Thursday, April 8, 2010

Rafiqin Darwisy Mati Dibunuh

Sorry semua, tajuk kat atas tu berdasarkan gambar aku jumpa nh. memula aku pon terkejut. haha... aku tak tau la sape yang edit nh. entry aku pasal Rafiqin Darwisy ni bertarikh 8 april tapi gambar ni bertarikh 9 april.... aku nk kredit pon xtau kat sape. mungkin korang boleh try bukak website kt watermark gambar tu... :D

Kalau korang kenal Rafiqin Darwisy, korang mesti tau pasal cerita sensasi yang dia buat. lately, Rafiqin Darwisy ni dh jadi femes mengalahkan artis2 yang baru menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) disebabkan tindakan Rafiqin Darwisy mengutuk arwah Din Beramboi.
Aku try bukak page Rafiqin Darwisy di Facebook tapi xboleh. rasanya dia dh delete account facebook dia kot. kat myspace aku tak try plak. ada beberapa screenshot yang aku copy dari group Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !! dan blog ZonBebas.com aku paste kat sini.



Apa yang aku nk komen kat sini ialah perangai budak2 skang nk cari publisiti. zaman skolah aku dulu, teknologi internet ni belum berkembang lagi, so xde la kes2 macam ni. tapi bila kemudahan dh ada, ada pulak budak2 yang buat hal. akal tak panjang agaknya. tapi so far aku tengok result budak2 macam makin bagus (just untuk math n science, bukan Agama Islam).. kepandaian boleh datang pada umur yang muda tapi kematangan tak boleh. betul ke ayat aku tu? abaikan..

apa yang Rafiqin Darwisy buat memang bukan tindakan yang bijak. mengutuk Din Beramboi setelah din beramboi kembali ke rahmatullah. tapi, bukan Rafiqin Darwisy je yang buat benda nh. ada sorang lagi yang cuba ikut jejak Rafiqin Darwisy iaitu Nazmi Jan... tapi tak menjadi sefemes Rafiqin Darwisy la. mungkin dia perasan apa yang dh jadi kat Rafiqin Darwisy. ni screenshot yang aku amek kat group.. diorang cakap dia reply kat page arwah din beramboi.. aku rasa xperlu kot aku letak link page dia kat sini.. :)



kalau korang nk bersoal jawab dengan Rafiqin Darwisy, korang boleh pegi ke link ni: http://www.formspring.me/niqifar.. nampak macam dh insaf. mungkin Rafiqin Darwisy terlalu tertekan dengan apa yang dia buat. seperti kata orang2 tua, terlajak kereta boleh gostan, terlajak kata buruk padahnya... (seperti karam singh walia plak...)

Wednesday, April 7, 2010

Ali Setan, korang kenal kan? Nak tau cerita terkini beliau?

Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato' Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. Beliau kini sedang belajar di Syiria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang.

Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yang sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 setiap malam sebelum siaran TV tamat. Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ini tidak pula diceritakan pada hari ini.

Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawannya tidak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pada hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

"New York besar tuan, ke mana ?" tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan.
"Saya tidak tahu.." jawab Ali Setan.
"Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi.
"Ya. Islam" jawab Ali Setan.
"Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanay pemandu.
"Boleh juga" balas Ali. "Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula", kata Ali di dalam hati.

Oleh kerana pada masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi juga solat di masjid. Ali juga turut sama. Akhirnya Ali dapat menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. Beliau turt solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah anatra titik perubahan beliau.

Untuk perkongsian ilmu pada hari ini. Beliau berkongsi tujuh perkara yang sunnah yang beliau sendiri telah amalkan. Ianya adalah :

1. Solat Tahajud.
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dengan isterinya. Anaknya suka bangun pada pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untuk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut.

2. Membaca Al-Quran
Sewaktu waktu dahulu beliau tidak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tidak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dalam tulisan rumi jika ingin solat. Alahamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah.

3. Solat Berjemaah di Masjid
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yang dihadapi seperti selepas 30 waktu lebih ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya.

4. Solat Dhuha
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menajdi artis. Duit berkenaan habis dalam masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syiria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. Duitnya habis selepas 3 bulan setengha, namun rezeki beliau dan keluarag di sana tidak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dalam masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc.

5. Bersedekah
Adat di Syiria ialah guru akan memberi makan atau barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana keran beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan maskan lain.

6. Sentiasa Berwuduk
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yang berwudhuk.

7. Sentiasa Beristighfar ke Allah
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah menganpunkan dosa-dosa kita.

Semoga bermanfaat.

p/s: terima kasih kepada Tuan Azemi Ali (http://azemiali.blogspot.com/) yang bagi kebenaran untuk copy artikel beliau untuk diletakkan disini.. Jika ada kelapangan, korang boleh pegi ke blog  Hidayah Iman Amal milik beliau untuk baca entry2 disana... :D

Monday, April 5, 2010

No Sacrifice, No Victory


Lebih kurang 2-3 minggu lepas, aku beli 3 buah buku...

1. Ilmu Pengaruh
2. Rahsia Bisnes Orang Cina
3. Sistem Kedai Online dengan Zen Cart

Ketiga-tiga buku ni ditulis oleh golongan professional. mungkin tidak se-femes Robert T. Kiyosaki, namun mereka mempunyai kredibiliti masing2..
MALANGNYA, sampai harini aku belum lagi sempat baca ketiga2 buku tu kerana terlalu sibuk dengan keja2, dan juga study.. kadang2 rasa macam nk putus asa gak, rasa macam suatu beban sebab tak cukup rehat. tapi mama slalu bagi semangat, hunny pon selalu bagi sokongan, dan alhamdulillah mindset aku pon di setting dengan betul supaya aku faham dan boleh terima ujian-ujian dari-Nya. nasib baik jugak aku ada blog ni, boley la lepas2 tension sket, blog walking ke blog2 member yang suka merepek tapi sangat best~!
Minggu ni minggu exam aku. Mula harini untuk paper Learning Skills for Open and Distance Learners, follow by English for Oral Communication hari rabu ni dan last paper hari sabtu ni iaitu Principle Management.. Paper 1st aku tadi, aku diberi masa 1 jam 30 minit untuk jawab. tapi lepas habis jawab aku tengok jam ada lagi sejam. biar betul! aku check balik jawapan, dh xde pape nk ubah dh.. so aku keluar dewan exam dan balik buat keje lain.. :P jadi sekarang aku ada lagi 2 subject!
Akhirnya lepas final, aku harap boleh la aku tumpukan perhatian penuh pada keja, bisnes dan buku2 aku~ \(^0^)/.. susah dan memang stress nk handle banyak keja dalam 1 masa. heavy duty i got here~ but what to do... 'with great power, comes with great responsibility' (Uncle Ben Parker..) aku ada great power? hehehe... maybe yes~
So, cemana aku lepaskan stress? antara benda yang aku buat:

1. Talk/msg to my Hunny, gurau2 dan gelak2..
2. Motivate diri sendiri.. always think +ve! whatever happen, sentiasa fikir +ve! (maybe dats y my Hunny cakap aku nh relax sangat..) bagi aku. kalau tension, kita tak boleh selesaikan apa2 masalah. (tapi kadang2 aku breakdown gak..)
3. layan video 'The Secret'..
4. baca manga
5. tengok movie n hangout ngan kawan2.. (dulu bley la, skang sebulan sekali pon belum tentu ada masa jumpa kawan even rumah ke rumah tak sampai 15min perjalanan)

lastly, end of my merepek today, aku nk quotekan 1 ayat oleh Archibald Witwicky: No Sacrifice No Victory!

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO