Saturday, February 12, 2011

Islam dihina, apa tindakan anda?


assalamualaikum dan selamat sejahtera~~~~~ :)
topik hari ini bertujuan untuk mengajak sesiapa yang membaca untuk berfikir dan kalau boleh, sesiapa yang arif tentang hal ni, tolong comment dan beri cadangan kerana saya rasa topik ni sensitif dan penting. semoga boleh jadi rujukan semua pihak..
isu agama Islam dihina bukan isu baru. Islam dilabelkan sebagai;
1. penjenayah
2. pengebom
3. pengganas
4. perosak agama lain
macam-macam penghinaan yang aku dengar tentang islam. kalau surf internet, banyak website yang menghina islam. kat youtube tu memang tak cukup jari nak kira la. 1 video simple je, kadang-kadang takde kaitan pon boleh jadi isu. forum-forum, blog.. macam-macam lagi.
jadi, apa yang patut orang islam buat? bila tengok balik orang dok lawan komen kat youtube, kebanyakannya akan balas balik dengan kata-kata kesat. kalau orang bukan islam cakap F*** YOU! orang kita pon balas balik perkataan sama.
pendapat saya, orang bukan islam yang menghina islam ni merupakan golongan yang tak kenal islam, yang tak ada kawan-kawan islam. jadi, apa yang diorang buat merupakan 1 keputusan berdasarkan pengaruh sebelah pihak.
pendapat saya, jgn cepat melatah dengan penghinaan tu. betul semangat keagamaan tu memang tinggi dalam diri tiap2 orang. tapi, rasanya cara yg digunakan tu rasanya kurang berkesan. kalau satu pihak sedang marah, ataupun sedang provoke, kita balas balik dengan cara yang sama, rasanya makin besar konflik tu. sama juga macam hubungan kekasih @ suami isteri kan.. kalau pasangan pompuan merajuk, marah, yang laki plak sama-sama marah, lepas tu boleh la nampak piring terbang ke, lastly jumpa kat mahkamah..
saya penah tegur golongan yang menghina islam ni 2 kali. kali pertama di forum fesyen kat friendster, dan kali ke-2 di facebook. apa yang saya cuba buat adalah:
1. mohon berhentikan penghinaan (untuk pihak bukan islam) dan mohon bersabar dan hentikan counter attack (untuk pihak muslim yang sedang sangat marah)
2. sesetengah orang marahkan sebab isu tak boleh makan babi, tak boleh pakai seksi, islam ni suka bom sana bom sini. so aku beri sedikit penjelasan dan contoh. dalam erti kata lain, cuba untuk berikan mereka gambaran baik tentang islam. kita semua tahu, ISLAM = PEACE. islam never teach such things like bombing or terrorism, and all sorts of bad things.
3. cipta satu contoh situasi
4. berikan sedikit amaran keras tapi dengan cara yang lembut. (cth: "i think u better not do that because u don't know what are we capable of..~! isn't it? well, we also have feeling, so i think we better respect each other's feeling." [aku rasa dh cukup lembut dh kot])
5. mohon skali lagi mereka hentikan penghinaan
6. last but not least, buat mereka berfikir silap mereka.
itu antara apa yang saya cuba buat dan alhamdulillah selepas 1 permintaan, mereka semua berhenti. ada juga yang berminat nak tau lebih lanjut tentang islam. sebab itu saya berpendapat bahawa kita tak perlu marah dan cuba approach diorang dengan lembut.
saya harap, ada yang sudi berkongsi pendapat lain macam mana nak atasi masalah ni. kalau dulu saya tak pernah terfikir akan timbul masalah ni, sekarang saya dah hadapi 2 kali.. lepas tu, saya rasa kes ni sangat serius, perlukan perbincangan supaya semua orang boleh atasi masalah macam ni. situasi sentiasa berubah, masalah pun dh jadi macam-macam jenis. ada sesetengah masalah yang kita boleh uruskan, tapi ada sesetengah masalah yang sukar nak bendung.
terus-terang saya cakap, saya tak tahu macam mana nak atasi masalah penghinaan di facebook. ada sesetengah orang yang buat profile palsu, hina agama islam dan lepas tu tak sudi untuk berdebat. mereka jenis yang tak mahu langsung dengar apa kita cuba sampaikan. sebab itulah perlunya idea dari semua orang. :)
itu saja untuk hari ini, semoga entry ni dapat beri manfaat kepada semua orang, amin.

fruit of thought: kalau seseorang berikan idea yang tak releven atau tak bernas ataupun tak cukup bagus, yang anda rasa perlu direject, jgn cakap ideanya tak bagus. katakan padanya, "bagus juga idea awak tu, menarik, tapi rasanya lebih baik kalau kita buat macam ni...". credit goes to my BM teacher, Cikgu Rashid. terima kasih cikgu~ :)

Saturday, January 15, 2011

Update pertama 2011 : Ke Arah Masa Depan Lebih Cemerlang

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

tajuk entry kita pada kali ini adalah seperti yang tertera diatas... yeah, memang skema sket tajuk kali ni. memandangkan dh terlalu lama tak mengupdate blog ni, maka menjadi tanggungjawab tuan blog untuk update pada harini. tak ada apa yang nk dibicarakan sebenarnya, sekadar berkongsi planning tahun ni... insyallah akan dikemaskini lagi jika ada perubaha..

1. masuk tahun baru, gaji pon baru..
2. kini aku telah mendaftar sebuah perniagaan di atas nama AIDEA ENTERPRISE.
3. Kini aku memiliki sebuah Kedai Online KHAS UNTUK GADIS, WANITA, COUPLE, MAKCIK.... anda boleh kesini http://she-clicks.com untuk tengok2. setakat ni masih dalam renovation tapi korang dh boleh bookmark sebab nanti susah nk cari kedai banyak produk pompuan... :)

ok, tu je update untuk setakat ni... nanti aku update lagi setelah selesai 2 perkara penting~ :)

Tuesday, September 7, 2010

Iklan raya tv3 di banned kerana ada unsur Illuminati?

Ni merupakan satu proses copy and paste @ share entry orang lain untuk dijadikan entry sendiri. terima kaseh wahai KALAMUL HAQQ! sila baca ye~ entry seterusnya, aku akan berikan pendapat aku plak.. skang tak sempat. nak tido, sok keje...

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.




Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO