Saturday, April 3, 2010

Pengalaman Mengedar Duit RM100


Tak payah login facebook pon boleh dapat RM100... bukan takat login, tak perlu ilmu computer, tak perlu tau baca (better tau baca la..) pon boleh dapat RM100. Tapi...... Hanya untuk warga emas di Pulau Pinang saja ye... Start hari ni, Kerajaan negeri Pulau Pinang bagi RM100 kepada setiap warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas (kalau tak silap..). Maybank adalah bank yang bertanggungjawab untuk tugasan ni. So, secara automatiknya, aku terpaksa keja hujung minggu. cuma pada minggu ni, aku kena keja Sabtu dan Ahad. Tapi, memandangkan aku ada exam hari Isnin ni, aku mintak pelepasan untuk hari Ahad.
Harini saja, Maybank cawangan aku keja dh edarkan RM100 kepada lebih 1400 orang warga emas. aku sorang je dh ada 250 orang warga emas, tu pon baru pukul 3.30p.m. bank bukak jam 9.00a.m sampai 4.00p.m. Setiap Maybank akan terima list warga emas yang akan datang amek duit. Untuk cawangan aku, ada lebih kurang 2400 orang yang akan terima. cawangan lain tak sure pulak. =P Setiap warga emas akan datang bawak satu surat bertulisan emas berserta kad pengenalan, kitorang cuma amek thumbprint tangan kanan, check IC, dan check branch kutipan diorang (semua ada tertulis atas surat) dan bagi RM100 kat diorang. Surat tu plak kitorang akan simpan untuk balancing dengan duit yang dikeluarkan.
Bila ada ramai customer, macam2 ragam yang aku jumpa.. harini, Maybank dh jadi macam pasar ikan. aku sampai tempat keja, dh ada satu barisan yang sangatttttttttttttttttttttttt panjang! aku tanya pakcik yang kat depan sekali tu, dia cakap dia dh tunggu dari pukul 7.30a.m! perghhh, penangan duit RM100 memang hebat.. bila bukak je pintu bank, diorang terus serbu masuk, tak nak jadi orang yang last. maka, bermula la aktiviti mengedarkan RM100.. antara ragam yang aku jumpa ialah:

  • ada customer yang datang bawak lesen moto, tapi xbawak ic. hmm, pelik gak. adakah lesen lagi penting dari ic? adakah kalau polis tahan ada lesen dan xde ic, diorang akan terlepas saman?
  • pastu, ada plak customer yang tengok bank bukak, diorang datang nk bank in duit dan nk withdraw duit. mintak maaf la encik, harini untuk pengedaran duit RM100 saja..
  • Ada customer yang cakap, "huh, ni mesti rasuah sebab nk pancing untuk ni...." aku terfikir, kalau rasuah, kenapa nak amek? haha...
  • Ada gak customer yang datang nak amek bagi pihak bapak dia, pastu marah-marah sebab tak dapat. Apek, lu ni pehal... kitorang kena verify customer, kalau third party, sila dapatkan surat pengesahan dulu. aku tak sempat nk explain dh marah2. nasib baik aku ni jenis cool, gelak jela sambil suruh pegi amek surat.
  • ada yang datang marah-marah sebab kitorang amek thumbprint dia. WTF! dapat duit pon marah lagi?
  • ada jugak yang mintak tukar duit kecik.. yang tak dapat la kitorang nk tolong..=(
  • ada sorang makcik datang tanya, "makcik dh cukup umur ni, boleh amek duit tak?" bila mintak surat, dia bagi surat apa ntah... so terpaksa la explain kat dia leklok, pastu dia pon jalan kuar dari bank dengan muka blur. tak tau la dia paham ke tak aku explain.
  • Auntie yang tak paham Malay pon ada gak... English pon tak paham... nasib baik kat sebelah aku ada amoi jadi translator.
  • harini ada sorang uncle menyembah aku macam tuhan sebab bagi RM100.. aku tak tau nk cakap apa, terkejut.. haha~!
  • bila sebut warga emas, mesti terbayang pakcik2, makcik2, auntie n uncle yang tua dan susah.. sebenarnya, CEO company yang berumur 60tahun ke atas pon dikira sebagai warga emas... ada yang datang amek tadi..
  • ada auntie yang datang nak update buku ASM dia, walaupon hari ni hari sabtu...

tu merupakan sebahagian cerita customer yang datang. ada banyak lagi sebenarnya. tapi harini memang enjoy buat keja. tak tau kenapa, tapi memang seronok. kitorang dibantu oleh beberapa staff Jabatan Kebajikan Masyarakat, YB dan pembantunya...
terima kasih gak kat YB sebab blanja Pizza harini... tapi dia lambat bagitau nak blanja, so aku dah sebat Big n Tasty, Double Cheese burger, 2 regular Coke, 1 Regular fries time lunch... cemana pon, aku tak melepaskan peluang Pizza tersebut.. tanpa bagi can kat manager yang busy kat ofis, aku sebat 4 slices... tapi xde air, kena minum Mineral free 2 botol je.. pape pon, kenyang gak... =D

p/s: the more you give, the more u get...

Saturday, March 27, 2010

Kenapa Lelaki & Wanita Tak Dibenarkan Berkahwin?

Semakin hari, umur makin meningkat... Keinginan nk berumah tangga semakin membuak2... tak tau la kenapa, adakah sebab kita makin hari makin gatal?
Tapi, kenapa laki ngan pompuan xley kawin? pelik kan? kalau bukan laki nk kawin ngan pompuan, sape lagi? takkan nk jadi cam zaman jahiliah kot, gay dan lesbian berleluasa... OK, sebabnya ialah, TAKDE DUIT! yup, sape nk bagi korang kawin kalau duit xde? nk bagi makan pasir?
yang takde makwe tu lain cite la.. sampai terpaksa cari tanpa peduli apa2 aspek... tu dh tahap desperate namanya. lawa ke, tak lawa ke, baik or buruk, perangai best or perangai hodoh, perfect or cacat, semua dah mencapai tahap tak penting.. yang ada makwe cam aku plak, berusaha kumpul duit... tengok la kat bawah ni;



tu la gf i, cantik kan~ i nk kawin ngan dia la... tak sabar dh ni.. dh makin gatal dan miang dh aku nh~ memandangkan aku semakin gatal nak kawin, aku bukak balik satu buku yang dh lama aku beli... baca balik sebab bagus buku nh. apa yang aku cari dalam buku ni sebenarnya???

- mengetahui ke mana hilangnya duit.. guna sket2 so tak terasa la, tapi hujung bulan je tengok poket dh kering..
- bagaimana merancang kewangan dengan betul supaya orang gatal cam aku dan korang (yang gatal saje ye..) boley kawin lebih awal dari perancangan...
- penerangan barang yang diperlukan untuk majlis tunang dan kawin, so aku boley bajet la kos nk kawin...
- ada tips2 romantik untuk pasangan (bukan untuk yang gatal je tau..).. ATTENTION: GUYS NEED THIS!!
- beberapa cerita menarik sebagai peransang semangat menumpul duit~ :D

Buku apa tu ye? haaaa, hasil tulisan Shuth, buku yang bernilai RM20.00 nh padat ngan apa yang diperlukan oleh bakal pengantin! memperkenalkan kepada sape2 yang tak kenal;



 click pada gambar untuk tau lebih lanjut tentang buku ni @ untuk dapatkan free gift dari Shuth~ (^_^)

Ooppssssss~! buku ni xde tips2 dan teknik lepas kawin yang dicari ramai lelaki ye~ aku dh terpengaruh ngan ayat Shuth, SYOK OO KAWINNN~!!!! :)

Saturday, March 20, 2010

Aku dah ada ILMU PENGARUH!


Ilmu Pengaruh, "bukan jampi tapi seni"... dh lama gila aku cari buku ni!!! nak tunggu cetakan kedua memang sangat lambat.. cetakan pertama dh sold out. dh banyak kedai aku cari, tak jumpa... tapi hari rabu haritu aku terima buku ni dari sorang officer aku yang kebetulan beli buku ni dan tak tau nk buat apa... (saja2 beli sebab rasa cam penah dengar aku sebut)... tak fikir banyak, terus aku beli dari dia.. summary??? nanti dulu ye, baru nk start baca....maklumat lanjut boley ke www.syahrulnizam.com...

p/s: bley tolong x?? bukak http://bonekalife.blogspot, pastu comment sket layout baru tu.. xsiap sepenuhnya lagi blog tu, so perlukan idea2 dan kritikan2 membina dari korang~ :D bley comment kt shoutout or kat sini ye... tq!!!!

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO