Monday, December 21, 2009

Game Paling Susah Di Dunia!! (SERIOUS MODE!)

1st, bagitau aku game apa yang korang penah main.. 2nd, bagitau aku tahap susah cemana game korang main tu. aku berani cakap, tak ada game yang lebih susah dari game yang aku nk tunjuk nh. credit goes to Blog Jejaktrend kerana memperkenalkan game yang sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan hati aku dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat mencabar ni!





game ni ada banyak version. ada yang sampai level 50 dan ada yang sampai level 30. untuk link yang aku bagi ni, senang sket. kalau nak yang lagi susah, try yang ni;




Dari semalam lagi aku dok layan game gila ni, tak tau la sape yang buat game ni. ranking tertinggi yang aku dapat ialah level 5 untuk game 50 level, dan level 7 untuk game 30 level.. So, kalau rasa terer tu, try la game ni.

Friday, December 18, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest





Ok, dengar sini semua!!! Harini 1st time aku join contest! Contest yang melibatkan photo, memang feveret aku.. Apa yang aku perlu buat senang je, just upload logo contest and gambar black and white aku.. senang kan? so, my picture for this contest is.... sila click untuk larger size of picture ye..




Gambar ni adik aku capture time minum Honey Lemon Tea kat ladang teh Bharat, Cameron Highland. 1st time try nih, budget bley control la. Tapi tak bley tahan, no wonder la waitress tu bagi aku secawan penuh gula extra...
About this picture, aku tak edit pape kecuali tulisan, stroke tepi gambar tu. And then aku potong gambar berlebihan sebab aku berada kat tepi skali. Itu saja yang aku edit sebab gambar ni memang dah black and white. Gambar di capture guna Canon Digital Camera Ixus75 kesayangan aku~ Xde budget lagi nk beli DSLR. hehe...


p/s: teruja plak aku masuk contest ni. slalunya contest semua banyak untuk pompuan...

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Boleh Rempit Balik Rumah!




Harini 17/12/2009, final bola sepak untuk sukan SEA. Malaysia skali lagi bertemu Vietnam lepas kena belasah teruk last time. Aku betul2 teruja nak tengok Malaysia main. aku bukan minat sangat tengok team malaysia main. seyes aku cakap, xbest langsung.
TAPI, lepas diorang menang ngan Thailand 2-1, aku rasa aku patut tengok peningkatan diorang. so aku tengok la time Malaysia lawan Laos yang menang 3-1 haritu, memang best! bagi aku, nampak peningkatan diorang. pastu aku tertunggu2 final diorang lawan vietnam.
'LUCKY', harini aku kena stay back kat bank, banyak gile keje. Match start pukul 6.00p.m, aku balik 7.10p.m. aku dh frust gila tadi. bayangkan semua keje aku dh siap awal, semata2 nak balik tengok bola. last2 kena gak tunggu sampai habis keje, since aku contra (hari contra ialah hari korang in charge of everything, kena settle semua benda dan hari korang sudah ditentukan untuk balik lambat) harini.. Mangkuk betul la, dh la contra, penjara deduction (aku perlu memotong gaji pekerja2 penjara sekalian) pon harini. pastu Northen Point (company mangkuk hayun yang slalu bawak duit banyak dan slip yang banyak time orang nk tutup bank. menyusahkan dan banyak komplen) plak datang masuk duit! seyes mangkuk betul la..
berdebar tol aku tunggu habis keje. aku col adik aku, "cemana match, dh start ke blom?". adik aku reply, "dh start dh, still 0-0, first half skang, vietnam control match! Malaysia main teruk!" otak aku dh fikir, ada harapan ke ni? habis keje aku pon pecut moto seperti perempit2 malaysia boleh yang sejati melalui jalan raya 31km + traffic jam + traffic light bodo asyik merah! selit sana, selit sini, hon sana, hon sini, maki sana, maki sini, carut sana, carut sini, and finally sampai gak rumah. aku ingat dh habis match, rupa2nya ada masa tambahan lagi. aku cepat2 pegi tengok, MALAYSIA DAH LEAD 1-0! perghhh! tak sia2 aku pecut moto full throttle. lepas interview pakteh aku yang balik bercuti kat umah maktok aku, aku dapat tau malaysia control match untuk 2nd half! masa ada lagi 5minit, ok la tu dari xley tengok langsung. begitu berdebar2 skali, bayangkan 20 tahun tak pegang gold medal. 10 tahun tak masuk final.
finally, wisel berbunyi, tamat match! MALAYSIA MENANG 1-0!!! semua sorak!!! teruja gile.. tapi aku tak sempat nk tengok time diorang jaringkan gol. aku agak mesti lepas ni jurulatih malaysia dapat title datuk.. pape pon, tahniah untuk team malaysia, gold medal for after 20 years! pasni aku nk order jersey malaysia kaler biru kat adik aku, beli kat padang besar. hehehe....


Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO