Monday, May 17, 2010

Berhati-hati dengan kes penipuan akaun bank anda!

 
Lagi2 fraud sms... hari sabtu lepas, aku terima lagi 1 SMS berbunyi; "tahniah, anda merupakan pemenang bertuah oleh Shell Sdn Bhd dan anda layak mendapat RM19,000.00 TUNAI! sila hubungi 017-******* sekarang!"
kalau korang explore blog ni, aku penah tulis entry tentang perkara yang sama, FRAUD SMS.. bley klik kat SINI... kali ni, aku buat benda yang sama lagi skali, aku telefon penipu tu... apa yang berbeza ialah, penipu ni tak tukar slang langsung... kekal dengan slang indon dia.. pastu cakap plak laju. xsempat aku nk paham...
apa yang aku nk dedah kat sini pon benda yang sama, kaedah penipuan diorang. walaupun dah banyak kali di ingatkan, ramai lagi yang terkena dengan penipuan camni. dan ada yang kena berkali2.. semuanya sebab tamak sangat nak duit cepat.. lepas tu salahkan bank. yang nk kena handle diorang nh, frontline cam aku ni la. nasib baik skang dh masuk department lain. ok, zaman skang ni, kes penipuan boleh berlaku melalui cara2 kat bawah ni;
1. SMS - diorang akan sms cakap korang menang hadiah lumayan cam cash or kereta or pape je.. diorang akan mintak korang telefon no yang diorang bagi, kemudian diorang akan menyamar cam agen syarikat tertentu dan mintak korang ikut arahan diorang.. sebenarnya diorang cuba dapatkan info dari korang, dan gunakan info tu untuk buat 1 akaun internet banking supaya mudah diorang pindahkan duit korang. diorang xterer komputer pon, cuma bijak ambil peluang terhadap golongan yang tak tau @ tak penah amek tau pasal dunia teknologi sekarang.. (rajin2 la membaca ok, tambah ilmu...~)
2. EMAIL - diorang akan mintak korang login ke link yang diorang bagi, sebenarnya link tu tipu. korang kena tengok address webpage tu, bukan tengok rupa webpage tu. sebenarnya diorang akan buat 1 webpage yang nampak sama dengan yang original... cara diorang tipu ialah dengan mengatakan akaun korang ada masalah, so kena kemaskini... kadang2 diorang akan cakap korang menang pape.... macam2 trick lagi la. untuk tambah konfiden, dalam email tu diorang akan letak gambar orang2 yang berpengaruh cam CEO Maybank ke, pastu buat ayat yang kononnya CEO tu yang tulis... tolong la jangan percaya semua tu.
3.  TELEFON- ada penipu yang akan telefon terus kepada korang. kalau korang nk apa2, korang jangan la deal melalui telefon, pegi terus ke branch berdekatan...
golongan yang kena tipu ni merangkumi semua usia, semua jawatan termasuk polis dan pengurus syarikat, peguam, guru... 1 peringatan, korang perlu baca arahan di ATM bila nak buat transaksi, part ni yang selalu orang lepas pandang. kat ATM, pihak bank akan letakkan notis, peringatan tentang kes2 penipuan camni.. jadi, rajin2 la membaca~
apa yang diorang akan buat lepas tipu korang?? diorang akan transfer duit korang ke akaun orang lain dan transfer lagi ke banyak lagi akaun orang lain dan lepas tu diorang akan transfer semua jumlah terkumpul tu ke INDONESIA! setelah duit itu di transfer, maka pihak bank tidak boleh mengembalikan duit anda kerana TAK ADA BUKTI IANYA PERBUATAN PIHAK LAIN, kerana duit itu ditransfer oleh 'ANDA' melaui akaun internet ANDA! jika anda bertindak cepat, membatalkan transaksi sebelum wang tersebut di transfer, maka anda akan ada peluang untuk mendapat kembali wang anda~!
apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah, telah banyak report polis dibuat, dan telah dinyatakan no telefon yang digunakan penipu, namun masih lagi tidak dapat dikesan. bukankah semua no telefon sekarang ni perlu didaftar? rasanya lebih mudah untuk di kesan.... pasal hal ni, aku taknak tulis lagi sebab tak tau procedure2 polis. aku cuba dapatkan penjelasan dari pihak polis nanti.... papehal pon, make sure korang hati2.. apa yang korang perlu tau ialah;
  1. jangan dedahkan no kad anda. korang boleh tengok no kad 16digit (untuk kad Maybank) kat atas bank..
  2. korang jangan dedahkan no security anda yang 3 digit kat belakang kad tu.. no 3 digit ni ada pada kad kredit dan kad debit..
  3. korang jangan senang2 bagi no pin ATM card korang kat sape2 yang dikenali @ tak dikenali..
  4. sila amek tau pasal servis2 bank... 
  5. cari member keja bank sebagai tempat rujukan :)
  6. sila amek tau pasal TAC number (untuk maybank users).. ramai tak tau pasal benda ni... 
  7. jangan register no orang yang tak dikenali pada bank.. 
so, aku rasa takat ni je entry untuk malam nh. sok keja, 1st day kat branch baru~ :-D chiaoooo~

2 Comentários:

miss hav0c said...

wah good good!! aku salu kene macam nak cepuk je sialan sialan punya olang neh


follower aku? amekla award sinih

http://maladagreat.blogspot.com/2010/05/sila-ambil-award-anda.html

Roy Roches said...

'branch' baru???
aik x kawen lg da nk pegi 'branch' baru ke
hehe :)

Post a Comment

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO