Friday, February 13, 2009

Ahh~ Sedapnye~~ Ahhh~~~

Topik malam ni sudah tentunye pasal makan2 petang tadi.. kembung perut aku terisi ngan cream puff coklat yg mama beli. korang tengok sendiri la coklat atas dia tu, menyelerakan~! ahhhh~!!!! Mama, nak lagi!!!!

Cream puff keluaran Ntah Sape Trading (pasti halal!)

Amendenye cream puff ni? cream puff merupakan sejenis makhluk xbernyawa yg boleh dimakan dan boleh mengakibatkan hidung anda kembang kuncup serta pipi kembung dan perut yg membuncit buat sementara waktu. antara sindrom lain yg boleh berlaku ialah kekenyangan terlampau dan ketagihan(semakin ketagih kalau letak drugs dalam tu).. Cream puff tiada kene mengene ngan Power Puff Girl mahu pon Puffy Head (watak manga Beauty Pop). Hal ini kerana perbezaan bentu yg ketara dapat dilihat bagi orang celik dan rasa yg berlainan(bagi orang kurang celik) namun ada yg boley telan ngan selamber (bagi orang pelik a.k.a budus piang skali lagi pinjam ayat muna kerna tiada ayat secantik ayat ini...)

nk tau betapa bestnye cream puff ni? haa, tengok budak bawah ni, layan je.. cakap dh kenyang tapi mulut dok kunyah xstop2..

wajah feeling beliau menikmati hidangan

pastu, kene plak ngan air teh o, perghhhhh, memang layan la. perut aku pon tengah lapa + tekak yg kering ditiup angin Penang Bridge yg kencang (boley menyebabkan aku melayang cross to the other side of lane, nasib baik berat dh bertambah + moto baru yg hensem cam tuannye..), memang xlepas peluang, sampai xde masa nk offer kt orang lain, kalau boley, nk makan sorang..

aku nk try cream puff cicah teh o panas tapi takut mabuk. dun drink n drive...

pastu, pas makan n minum, pekena plak lolipop murah dari kedai runcit pak ngah e' konet (e' is ismail n konet = connect. e' konet dapat nama sebab dia bukak syarikat wiring wire2 dalam bangunan, beliau connect sume wire2 ngan terernye.. tu cite arwah tok ayah aku...), tersengih sakan anak sedara aku sorang nh. well, dia nh namanye Ain. ain nh anak akak aku. Iya! aku ada sorang kakak walaupon aku sorang anak sulong~! percaya atau tidak? percaya laaa~~ dulu, kalau gi mana2, aku akan dukung dia cam anak sendiri, pastu bila awek2 tengok sume tegur ain.. ngan itu, misi beramah mesra ngan awek2 lawa pon tercapai! kalau awek xlawa, aku cakap la, "ni anak akak sae, nk kena balik dh ni.. bye.." ya! perbualan tersebut berlangsung xsampai 12saat! compare to those pretty, selagi diorang dok melayan ain, selagi tu la aku melayan diorang. tapi skang x dah... dh baik~ hunny, jgn jelez yek~ tu dulu...

Ain; pantang nampak aku amek gamba mesti nk tengok pastu sengih.. paling best dengar dia baca doa naik kete... korang ingat x doa tu.. aku konfiden korang xingat sebab aku pon same gak.. yeah, jum la insaf bersama2 yekk. kang dh ada anak, nk kene ajar~

gambar terakhir, ni kt depan rumah aku, tempat adik aku buat keje skolah sambil diajar oleh cikgu math + english iaitu mama aku sendiri sambil menelan cream puff feveret aku tanpa mempelawa aku makan.... bertuah pnye adik!


end of this topic, aku nk ajar korang buat cream puff ni..

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. 1
    Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. 2
    Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. 3
    Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. 4
    Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. 5
    Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. 6
    Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. 7
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. 8
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. 9
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Nozzle
    Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Asyraff's Blog © 2008. Template by Asyraff.

TOPO