialah kehebatan Holmes buat kesimpulan dalam siasatan. dan tidak mengecewakan. dari awal filem lagi dh tunjuk skill Holmes ni. tapi kalau boleh, bagi la lebih lagi deduksi Holmes tu untuk next film (kalau ada)... pada mula aku aga pelik sebab xde watak jahat utama.. tapi xpe, sebab last skali baru aku tau, watak professor Moriarty akan kluar pada sekuel akan datang! Tentang Robert Downey Jr yang pegang watak Holmes, aku taknak comment sebab aku tak tengok filem Holmes yang sebelum ni. so tak bley la nak compare. untuk filem ni, aku bagi 4/5 bintang! yea!!!! kalau lagi banyak deduksi dia buat, lagi banyak bintang aku bagi! yeaaaa!!!!!


p/s: nk download Sherlock Holmes secara pirate sebab cd mahal...

Thursday, December 24, 2009

"Cikgu, sila tunjuk ajar!!"




Aku begitu happy kerana melihat gambar diatas tu.. suka sangat aku sampai buat entry kat opis.. time keje nh, xley tulis panjang2. kang bos nampak.

Monday, December 21, 2009

Game Paling Susah Di Dunia!! (SERIOUS MODE!)

1st, bagitau aku game apa yang korang penah main.. 2nd, bagitau aku tahap susah cemana game korang main tu. aku berani cakap, tak ada game yang lebih susah dari game yang aku nk tunjuk nh. credit goes to Blog Jejaktrend kerana memperkenalkan game yang sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan hati aku dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat mencabar ni!





game ni ada banyak version. ada yang sampai level 50 dan ada yang sampai level 30. untuk link yang aku bagi ni, senang sket. kalau nak yang lagi susah, try yang ni;




Dari semalam lagi aku dok layan game gila ni, tak tau la sape yang buat game ni. ranking tertinggi yang aku dapat ialah level 5 untuk game 50 level, dan level 7 untuk game 30 level.. So, kalau rasa terer tu, try la game ni.

Friday, December 18, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest





Ok, dengar sini semua!!! Harini 1st time aku join contest! Contest yang melibatkan photo, memang feveret aku.. Apa yang aku perlu buat senang je, just upload logo contest and gambar black and white aku.. senang kan? so, my picture for this contest is.... sila click untuk larger size of picture ye..




Gambar ni adik aku capture time minum Honey Lemon Tea kat ladang teh Bharat, Cameron Highland. 1st time try nih, budget bley control la. Tapi tak bley tahan, no wonder la waitress tu bagi aku secawan penuh gula extra...
About this picture, aku tak edit pape kecuali tulisan, stroke tepi gambar tu. And then aku potong gambar berlebihan sebab aku berada kat tepi skali. Itu saja yang aku edit sebab gambar ni memang dah black and white. Gambar di capture guna Canon Digital Camera Ixus75 kesayangan aku~ Xde budget lagi nk beli DSLR. hehe...


p/s: teruja plak aku masuk contest ni. slalunya contest semua banyak untuk pompuan...

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Boleh Rempit Balik Rumah!




Harini 17/12/2009, final bola sepak untuk sukan SEA. Malaysia skali lagi bertemu Vietnam lepas kena belasah teruk last time. Aku betul2 teruja nak tengok Malaysia main. aku bukan minat sangat tengok team malaysia main. seyes aku cakap, xbest langsung.
TAPI, lepas diorang menang ngan Thailand 2-1, aku rasa aku patut tengok peningkatan diorang. so aku tengok la time Malaysia lawan Laos yang menang 3-1 haritu, memang best! bagi aku, nampak peningkatan diorang. pastu aku tertunggu2 final diorang lawan vietnam.
'LUCKY', harini aku kena stay back kat bank, banyak gile keje. Match start pukul 6.00p.m, aku balik 7.10p.m. aku dh frust gila tadi. bayangkan semua keje aku dh siap awal, semata2 nak balik tengok bola. last2 kena gak tunggu sampai habis keje, since aku contra (hari contra ialah hari korang in charge of everything, kena settle semua benda dan hari korang sudah ditentukan untuk balik lambat) harini.. Mangkuk betul la, dh la contra, penjara deduction (aku perlu memotong gaji pekerja2 penjara sekalian) pon harini. pastu Northen Point (company mangkuk hayun yang slalu bawak duit banyak dan slip yang banyak time orang nk tutup bank. menyusahkan dan banyak komplen) plak datang masuk duit! seyes mangkuk betul la..
berdebar tol aku tunggu habis keje. aku col adik aku, "cemana match, dh start ke blom?". adik aku reply, "dh start dh, still 0-0, first half skang, vietnam control match! Malaysia main teruk!" otak aku dh fikir, ada harapan ke ni? habis keje aku pon pecut moto seperti perempit2 malaysia boleh yang sejati melalui jalan raya 31km + traffic jam + traffic light bodo asyik merah! selit sana, selit sini, hon sana, hon sini, maki sana, maki sini, carut sana, carut sini, and finally sampai gak rumah. aku ingat dh habis match, rupa2nya ada masa tambahan lagi. aku cepat2 pegi tengok, MALAYSIA DAH LEAD 1-0! perghhh! tak sia2 aku pecut moto full throttle. lepas interview pakteh aku yang balik bercuti kat umah maktok aku, aku dapat tau malaysia control match untuk 2nd half! masa ada lagi 5minit, ok la tu dari xley tengok langsung. begitu berdebar2 skali, bayangkan 20 tahun tak pegang gold medal. 10 tahun tak masuk final.
finally, wisel berbunyi, tamat match! MALAYSIA MENANG 1-0!!! semua sorak!!! teruja gile.. tapi aku tak sempat nk tengok time diorang jaringkan gol. aku agak mesti lepas ni jurulatih malaysia dapat title datuk.. pape pon, tahniah untuk team malaysia, gold medal for after 20 years! pasni aku nk order jersey malaysia kaler biru kat adik aku, beli kat padang besar. hehehe....


Sunday, December 6, 2009

Damn Blog!

Aku baru je menambah satu blog lagi yang bertajuk 'Damn Of The Day'.. However, blog tu masih lagi dalam construction. satu blog dengan layout yang sangat simple, black and white. Kalau rajin, lawat la ek~



bley gak click banner yang aku letak kat sebelah tu. banner tu still beta mode lagi sebab aku ada masalah nk install adobe photoshop. mangkuk betul la...

Saturday, December 5, 2009

Nak Lawan Facebook!






Layout baru Friendster. nak lawan facebook kot. Tapi aku rasa susah la... facebook skang dh naik ranking 1st dalam kategori laman social. kalau dulu myspace, skang facebook mendahului. compare dengan myspace dan friendster, facebook menawarkan service yang lebih menarik. satu contoh yang semua orang tau ialah Farmville~ Bukan tu je, menteri-menteri semuanya guna facebook sebagai medium diorang berkomunikasi dengan rakyat @ penyokong fanatik... Antaranya Dr Mahathir, Najib, dan ramai lagi. Osama Laden aku tak sure plak. Kalau korang cari info kat internet tentang founders laman-laman social ni, paling banyak skali semestinya pasal owner facebook. sebab apa? sebab facebook naik ranking dengan pantas mengalahkan otai2 lain... dan pada masa yang sama, owner ni jadi antara orang paling terpengaruh di dunia, muda dan kacak plak tu (ya, semestinya aku lebih lagi).. Bayangkan dia bley jual 1.6% saham dia kat microsoft ngan harga USD564juta! 1.6% je beb.... sket masa lagi aku pon macam dia gak la..

p/s: aku nk buat laman social baru gak la, letak nama legbook ke, facedictionary ke, assbook ke.. mesti kaya..

Thursday, December 3, 2009

Betul ke dia tu mental?



Bagi korang, adakah bercakap sorang-sorang tu gila? or maybe seorang mamat yang mental? or mungkin jugak seorang budak yang psycho? Ok, sorang member aku cerita kat aku tadi;
Dia selalu cakap sorang-sorang kat atas motor. Orang cakap dia nh mental sket. pastu kawan2 dia semua report kat ayah dia. AKAN TETAPI, dia ada pendapat lain untuk perangai cakap sorang2 nh... dia cakap, "when u talk to people, they will argue, but when u talk to yourself, nobody will argue. you will always be the right person."

Betul ke?

p/s: Aku cakap sorang2 just to motivate my own self~

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO