Saturday, October 31, 2009

Tutorial Buat Banner Untuk Blog Anda!

Sebelum ni korang dh tanya cemana nak buat banner kan? Haaa, harini aku tunjuk. Sebelum ni aku ada reply comment (kalau xsilap), buat banner ni senang je. Cuma buat gambar dan letakkan kod html. Now, aku tunjuk step by step.. Peringatan; kalau gambar xclear, click gambar untuk tengok size lebih besar. Tak paham, tnye kat komen ye...
Step pertama, pastikan  korang buat 1 gambar (banner la tu) blog korang.. Contohnya macam yang aku buat kat sebelah tu... Size plak korang kena pastikan sesuai untuk semua sidebar blog la. Aku amek contoh yang aku buat, tengok je sebelah tu. aku buat guna size 320x70 pixels. Korang boleh buat kecik lagi dan boleh buat besar. Yang aku buat ni sesuai dengan 2 jenis sidebar. contoh sidebar macam gambar kat bawah ni..





Yeah, sesuai ngan jenis 1 sidebar dan jugak gabungan 1+2 sidebar.. Species yang 2nd tu memang favorite layout aku. Aku bley pilih nak letak banner, or apa-apa widget yang bermacam2 size sebab ada 2 size ruang yang berbeza. 1 lagi, aku boleh padatkan penggunaan sidebar, so kalau nk tengok widget bloglist ke, shoutout ke, xpayah la nak scroll terlampau kebawah sangat.. Jangan lupa, setkan jumlah post korang ke tahap yang minimum. 3 post untuk 1 page pon dh cukup sebab kalau terlalu banyak post, loading jadi lambat. Last2 xde orang nak masuk blog korang.
Untuk layout yang 1st tu, ada plak 2 jenis korang kena perhatikan. Jenis 1st, jenis yang wrap kat tengah macam blog http://imredlover.blogspot.com/, http://adam0khtar.blogspot.com/, http://royroches.blogspot.com/... Tu antara contohnye la. 2nd type plak, yang jenis penggunaan ruangnye full sampai ke tepi skali macam blog http://jurnalsem.com/.. Kedua-dua sidebar ni berlainan size. Jadi, make sure banner korang tu sesuai ngan semua size. Macam mana nak ukur size, xpayah ajar la kot ek.. Nak senang, boley je buat size 150x150 pixels.. Dengan size tu, korang boley muatkan ke semua jenis sidebar termasuk la untuk 2 sidebar macam yang kat bawah ni;



Satu contoh untuk jenis yang kt atas ni ialah http://ayzaecmal.blogspot.com/..

Step kedua, upload gambar yang korang dh siapkan ke Image hosting provider macam photobucket ke.... pastu select code dia bagi.. Copy dan paste kat html code macam gambar kat bawah;

 

Ok, sekarang gantikan tulisan merah dengan code gambar korang dari photobucket tu.. Tulisan biru pulak tukar dengan ayat yang korang nak tulis. Sila rujuk banner aku, kat button tu ada tulis bende sama ngan tulisan biru tu. Aku dh malas nk buat screenshot.. Tulisan hijau plak gantikan dengan address blog korang. Lepas semua siap, korang boleh pastekan code html korang tu kat sidebar. Yang ni kena explain gak ke? pegi kat dashboard blog korang > layout > add a gadget > HTML/javascript... Paham x? Tak paham jugak? ni yang aku xsuka jadi cikgu ni... tengok screenshot kat bawah..



Dah paham? Apa lagi, try la... Resultnye nanti, korang akan dapat banner yang macam ni;





   




p/s: Dah siap nanti bagitau aku. Kita tukar banner ye.... :) Pape soalan, tnye aku... Skali lagi aku nak bagi credit kat http://jejaktrend.blogspot.com/.. Kat sini la aku blajar coding HTML...

Sunday, October 25, 2009

4 langkah kuatkan wireless connection di komputer anda SEPANJANG MASA!

Bagaimana kita boleh kuatkan wireless connection ke komputer, mengelakkan dari putus pastu conect balik... kadang-kadang ada connection tapi tak boleh access internet.. Disini, 4 langkah menguatkan wireless conection di komputer anda tidak akan anda jumpa kerana semuanya tipu belaka.... Hanya untuk hari ini aku membuat penipuan ini untuk mengetest tips blogging yang aku jumpa skali lagi di http://jejaktrend.blogspot.com/. Skali lagi tengkiu kepada Eldy untuk info berguna ni~
Ianya berkaitan cara menulis tajuk entry yang pasti orang akan buka.. Di bawah ini merupakan teknik tersebut...

1. Memaparkan kontrastMichael Jackson dan rambutnya (Rambut Michael Jackson terbakar)

2. Jangan ikut style berita(Seorang pelajar sekolah didapati merogol ..) Dia perlu dipenjara 100 tahun


3. Berbentuk tanya balikSiapa kemukakan idea PPSMI ? (Datuk xxx cadangkan agar ..)


4. Point yang hidupOh yeah !! Dia balas sms gua (dia akhirnya membalas saya)


5. Merangkumi idea kontent(Mengelakkan xxx ketika mengawan) 5 perkara perlu tahu ketika mengawan

p/s: Aku nk tau sape orang pertama yang tertipu dengan entry ni... hehehehe! SORRYYYYY!!!!!!

Thursday, October 22, 2009

Tengok wayang malam Rabu - Papadom by Afdlin Shauki



Cast:
  • Afdlin Shauki : Saadom
  • Liyana Jasmay : Miasara
  • Noorkhiriah : Munirah
  • Vanidah Imran : Professor Balqis
  • Farid Kamil : Hisham
  • Scha : Shasha
  • Chelsia Ng : Yvonne
  • Que Haidar : Mat
  • Harun Salim Bachik : Syukur
  • Adham Malekh : Ali
  • Pete Teo : Alan
Bagi aku yang bukan penggemar filem tempatan, aku bagi rating 4.90/5.00 untuk filem ni... (memang orang xkan bagi markah penuh, even SPM pon diorang tak bagi full mark walaupon betol semua).
Papadom mengisarkan tentang Saadom a.k.a Dom, seorang papa tunggul tunggal membesarkan anak perempuan cute dan manja beliau, Miasara dalam suasana yang begitu protective dan kasih sayang.. Protective macam mana? Bayangkan kalau 24/7 sentiasa dengan anak.. Bangun pagi kejut anak, bawak pegi bathroom, nak tolong bukak baju. Party kawan Mia, pon Dom ikut skali. Pegi skolah, sampai time rehat pon still ada kat skolah, siap hidang makan nasi kandar lagi.. Johnny Depp? Sape tu? Dom tak kenal.. Perkhemahan pengakap, latihan silat, pon dia join! Sampai masuk U pon, Dom sanggup jadi tukang kebun untuk jaga anak dia.. Korang nak bapak camtu? Haha, fikir sendiri... Perlu ke aku cerita dari mula sampai habis? Tak boleh... Nanti korang tak pegi tengok~ :P
Time aku bukak trailer cerita ni kat Youtube, aku tak nampak apa-apa yang spesel kat filem ni. Then ofismate aku ajak gi tengok. Aku memang jenis tak tengok filem tempatan kat wayang. Jadi, dengan menyedapkan diri sendiri aku set minda aku, "filem Afdlin, menang festival filem...", aku pegi jugak.
Permulaan filem sangat unik. Ada lagu yang kita nyanyi tiap-tiap hari kat sekolah dulu.. Lagu apa? Dengar sendiri! Memang aku tak expect nak gelak dalam 3 minit pertama filem tu bermula! Kan dah tumpah mash potato (Orang kasi sebelom masuk punggung panggung) aku..

Antara babak yang korang TAK BOLEH MISS ialah 2 filem best dalam filem ni; Puaka Padang Ragbi oleh Hisham Hashim dan Eksitensial Sial oleh Wajib Tayang. Aku tengah taip ni, teringat pon boleh gelak sorang-sorang.. Gile betol Afdlin ni... Memang kejam buat aku gelak sampai sakit perut! Aku memang tak reti nak review filem. Aku nak sangat cerita kat korang satu demi satu ke'best'an filem ni, tapi tak sanggup spoil mood korang nak tengok... Satu lagi babak best ialah time Mia main nipple Mat. Haha, bley plak dia cakap CUTE! Then part Mat menceritakan sesuatu, part

Cerita ni bukan takat lawak, tapi part sedih dia memang sedih walaupon ada part sedih yang time dekat2 nak nangis keluar plak lawak yang membuatkan air mata tetiba terkeluar.. Nasib baik aku bawak tisu masuk panggung... Moral value pon banyak. Membuatkan aku terasa sayang sangat kat abah aku... Time Hari Bapa memang wajib tayang cerita ni! Ok, bawah ni ialah meter-meter yang aku pinjam dari blog best http://obefiend.blogspot.com/.. blog serius beliau lagi best! ok, back to main topic.. Bagus meter ni selain dari meter yang last skali tu korang boleh abaikan sebab berbeza dari meter yang aku fikir dalam kepala.. Kalau nak tengok dengan lebih jelas, click gambar tu ye...






Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, ni marupakan Filem tempatan yang berkualiti, layak menang festival filem, memang Wajib Tayang, penuh emosi sedih dan lawak, susunan cerita yang bagus, mudah faham, padat dengan mesej, sangat-sangat tidak bosan (sangat menarik la tu..), dan memang layak ditonton di panggung wayang! Wajib tengok dipanggung wayang jika taknak orang nampak korang nangis ye.... :)


Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO