Tuesday, March 24, 2009

Terjah! misteri kayu koka dan bahtera Nabi Nuh... jeng jengg jenggg!

penah dengar kayu koka? ada cite mengatakan kayu koka nh banyak kebaikan dan sejarahnye plak menunjukkan kayu koka penah digunakan untuk membina BAHTERA NABI NUH A.S



dan jugak sebagai TONGKAT NABI MUSA A.S. betol ke??? then, ada plak yg cakap banyak khasiat kayu koka nh. antaranya;

_____________________________________________________________
1. Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
2. Sekiranya tidak lena tidur, sapu pada kedua-dua belah kening. Insya-Allah tidur akan lena. (Boleh di jadikan benteng dengan menyapu pada sendi-sendi tubuh badan sebelum tidur setiap malam).
3. Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
4. Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).
5. Andai terkena santau atau terminum racun, hendaklah diminum dengan air suam. Insya-Allah santau dan racun tersebut akan keluar.

6. Dapat melegakan sakit gigi, sakit kepala, sakit dada, berak berdarah atau angin dalam badan dengan meminum satu sudu teh pagi dan malam.

7. Dapat menawarkan bisa akibat gigitan binatang berbisa (lipan, kala jengking dan lain-lain).

8. Jika sakit sendi atau badan, sapu dan gosok di tempat yang sakit.

9. Jika melecur kerana terkena air atau minyak panas sapukan segera di tempat yang melecur itu.

10. Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.

11. Binatang-binatang berbisa akan menjauhi kita jika kita memakainya.

12. Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.

_____________________________________________________________

korang caye? tolong la jangan caye.... xpenahnye ada dalil cakap pasal kayu koka nh. nk tau harga dia?? panjang 26 mm, lebar 18 mm, tinggi 10 mm bley dibeli dengan harga SEMURAH RM200.00 JE! murah kan? nk beli? cari sendiri, aku xnk pomot kt sini. persoalan yg timbul kt sini, setelah membaca ulasan oleh Yg Berbahagia Shahibul Fadhilah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (sila click sini untuk baca), kenapa kayu koka yg dikatakan bley bagi rezeki dijual kepada orang lain kalau penjualnye bley guna untuk diri sendiri? terdapat juga persoalan tambahan lain seperti;
_____________________________________________________________

1. mengapa tidak digunakan kayu ini untuk dibuat bangunan, jika tersangat kukuh, maka xperlulah pelajar kejuruteraan awam susah2 nk kira structure bagi betol2 tepat, kira agak2 je dh la..
2. mengapa juga kayu ini tidak digunakan untuk dibuat landasan keteapi tapi digantikan ngan kayu meranti?
3. adakah kayu ini merupakan asas pembikinan minuman bergas koka kola yg diboikot itu?
4. mengapa kayu ini tidak terdapat dimalaysia sedangkan hutan hujan tropika tu xhabih lagi teroka?
5. mengapa kayu ini dibuat cincin dan tasbih dan bukannye sebagai manik dilekatkan ditudung2 lilitan asmara moon?
_____________________________________________________________

ok, skang study time. terlalu banyak pendapat dan perbahasan pasal kayu ni dan kelebihannye. aku xnk cite panjang pasal nh sebab aku bukan expert pasal nh. korang bley rujuk kt sini dan buat kesimpulan sendiri:

1. kelebihan2 kayu koka

2. jawapan kepada penafian mufti bahawa kaku koka berkhasiat

3. apa plak pendapat Ust Haron Din?

4. misteri bahtera Nabi Nuh A.S

pesanan khidmat masyarakat: jangan percaya amalan khurafat, pastikan ada dalil yg menyokong, kang xpasal2 dapat point kt bahu kiri.

Wednesday, March 11, 2009

Lihatlah aku dan Honda Civic~ bergayanye~ rase hensem~

haa, jgn jeles! last week hari sabtu aku test Honda City baru standard ngan full spec pnye siap ngan body kit Morulo~ sampai semalam dok mimpi lagi pasal kete tu. tapi harini lagi best! aku test member aku pnye HONDA CIVIC EX5!

umm, kasi suspen sket, tengok kunci dia dulu ek. simple je kan? biasa la, low profile. korang tunggu la, tengok dia pnye Honda Civic... penah dengar ke Honda Civic EX5? 1st time?

Ladies and gentlements! may i present to u, our new superEXOTIC model, machine of the year! HONDA CIVIC EX5!

Ngan spec yg mantap, enjin i-Vtec 0.1. Honda Civic ini mampu memecut sehingga 90KM/J! Absober dihadapan mampu menahan henjutan akibat termasuk tayar ke lubang atas jalan sehingga diameter 30cm! satu faktor keselamatan yg xdapat dinafikan kehebatannya.. berwarna biru gelap malap dihiasi sedikit habuk dan lumpur menonjolkan ciri2 klasik.

Ekzos digayakan ngan corak karat menunjukkan kekukuhan jentera buatan Jepun ini kerana masih belum luruh di atas jalan.. daya tahan jentera ini tidak dapat dinafikan lagi, lihat saja pada kepaknya, agak2 dh berapa tahun umur jentera ini? sticker yg masih belum tanggal menambah seri jentera unggul ini.

Jangan disoal mengapa seatnya begini. ini merupakan TREND masa kini, dan ia meninggalkan kesan SENTIMENTAL pada pemiliknya. walaupon telah berjuta2 kali dipujuk, masih jua enggan untuk menggantikan yg baru. begitu tinggi nilai sentimental seat ini. ia juga merupakan satu sistem perairan dimana ia mampu menyerap air hujan berlebihan bagi mengelakkan seat basah.. (namun haruslah sedar bontot boleh basah selepas itu, tapi xmengapa, itu TREND..)

Yeah, ini juga TREND.. plat yg dipasang menggunakan 1 skru sahaja, bertujuan untuk menjimatkan kos penggunaan skru memandangkan ekonomi dunia yg belum stabil. ia juga untuk membuktikan skru buatan jepun merupakan yg termantap, terkukuh dan pelbagai ter lagi kerana berjaya menahan berat plat tersebut.. penjimatan ruang juga diaplikasikan disini, lihat sahaja pada satu lagi lubang skru tersebut, anda boleh letakkan apa2 aksesori kegemaran anda disitu untuk mencantikkan Honda Civic EX5 ini!

Side mirror sengaja ditanggalkan dan diganti dengan ariel, untuk mendapatkan line telefon yg lebih kuat disamping menonjolkan jam tangan murah milik penunggang yg bernilai lebih sket je dari RM300..

kick starter dan ekzos berkarat menonolkan ciri2 klasik amatlah sesuai dipadankan dengan kasut kulit DOCKERS moden berwarna coklat. kasut itu juga elok dipakai dengan stokin hitam.

bagi menonjolkan ciri exotic pada seat, pemilik menyarungkan seluar berjenama terkemuka iaitu NAUTICA (bukan keluaran Produa), dimana gabungan kedua-dua unsur ini boleh menimbulkan daya tarikan tersendiri pada pemilik.

Pemilik bergaya bersama jentera kesayangan beliau.. bagi mengelakkan pemilik diperas ugut oleh peminat2 jentera beliau, mulut dan hidung terpaksa disembunyikan disebalik tangan kerana kedua2 organ tersebut tidak boleh ditanggalkan untuk disembunyikan didalam poket yg penuh dengan duit RM50..

Pemilik Blog tidak melepaskan peluang bergaya dengan jentera keluaran jepun ini, sekali seumur hidup~

___________________________________________________________________

BERITA BAIK!!!

Honda Civic EX5 kini dibuka untuk lelongan!

Standard Spec - RM250! (boleh dirunding)

Full Spec - RM23.96! (tak akan dinaikkan lagi!)
*Percuma satu beg habuk
*Percuma kesan lumpur di Mudguard hadapan dan belakang
*Percuma pemilik Honda Civic EX5 + Kad ATM maybank dan Kad Kredit beliau
Pemilik bergaya bersama Beg DEUTER (RM2++), JAM TANGAN MURAH (RM3++), BAJU DAN SELUAR BERJENAMA (RM5++) CERMIN MATA LEVIS (RM4++)..

Full Spec SE - RM13.45! (bakal diturunkan lagi!)
*Percuma satu beg habuk
*Percuma kesan lumpur di Mudguard hadapan dan belakang
*Percuma pemilik Honda Civic EX5 + Kad ATM maybank dan Kad Kredit beliau
*Percuma pasangan songsang Pemilik Honda Civic EX5!
18PL: DO NOT TRY THIS AT HOME! aksi songsang masyarakat sekarang...


JANGAN KETINGGALAN, DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!

Sunday, March 8, 2009

Aku Peraba?

8 Mac 2009, aku telah ngan rasminye menjadi penjenayah setelah berjaya meraba bontot sorang awek cun iaitu Silk Spectre II, sorang Superhero. tengok ni haa, bangganye muka aku time tu.

hunny, i pakai baju u bagi~

xnampak? jap aku zoom bontot dia ek.. tapi, jgn terlalu horny ye...


Silk Spectre II yg mengancam jiwa raga..

hehe, amacam.. jeles x? haa, korang nk tengok, click kt gambar tu bley la tengok gambar besar. haha, aku memang jahat! well, aku gi tengok cite WATCHMEN malam tu, tiket kol 9.15 malam, kt GSC Sunway Carnival Mall. cite rating 18PL (aku menyelit masuk gak walaupon aku baru berusia 16 tahun.... PERASAN!).. best tol adegan2 aksi dalam cite tu.. ada

1. aksi lawan-lawan
2. aksi lawan-lawan lagi (yg best gak sebab ada 2 jantina, hehe...)
3. aksi2 sensored (part yg amat diminati oleh kawan2 yg pegi menonton bersama aku)
4. aksi menyelak baju nampak ni**le.. (dalam panggung pon ada part xtapis ek, apa nk jadi ngan Malaysia skang ek...)
5. baju2 superhero yg best..

kesimpulannye aku amatlah teruja ngan jalan cite dan watak2 cite dan adegan2 dalam cite tersebut. rasa nk tengok lagi skali. 1 lagi, UNTUK PEREMPUAN!! korang mesti berminat ngan watak Dr. Manhattan yg bley pegi kemana saja tanpa memakai seluar dan menayang2 barang beliau yg tergantung itu! umm, ni la satu2nye watak flasher superhero yg aku penah tengok.

Dr Manhattan

Watchmen Superheros

pastu kitorang bergerak balik ngan SUBARU IMPREZA STI milikku..

Subaru Impreza STI aku, ngan bonet kete kaler hijau.. no plat kete terpaksa dibukak bagi mengelakkan kete dicam korang. ubah suai telah mendapat kelulusan JPJ, nampak je simple tapi mengancam!

haa, kitorang pon bergerak ke destinasi seterusnye iaitu restoran ntah ape namanye, makan dan lepak2 buat sementara waktu sehingga jam 1.30 pagi~

santapannye: Grilled Chicken Chop + Air Bandung = lebih kurang RM12.00.. lagi puas dari makan McD yg xmenyihatkan (cuba menenangkan perasaan diri sendiri dalam usaha memboikot McD)..

P+S= aku berasa macam nk menjadi sorang superhero spender diluar setelah melihat keunikan dan kemengancaman watak2 dalam cite nh..

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO