Sunday, February 28, 2010

Infinity Downline, Kuasa100 itu HARAM?!!!

Aku terima banyak sangat email spam, pastu ada lagi spam ke inbox Facebook aku, semua promosi pasal Infinity Downline (id) ni.. Even aku dh reply JANGAN SEND ANYTHING REGARDING ID kat aku, diorang still hantar lagi. so, let me make it clear, benda ni aku takkan join, dan aku akan bagitau orang lain supaya jangan join.. kenapa? baca kat bawah ni, aku copy and paste sebijik2 dari website UZAR... sape tak kenal UZAR, mintak maaf banyak2 la yee.... Untuk mengelakkan berat sebelah :P korang boleh layari website UZAR sendiri untuk baca entry ni sekali dengan komen2 yang ada. Apa yang aku sampaikan kat sini sekadar rujukan untuk korang, dan untuk aku sendiri~ Bagi aku, kalau ada 1 unsur was2, aku takkan buat.. dalam bisnes, u can take the risk, buat dalam agama, kena amek the safe way.. tak boleh buat2 pandai~ enjoy the entry.. :D

Status Hukum Skim Infinity Downline @
Login Facebook Dapat RM 100
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
infinity3.jpg
 
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.  
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir  dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-
1.     Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain "Whois"
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.
Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.
2.     Asal dan perkembangan syarikat
Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.
Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.
Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.
Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.
3.            Produk yang dijual
Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio  :
Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-
Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100.  Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-
  Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading
Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.
Memang betul bible dan tatoo dalam tajuk tu mungkin bukan bermaksud bible yang sebenarnya, dan sememangnya saya tidak melihat sendiri isi kandungan produk kerana saya tidak menyertainya. Namun walau apapun isinya, tajuk sebegitu sendiri pun sudah salah di sisi Islam, macam orang nak jual daging lembu, tapi kerana nak bagi catchy, ia dinamakan babi salai. tetapi sebenarnya bukan babi, ia lembu. Tatkala itu ia tetap haram kerana salah guna nama.
Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya. Isu utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja. 
Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.
Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan  membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk.  Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.
Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.
4.     Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.
Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .
 


REVERSE TWO UP SYSTEM
Yang difahami darinya :
·         Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
·         Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)
·         Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
·         Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000
Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri
 
Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...
Week 1 
You get your 4, you pass 2 of them upline. 
You keep 2. So 2 X $25 =  $50
Week 2 
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4. 
So 4 X $25 =  $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 3 
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8. 
So 8 X $25 =  $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 4 
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16. 
So 16 X $25 =  $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 5 
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32. 
So 32 X $25 =  $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 6 
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64. 
So 64 X $25 =  $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Let's skip to week 10...
Week 10 
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024. 
So 1024 X $25 =  $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.
YURAN SETIAP BULAN
Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya,  malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.
Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.
Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.
Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI  (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.
 
KESIMPULAN AKHIR
1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
13 Rabi'ul Awal 1431 H
27 Feb 2010

20 Comentários:

Anonymous said...

dari kau fikir benda ni haram, baik kau kaji balik benda yang penulis tu meniaga haram ke halal, jangan tengok pada entrinya je, tp tgk pada komen dia sekali ok, kat situ nant kau paham :)

Bitter Sweet said...

TQ sharing this info

e~car182 said...

dah ada unsur cmni mmg haram la,,tak jelas tu,,pastu gne kaki,haram,,

entah sapa anonymous tu,,huh!

Asyraff Zulkifli said...

umm.. aku ada tengok pada komen2 tu... tapi,komen2 tu bukan pada semua point UZAR. bagi aku, walaupun 1 je point yg berasas dalam 1000 penjelasan UZAR tu, dh cukup bagi aku untuk tak join bisnes tersebut. kalau was2, seelok2nya dijauhkan. betul x? tapi tu bergantung pada individu, kalau ada yang yakin benda ni halal, aku tak boleh buat apa2. aku sekadar boleh sampaikan, so penilaian bergantung pada diri sendiri~ :)

p/s: aku akan tambah kat entry ni supaya diorang rujuk sekali ngan komen to make sure tak berat sebelah... :D

Asyraff Zulkifli said...

bitter sweet, e~car182, saya sekadar sampaikan je.. hukum bukan saya yang jatuhkan. saya harap semua boleh fikir ngan waras, jadikan entry ni sebagai pertimbangan sebelum join sesebuah bisnes. saya penah join banyak bisnes yang saya anggap halal, tapi sebenarnya haram. jadi, entry ni sekadar rujukan semua... :) harap berguna untuk semua~

p/s: yang haram tak boleh jadi halal, tapi yang halal boleh jadi haram...

Anonymous said...

Thanks for sharing the info...org bila dah tgk duit byk masuk mmg akan gelap mata...dah x reti nk nilai mana halal mana haram...sy hargai usaha saudara yg sekurang2nya cuba untuk memberi sedikit info kpd masyarakat islam...Tuhan bg kita akal dan fikiran...kita bukan tinggal di zaman kuno lagi...jgn gelap mata dan hati kerana wang...adalah lebih berkat jika kita mendapatkan wang itu dr sumber yg kita yakin...Insya-Allah...

Asyraff Zulkifli said...

insyallah.. zaman skang ni ada macam2 jenis bisnes. suatu yang haram pun boleh nmpk halal. ada gak sesetengah ustaz yang join buat bisnes, maka orang lain pun ikut sebab ingat halal..

Anonymous said...

sory to say....kamu ni arif dlm agama ke??? selama dlm ni, sy tiada lg berlaku sebarang penipuan...downline,upline sume untung sama rata..xder yg lbeh, xder yg kurang...sesungguhnye org yg malas xkan berjya di dunia dan akhirat...sy buat bisness ni dgn izin ALLAH s.w.t...Riba?? kamu tau ker?? Bila tgk ad yg dh maju, maka dtg lah Setan2 dengki yg xkn putus menghasut org laen drpd berjaya... SALAM... Sampai bila kte nk jtuh kan kaum dan seagama kte..Bisness bkn Jual dadah ke ape, pikir la.......kalau xberminat, jgn kondem org...

Asyraff Zulkifli said...

to anonymous.. harap saudara/saudari baca balik entry tu. saya highlight kan apa yg saya nk sampaikan kat sini;
1. bukan saya yg jatuhkan hukum haram, entry tu sekadar perkongsian untuk pertimbangan semua pihak.
2. saya dh cakap saya tak join sebab saya ada perasaan was2, jadi saya ambil langkah selamat dengan elak dari join. saya pon tau kalau saya join, saya boleh buat banyak duit. saya kenal program ni sebelum program ni masuk malaysia lagi..
3. program ni juga tak diiktiraf sebagai perniagaan internet oleh pakar2 perniagaan internet malaysia. boleh rujuk Ammar Zahar, Irfan Khairi, Syam.
4. anda dh buat profit banyak dari program ni kan, memang sukar untuk terima kenyataan. kalau anda yakin halal, sila teruskan, ia sumber rezeki anda. tak perlu melatah, paksa orang lain percaya program ni halal. semua orang ada hak buat pertimbangan..

Anonymous said...

Syabas saudara! aku sbnrnya risau dgn landaan menatang ni di facebook. telah berkali2 msj masuk di inboxx suruh join.. dan sebaiknya, saya yg tolong dakwahkan kat mereka yg menatang ni tak btol! Blog saudara sering kali saya jd rujukan utk berdebat dgn org2 sana. tp, mereka masih berdegil! risau saya terutamanya org Melayu nie, diorg x taw ingat rukun jual beli Islam. x tahulah nape saya jd seorg yg sgt prihatin.. Sila prjuangkan isu ini bersama saya.

Anonymous said...

Bisness bkn Jual dadah ke ape, pikir la.......kalau xberminat, jgn kondem org...

memang betul bukan jual dadah..tpi kalo jual ayam yg x d sembelih dgn m'ikut hukum..tetap haram d jual n d makan...

HARAM xbole jdi HALAL...tp HALAL bole jdi HARAM

Asyraff Zulkifli said...

itu la.. kadang2 kesenangan tu boleh mengaburi mata dan hati. saya tak menyalahkan orang yang join program ni. tapi saya cuma minta buat pertimbangan, siasat dulu suatu bisnes tu. mungkin saya ada tulis di sini saya tak kan join, dan saya akan beritahu orang supaya jgn join. tapi keputusan bukan di tangan saya. hukum bukan saya jatuhkan, rujukan dari orang yang lebih arif dan di terima orang rakyat malaysia. kalau ada nk marah atau melenting pun, tak apa lah. tapi fikir dulu sebelum bertindak. harap2 entry ni boleh jadi rujukan semua..

Anonymous said...

syabas ashraf...dlm soal mencari rezeki..jika sumbernya sudah ada unsur syubhah pon sudah memadai ditinggalkan..apatah lg dgn kes ni...yg terang2 diberi bukti2 bahawa ianya tidak halal...kpd saudara2 yg di luar sana yg telah mnyertai prog ini..better tinggalkan...hilang kebrkatan hidup jika punca rezeki itu haram...jgn anggap remeh dgn soal berkat....apabila duit yg haram itu diberi mkn diri sendiri, ank isteri...akhirnya menyebabkan hati2 org islam ni gelap n hitam utk menerima cahaya Islam akibat drpd rezeki yg haram..itu yg yahudi mahukan..dan ini antara agenda mereka...Allah berikan akal, berfikirlah....kalau ada akal, malas utk mencari ketentuan halal n haram yg telah Allah gariskan...samalah spt binatang yg hidupnya hanya tahu cari makan n minum tanpa mengira apa yg dimakan itu baik atau pon buruk...Renung2kan..Salam Ramadhan buat semua kaum muslimin n muslimat...:)

Anonymous said...

bisnes ne bukan mencuri..sudahla,ne la melayu..wayang ja kuat..puihhhh!!!

cun said...

tQ share.. buka kat blog ustaz zaha, da tade, nasib baik leh bace entrinye dari sini.
syabas buat saudara =)

Anonymous said...

salam...aku jujur la kan...infinity downline neh kan..aku rasa was2 tahap alam lah..serius x tipu..mula2 masuk kan...t upline aku bg ayat sbijik macam document dia ajar cara nk prmote...huhu..cakap nk tolong la...aku tnya dia.ada x cara lain kita dapat duit slain dari orang masuk bawah kita (downline).dia cakap..ada buat video2 buat bnda apa tah..tapi bnda 2 haram..cam forbes apa tah..video sal bible pun ada..majoriti video dia bg 2 kita x guna langsung..haaa..then kalu dah join t...dorg kasi email ada gambar2 org berjaya...ada org pegang duit..then upline kita akan add kita dalam group...dalam group 2 la..kita minta org commnet album n pic duit tadi..dorg buat ayat power la kata ada dapat rm4000 la...dalam sejam dapat modal la..x rugi..yang baru join pun kena buat status cam 2.ye la..dah org comment pic kita..kita kena la comment balik..jadi kita buat la statement kadang2 tipu..saya dah join..dan dah berjaya..anda bila lagi..contohnya la..jadi nmpk bnda neh..cam kita pura2...n upline sy dulu pun kata..aku akan tolong smpai hang jadi cm aku..cis..x tolong lama mana pun...n dia siap pertahan lagi..hukum yang ustaz zaharudin cakap 2..ada artikel sal ustaz len kat note group infinity downline kat fb 2..huhu..tapi serius..promote bisnes pun bukan promote produk..tapi system masuk duit dari org masuk bawah kita 2..money game..then bila kata haram..kata la jual produk..promosi produk..memang nampak pura2...aku dah join..n neh pandangan ikhlas...video dorg bg x guna pun...kcuali tok org betul2 nk bljar bukan nk join buat duit cara yang cam argh..was2 sih...n money game 2 konsep utama...serius..n cara kita commet pic..minta org comment pic..cam minta sedekah je..n memang la org kata x leh malu..tapi..cam pura2..sngt pura2...n 2 la..bila duit mengaburi mata..x leh buat apa la kan..adeyh...wallahu alam bil sawab...syukron..maaf kalu terkasar bahsa....Allah mengetahui sglanya..salam

farizluqman said...

@Anonymous: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html boleh baca komen2 kat page ni sebelum cakap apa2 :D

SisNurul said...

Assalamualaikum.. sebelum tu, nurul nk ucapkan terima kasih kt asyraff sbb buat entri ni.. stahun lpas, kwn nurul pnah ajk join ID nie.. tp nurul rasa was2, n nurul xjoin... tp beberapa mggu nie, ada kwn nurul yg sama fakulti ajk join diorg.. nurul hmpir2 nk join diorg.. tp nurul cuba tnya pndpt bbrapa org lain.. trutama pndpt org yg lebih dewasa... tmsok cari maklumat ni lam internet.. sbb nurul rasa was2 dgn bisnes nie bla mlibatkan agama... wpun nurul xla arif sgt ttg agama nie, tp nurul xnk mkn duit dr hasil yg kta xketahui asal usulnya.. bila bnda haram dh jd darah daging kita, mmg buruk padahnya.. nasib baik nurul sdar sblum tjebak.. terima kasih sangat utk asyraff.. hope asyraff sabar dgn comment yg negatif.. setiap org mpunyai pndapat dan pandangan yang berbeza.. ada yg boleh menerima secara positif, dan ada yg xboleh menerima teguran dan pndapat org lain.. dan ada sesetengah orang yang tahu bahawa teguran tu betol tp cuba menafikannya.. tp yg penting, "Benda yang haram, xkan jadi halal... Benda yang halal, boleh jadi HARAM" Nurul harap, kpd yg blum sdar tu, diorg akan dberi hidayah.. ni la tnda dunia akhir zaman.. bnyk pkara yg mguji keimanan org islam... duit kn... siapa yg xkabur mata bila cerita ttg duit nie.. Kepada sesiapa yang xsuka komen nurul nie, nurul mnta maaf lah ye.. juz nurul nk ingtkan, xda kejayaan yang datang bergolek tnpa ada usaha yang kuat.. lau nk jd kaya, carila rezeki yang halal.. hasil usaha titik peluh sndiri.. barulah berkat di dunia n akhirat.. biar bsusah-susah dahulu, bsenang-senang kemudian.. Allah lebih mngetahui sesuatu yang ada di langit dan di Bumi.. Assalamualaikum w.b.t....

Anonymous said...

alhamdulillah..naseb baik aku terbaca entry ni :)

Asyraff Zulkifli said...

salam semua, terima kasih utk semua komen2 anda.. saya tak terasa dengan mana2 komen negatif.. saya ni pun bukan baik sangat, biasa la manusia. tapi saya sedar kita perlu tegur orang buat silap. bila tengok ramai komen disini, saya rasa sangat gembira sebab entry ni sekurang2nya berjaya beri panduan kepada beberapa orang (walaupun tak ramai, lebih baik dari tiada). semoga lebih ramai yang sedar, dan lebih berhati2 memilih bisnes. kepada sesiapa yang terbuka entry ini, saya alu2kan komen anda, share entry ini kepada mana2 rakan yang hampir terjebak, bantu mereka. semoga kita sama2 berjaya mendapatkan rezeki dari sumber yang halal dan berkat.. :)

Post a Comment

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO